Apabila menjawab soalan berkaitan persoalan dan pengajaran, isi jawaban tidak boleh sama dengan nilai.
Contoh : Novel Kabus Di Perbukitan.
Nilai - Kasih Sayang
Persoalan - Kasih Sayang Terhadap Keluarga.
Jika pelajar menyatakan persoalan kasih sayang sahaja, maka persoalan tersebut tidak diterima dan hal ini menyebabkan huraian isi juga tidak diterima.
Contoh : Novel Melunas Rindu.
Nilai - Kasih Sayang
Persoalan -Kasih Sayang yang terhalang.
Jika pelajar menyatakan persoalan kasih sayang sahaja, maka persoalan tersebut tidak diterima dan hal ini menyebabkan huraian isi juga tidak diterima.
Contoh : Novel Papa..
Nilai - Kasih Sayang
Persoalan - Hubungan Kasih Sayang antara suami isteri.
Jika pelajar menyatakan persoalan kasih sayang sahaja, maka persoalan tersebut tidak diterima dan hal ini menyebabkan huraian isi juga tidak diterima.
Isnin, Januari 09, 2012
Isnin, November 14, 2011
BM2 SPM 2011N
SOALAN 1: RUMUSAN
Kepentingan Bahasa kebangsaan & Masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaanSoalan KBKK -Peranan pihak media untuk menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan
SOALAN 2(b) : teks Drama Cempaka Berdarah
SOALAN 2 (c) : teksHikayat Dua Geliga Hikmat
sOALAN 2(d) : teks Pantun Enam kerat
SOALAN 3 : TATABAHASA ;
(a) Bina ayat daripada akronim
(b) Gabung ayat
SOALAN 4
(a) Perwatakan watak utama dalam novel
(b) Dua persoalan dalam sebuah novel.
Set Soalan BM2 tahun 2011N yang lengkap..... Klik di sini

Khamis, November 03, 2011
Selasa, November 01, 2011
MEMPERKASA BAHASA KEBANGSAAN
PEMBENTANGAN KERTAS
YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
DI KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU
KE-VIII SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011
“BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM”
29 OKTOBER 2011 (SABTU)
BALAI BUDAYA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KUALA LUMPUR
2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Saudara dan saudari Pengacara Majlis
i. YANG BERBAHAGIA PROFESOR DATO’ DR. MAT
SALLEH YAAPAR,
Pensyarah Universiti Sains Malaysia merangkap
Pemangku Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
ii. YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI TERMUZI BIN
HAJI ABDUL AZIZ,
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
iii. YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR AWANG
SARIYAN
Mantan Penyandang Kursi Pengajian Melayu
Malaysia-China Kementerian Pengajian Tinggi
merangkap
3
Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia
iv. YANG BERBAHAGIA PROFESOR DATUK WIRA DR.
ABDUL LATIFF ABU BAKAR
Ketua Dua GAPENA merangkap
Pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Kelapan
v. Dif-dif Kehormat
vi. YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin,
tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
4
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kurnia Nya, dapat kita
bersama-sama hadir dan mengambil bahagian dalam
Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Lapan pada
hari ini. Terutamanya, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan
untuk membentangkan kertas bertajuk “Bahasa Melayu
Dalam Perkhidmatan Awam”.
PENGENALAN
5
Tuan-tuan dan puan-puan,
Apa tanda Melayu jati?
Adat dan syariat dipegang mati
Apa tanda Melayu beradat?
Budaya dan bahasa dipegang erat
1. Ungkapan berkenaan menunjukkan kaitan erat
antara bahasa dan adat Melayu. Tidak dapat dinafikan
peranan bahasa cukup penting dalam pembangunan
sebuah negara bangsa. Sejarah membuktikan bahawa
Bahasa Melayu telah muncul sebagai bahasa yang
berwibawa dan diterima umum di Kepulauan Melayu
berbanding dengan ratusan bahasa Nusantara yang
bercabang daripada bahasa Austronesia. Bahasa Melayu
digemari penuturnya pada ketika itu kerana
6
“Bahasanya Tetap, Maknanya Bertambah dan
Bahasanya Sama, Maknanya Berbunga”.
2. Justeru, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
Lingua Franca atau bahasa perantaraan di Gugusan
Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya. Menurut
catatan sarjana, Bahasa Melayu telah dikenali oleh orang
Cina sebagai Bahasa Kun Lun dan oleh orang India
sebagai bahasa Dwipantara sejak abad pertama Masihi
lagi. Malah pada abad keempat, Bahasa Melayu sudah
digunakan sebagai bahasa catatan sejarah sebuah
kerajaan Melayu di Indocina sepertimana tertera pada
batu bersurat Dong Yen Cau yang ditemui berdekatan
Teluk Tourane di Campa, kini dikenali sebagai
Vietnam.
3. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan oleh
kerajaan Melayu di Sumatera pada awal abad ke-7. Pada
ketika itu, kerajaan Srivijaya sedang berkembang dan
menjadi sebuah empayar yang pertama dan terbesar di
Kepulauan Melayu. Justeru, Bahasa Melayu telah
tersebar luas di seluruh Asia Tenggara sebagai bahasa
7
rasmi pemerintah, bahasa perhubungan antarabangsa,
bahasa perdagangan dan juga bahasa ilmu pengetahuan.
4. Kedudukan Bahasa Melayu di Semenanjung Tanah
Melayu terus terserlah apabila Melaka muncul sebagai
pelabuhan pedagangan di bawah pemerintahan
Parameswara sekitar tahun 1405. Urusan-urusan rasmi
kerajaan pada masa tersebut telah menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perantaraan utama. Antara
faktor yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa
Lingua Franca di kepulauan Melayu adalah kerana
bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana dan tidak
terikat kepada susun lapis masyarakat. Justeru, Bahasa
Melayu mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
bahasa-bahasa lain pada ketika itu.
5. Apabila Parameswara memeluk Islam, hampir
keseluruhan masyarakat Kepulauan Melayu telah
menerima pendedahan dan didatangi risalah Islam.
Keadaan ini telah menimbulkan fasa baharu dalam
penggunaan Bahasa Melayu di mana, sistem tulisan Jawi
telah dihasilkan melalui pengubahsuaian daripada aksara
Arab. Sistem tulisan jawi ini telah membantu dalam
mewujudkan persefahaman dan perpaduan penduduk
dari pelbagai daerah yang berlainan, memandangkan
8
hasil tulisan dari pelbagai pusat tamadun Melayu dapat
difahami dan dihayati dengan pengertian yang lebih
meluas. Tulisan Jawi turut menyumbang kepada
perkembangan bidang persuratan rasmi antara kerajaan,
termasuklah surat-surat perjanjian antara kerajaan
Melayu dengan kerajaan bukan Melayu di rantau ini dan
juga kerajaan dari benua lain.
BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM: ERA
INGGERIS DAN JEPUN
Tuan-tuan dan puan-puan,
Disangkakan Panas Hingga Ke Petang
Rupa-rupanya Hujan di Tengahari
9
6. Kewibawaan Bahasa Melayu sedikit tercabar apabila
kuasa-kuasa asing mula menjajah Tanah Melayu.
Sebagai contoh, semasa pemerintahan Inggeris, Bahasa
Inggeris telah digunakan dengan meluas dalam bidangbidang
yang menjadi teras ketamadunan, terutamanya
pendidikan dan pentadbiran. Penggunaan Bahasa Melayu
dalam urusan pentadbiran telah digunakan dengan tidak
seragam dalam kalangan negeri-negeri Tanah Melayu.
7. Dasar pecah dan perintah oleh British telah
meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa vernakular
dalam sistem pendidikan yang berasaskan kaum. Bahasa
Melayu disetarakan dengan Bahasa Mandarin dan
Bahasa Tamil. Bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah Melayu, sebagaimana
halnya dengan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil
masing-masing menjadi bahasa pengantar di sekolahsekolah
Cina dan sekolah-sekolah Tamil. Sementara
Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar sekolah
Inggeris yang dikhaskan untuk anak bangsawan dan
golongan elit. Bahasa Melayu dipinggirkan kerana
dianggap sebagai bahasa anak jajahan.
Bila Kebenaran Sudah Tertindih
Lenyaplah Segala Fikiran Jernih
10
Akal Yang Kotor Dikatakan Bersih
Di Sanalah Tumbuh Silang Selisih
Rakyat Hidup Menanggung Pedih
8. Tokoh-tokoh Bahasa Melayu pada masa tersebut
juga turut membantah keputusan kerajaan Inggeris
untuk menggunakan hikayat-hikayat Melayu seperti
Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah sebagai bahan
bacaan di sekolah-sekolah Melayu. Keputusan ini dilihat
akan lebih mengekang serta tidak menggalakkan orang
Melayu daripada mengembangkan glosari Bahasa Melayu
untuk menjadi bahasa yang lebih moden, terutamanya
dalam penciptaan perkataan-perkataan baharu yang
sesuai dengan kegunaan pada masa tersebut dan selari
dengan pembangunan semasa. Menurut Za’ba, hikayathikayat
mitos ini tidak akan memajukan pemikiran orang
11
Melayu. Malah Za’ba telah mencadangkan supaya bukubuku
teks yang digunakan di sekolah-sekolah Inggeris
diterjemah serta digunapakai di sekolah-sekolah Melayu.
Elok Bunga Jalin Menjalin
Jalinan Indah Bagai Dikarang
Elok Bangsa Karena Pemimpin
Pemimpin Bertuah Ditaati Orang
9. Dalam bidang pentadbiran pula, penggunaan Bahasa
Melayu di sesetengah negeri Tanah Melayu hanya
terbatas semasa sesuatu perbincangan atau mesyuarat
sahaja. Segala kenyataan bertulis rasmi kerajaan dibuat
di dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, Perbincangan dalam
Majlis Mesyuarat Negeri Johor dilaksanakan di dalam
Bahasa Melayu, namun apabila penyata-penyata kerajaan
dibentangkan terutamanya mengenai cukai tanah,
12
kesemuanya di dalam Bahasa Inggeris. Perkara ini bukan
sahaja menyusahkan orang kampung yang
kebanyakannya tidak mahir berbahasa Inggeris, malah
telah juga merendahkan martabat Bahasa Melayu sebagai
bahasa utama di negeri-negeri Melayu. Hal ini juga telah
mendapat perhatian dan tentangan daripada penjawat
awam seperti Onn Jaafar yang telah membangkitkan rasa
tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri Johor, pada
ketika itu, supaya tidak mengutamakan Bahasa Inggeris
dalam pentadbiran hariannya.
10. Ketika pemerintahan Inggeris, terdapat juga
dokumen-dokumen rasmi kerajaan negeri telah
dikeluarkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dalam
tulisan Jawi. Penasihat-penasihat Inggeris kepada
pentadbiran negeri-negeri Melayu ketika itu telah
13
menyampaikan perkara-perkara mengenai pentadbiran
kerajaan negeri melalui memorandum atau pekeliling
dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, memorandum
yang telah di keluarkan oleh Penasihat Inggeris kepada
kerajaan negeri Terengganu, A.J. Gracie pada tahun
1929. Ini jelas menggambarkan ketidakseragaman
penggunaan Bahasa Melayu dalam pentadbiran di
Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Tuan-tuan dan puan-puan,
Adat Hidup Sama Sebanjar
Sama Beri Tunjuk dan Ajar
Dalam Sempit Sama Berlegar
Dalam Susah Sama Bersandar
14
Beban dan Hutang Sama Ditanggung
Di Dalam Sempit Sama Berlindung
11. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada tahun
1941 telah merubah sistem pentadbiran kerajaan yang
diasaskan oleh Inggeris sebelumnya. Sistem pentadbiran
negeri-negeri Tanah Melayu dirombak semula dengan
Sumatera disatukan dengan negeri-negeri di Tanah
Melayu di bawah satu pentadbiran. Manakala Perlis,
Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah
pentadbiran Siam mulai Oktober 1943. Pentadbiran di
Tanah Melayu diurus oleh pentadbiran tentera yang
berpusat di Singapura. Jawatan-jawatan tertinggi dalam
pentadbiran kerajaan diambil alih oleh pegawai-pegawai
Jepun yang kebanyakannya mempunyai latar belakang
ketenteraan. Manakala jawatan-jawatan bawahan
dipegang oleh anak tempatan. Sultan pula hanya diberi
kuasa sebagai Ketua bagi Biro Hal Ehwal Agama di
negeri bawah naungannya.
15
12. Ketika penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga
1945, Jepun telah melaksanakan Dasar Penjepunan
untuk menerapkan nilai budaya Jepun dalam
masyarakat tempatan, terutamanya orang Melayu.
Penggunaan Bahasa Jepun telah dikuatkuasakan di
seluruh pelusuk Tanah Melayu. Dalam bidang
pentadbiran, penggunaan Bahasa Jepun diutamakan.
Kerajaan pemerintah pada masa tersebut telah
mengadakan kursus-kursus pendek Bahasa Jepun.
Peluang-peluang kenaikan pangkat dan gaji juga adalah
berdasarkan kepada penguasaan dan kemahiran
berbahasa Jepun. Pada ketika ini, pengeluaran dan
pengedaran dokumen-dokumen rasmi kerajaan seperti
pekeliling yang diamalkan oleh kerajaan Inggeris
diteruskan oleh Jepun. Misalnya, pekeliling kerajaan
16
negeri Selangor yang dinamakan sebagai Pekeliling
Selangor Syuseityo Kanbo pada 23 Mei 1942 telah
disediakan di dalam Bahasa Inggeris dengan tulisan
Rumi.
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
Tuan-tuan dan puan-puan,
Yang Disebut Orang Melayu
Tahu Bersuluh Kepada Guru
Tahu Hidup Dikandung Adat
Tahu Mati Memegang Amanat
13. Selepas Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan
Bahasa Kebangsaan bagi negeri-negeri di bawah
persekutuan Tanah Melayu. Hal ini termaktub jelas
dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara
152 (1).
17
14. Pengenalan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi
keperluan bagi menyatupadukan pelbagai kaum ke arah
membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu
bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat.
15. Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu secara
automatik sebagai bahasa perantaraan dalam semua
urusan rasmi. Perkara 152(6), Perlembagaan
Persekutuan, menjelaskan takrif “maksud rasmi”
sebagai apa-apa jua maksud kerajaan, samada
Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri. Ini juga
bermakna semua bahasa lain, walaupun diajar dan
dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan selain
daripada urusan-urusan rasmi kerajaan.
18
16. Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan diperkukuhkan lagi melalui penubuhan
Malaysia pada 16 September 1963. Akta Malaysia telah
memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya
diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan
Persekutuan. Antara lain, Bahasa Melayu merupakan
Bahasa Kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa
lain masih boleh digunakan. Bahasa rasmi bagi negeri
Sarawak dan Sabah, ialah Bahasa Inggeris sehingga 10
tahun selepas Hari Malaysia.
19
17. Secara prinsipnya, kedudukan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan telah jelas dinyatakan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, perincian
mengenai usaha-usaha untuk mengembangkan Bahasa
Melayu supaya terus digunakan dan tidak luput ditelan
zaman memerlukan instrumen yang memperincikan
bentuk-bentuk tindakan penggalakkan penggunaan
Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Justeru,
dua akta khas iaitu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
1959 (Pindaan dan Peluasan 1995) dan juga Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 telah diwartakan untuk
tujuan tersebut.
18. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan
fungsi DBP sebagai agensi penggalak dan pengembangan
Bahasa Melayu di seluruh Negara. Manakala Akta
20
Bahasa Kebangsaan memperincikan bahawa hanya
Bahasa Melayu sahaja digunakan untuk urusan rasmi
terutamanya dalam aspek pentadbiran di semua agensi
kerajaan. Seksyen 4 akta ini turut menyatakan bahawa
Bahasa Inggeris turut dibenarkan penggunaannya oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk apaapa
maksud rasmi yang difikirkan perlu. Pewartaan
kedua-dua akta ini adalah merupakan antara langkahlangkah
awal dalam usaha-usaha untuk mengembangkan
penggunaan Bahasa Melayu.
USAHA MENGEMBANGKAN BAHASA MELAYU DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan puan-puan
19. Era pasca kemerdekaan menyaksikan penekanan ke
atas perubahan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
dibuat dengan teliti dan teratur bagi melicinkan peralihan
kuasa. Proses penggantian pegawai-pegawai Inggeris
dengan pegawai-pegawai tempatan dilaksanakan agar
perubahan secara dinamik dan berkesan dibuat untuk
memacu pembangunan dan kemajuan dalam negara.
Usaha-usaha untuk “me-Malayakan” pentadbiran
negara dimulakan sejurus selepas peninggalan Inggeris
21
dari Tanah Melayu termasuk penggunaan Bahasa Melayu
dalam semua urusan rasmi kerajaan.
20. Usaha-usaha mengembangkan Bahasa Melayu
dalam Perkhidmatan Awam dibatasi oleh penggunaan
Bahasa Melayu dalam pentadbiran negeri-negeri yang
tidak seragam sebelum merdeka. Selain daripada itu,
glosari Bahasa Melayu yang terhad dalam semua bidang
juga mewajarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
kebanyakan bidang. Langkah-langkah strategik disusun
untuk memastikan halangan-halangan tersebut serta
penggunaan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan teratur
dan terus berkembang melalui agensi seperti DBP
bersama-sama semua ketua perkhidmatan dan ketua
jabatan dalam Perkhidmatan Awam.
22
21. Proses mengembangkan Bahasa Melayu telah
berjalan sebelum Negara memperoleh kemerdekaan lagi.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua dan
juga Persidangan Persuratan Melayu Sa-Malaya Kali
Kedua yang telah diadakan di Seremban pada tahun
1954, telah mengangkat tulisan Rumi sebagai tulisan
rasmi Bahasa Melayu. Usul ini adalah menjurus ke arah
memodenkan orang-orang Melayu dan meletakkan
sasaran agar Bahasa Melayu mampu berperanan sebagai
Bahasa Kebangsaan dan digunakan oleh semua lapisan
masyarakat. Di samping itu, pada bulan Mac 1957, DBP
telah menerbitkan risalah yang pertama, Kaedah Ejaan
Rumi Bahasa Melayu untuk melicinkan proses
pembudayaan penulisan Bahasa Melayu dengan ejaan
rumi.
23
22. Usaha-usaha mengembangkan Bahasa Melayu
diteruskan dengan penubuhan Jawatankuasa Istilah
Kerajaan. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan
untuk mencipta dan menterjemahkan nama-nama
jabatan dan jawatan kerajaan yang sebelum ini
digunakan di dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu. Susulan usaha tersebut, sebagai contoh, nama
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mula
digunakan bagi menggantikan Establishment Office of
Malaysia pada 15 Ogos 1968.
24
23. Kempen Bahasa telah dilancarkan oleh DBP sebagai
satu gerakan psikologi, yang merupakan satu tahap
dalam proses percubaan untuk menggunakan Bahasa
Melayu dalam bidang pentadbiran di jabatan-jabatan
kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum. Kempen
“Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” telah diadakan di
seluruh negara pada setiap tahun mulai 1960. Slogan
“Bahasa Jiwa Bangsa” turut dilancarkan pada tahun
1960. Sejajar dengan usaha tersebut kerajaan telah
memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya
di negeri-negeri tertentu, termasuklah Johor, Terengganu,
Kelantan, Kedah dan juga Perlis. Kakitangan kerajaan
dalam pentadbiran negeri-negeri lain juga digalakkan
supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan
surat menyurat dan pertuturan harian.
25
24. Sebagai usaha berterusan untuk memartabatkan
Bahasa Melayu serta memungkinkan penggunaan bahasa
tersebut dalam semua bidang, penciptaan istilah dalam
pelbagai bidang diberikan perhatian yang cukup besar
oleh DBP. Pada tahun 1966, 24 buah jawatankuasa telah
ditubuhkan khas untuk tujuan penciptaan istilah dalam
24 bidang yang melibatkan keahlian daripada kalangan
sarjana dan profesional dalam bidang masing-masing.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut telah berjaya
menghasilkan 560,836 istilah dalam 300 bidang atau
sub-bidang dengan menggunakan kepakaran kira-kira
1,479 orang pakar setempat. Penghasilan istilah-istilah
baru ini secara tidak langsung telah banyak membantu
penjawat awam dalam menyediakan laporan dan kertas
kerja di dalam Bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang.
26
25. Sehingga 15 Disember 2003, lebih 1.2 juta istilah
Bahasa Melayu telah dicipta dan diterbitkan dalam 251
judul buku berbentuk daftar istilah, glosari dan kamus
istilah. Lebih 350,000 istilah telah disepakati dalam
Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM). Istilah tersebut meliputi 115 bidang atau subbidang
ilmu pengajian tinggi dan profesional dalam
bidang sains asas, sains gunaan, sains sosial dan
kemasyarakatan.
26. Usaha pembakuan Bahasa Melayu telah dibuat
untuk memastikan penyeragaman penggunaan Bahasa
Melayu melalui penerbitan Kamus Dewan pertama pada
tahun 1970. Ini disusuli pula dengan penubuhan
Jawatankuasa Istilah Pusat yang dipengerusikan
27
Pengarah DBP bagi tujuan penyelarasan penggunaan
istilah di peringkat universiti.
27. Usaha-usaha pengembangan Bahasa Melayu ini
telah memberikan suntikan semangat kepada
Perkhidmatan Awam. Di peringkat kerajaan pusat, semua
surat siaran atau pekeliling yang dikeluarkan oleh ketua
jabatan disaran supaya menggunakan Bahasa Melayu.
Saranan yang sama turut dilaksanakan bagi papanpapan
tanda dan kepala surat jabatan-jabatan kerajaan.
Di samping itu, golongan bukan Melayu turut diberikan
kursus khas bagi meningkatkan kefasihan berbahasa
Melayu selama dua (2) tahun.
28
28. Berdasarkan satu kajian yang dilaksanakan oleh
DBP pada tahun 1966, dianggarkan 75 peratus dari
urusan surat menyurat dan fail-fail di jabatan kerajaan
pusat dan negeri menggunakan Bahasa Kebangsaan.
29. Akan tetapi, dokumen-dokumen rasmi kerajaan telah
dihasilkan di dalam Bahasa Inggeris sejak daripada
tahun 1940an sehingga tahun 1970an. Antara laporanlaporan
penting kerajaan yang disediakan di dalam
Bahasa Inggeris sepanjang tempoh tersebut termasuklah:
i. Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaya
(1947);
ii. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kajian
Semula Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan
29
dalam Perkhidmatan Awam (1967) (dikenali
sebagai Laporan Suffian, 1967);
iii. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Saraan dan
Syarat Perkhidmatan di Badan-badan Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan (1973) (dikenali
sebagai Laporan Harun); dan
iv. Laporan Jawatankuasa Kabinet Gaji 1976 bagi
seluruh Perkhidmatan Awam (dikenali sebagai
Laporan JKK).
30. Bagi menggalakkan penterjemahan Bahasa Inggeris
ke Bahasa Melayu, Kamus Dwibahasa (Bahasa Inggeris-
Bahasa Melayu) telah berjaya diterbitkan pada tahun
1979. Dua tahun kemudian, pembakuan ejaan Rumi
diperkukuh dengan lahirnya Daftar Ejaan Rumi Bahasa
30
Malaysia. Ini diikuti pula dengan usaha pembakuan
tatabahasa melalui penerbitan Tatabahasa Dewan Jilid
I: Ayat, pada tahun 1987 dan juga Tatabahasa Dewan
Jilid 2: Perkataan, pada tahun 1989. Penerbitan
kamus, daftar ejaan serta tatabahasa dewan telah
mendorong penyediaan dokumen-dokumen rasmi
daripada menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu.
31. Penyediaan laporan kerajaan di dalam Bahasa
Melayu sepenuhnya mula dilaksanakan pada tahun
1991, iaitu Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Gaji Sektor Awam Oktober 1991 (Sistem
Saraan Baru atau SSB).
31
32. Apa yang telah dinyatakan sebentar tadi
menggambarkan bahawa penjawat awam di awal fasa
pasca kemerdekaan menghadapi masalah dalam
menggunakan Bahasa Melayu untuk melaksanakan
tugasan, terutamanya dari aspek penyediaan dokumendokumen
rasmi kerajaan. Kebanyakan hasil penulisan
yang disediakan pada ketika itu menggunakan
pendekatan yang mudah difahami rakyat pada ketika itu,
iaitu penulisan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor
yang menyumbang kepada situasi ini ialah kekurangan
istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang serta daftar
ejaan Bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Apabila
faktor-faktor ini dapat diatasi, inisiatif-inisiatif yang
diberikan penumpuan ialah pemerkasaan Bahasa Melayu
dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan tarafnya
sebagai Bahasa Kebangsaan.
INISIATIF MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan puan-puan,
Supaya Melayu tetap terbilang
Bahasa dan adab wajib disandang
Petua amanah wajib dipegang
Adat lembaga wajib dikenang
32
Supaya Melayu tetap terpuji
Tunjuk dan ajar pemayung diri
Bila Melayu tidak mahu dikeji
Budaya bangsa hendaklah dikaji
33. Persediaan dalam menghadapi cabaran menjelang
abad ke-21 merupakan titik tolak kepada usaha kerajaan
dalam memperkasakan Bahasa Melayu dalam
Perkhidmatan Awam. Antara cabaran yang perlu
ditangani oleh penjawat awam adalah ledakan bidang
sains dan teknologi maklumat yang telah memungkinkan
fenomena dunia tanpa sempadan, di mana kebanyakan
kandungan aplikasi dalam talian adalah dalam Bahasa
Inggeris. Selain daripada itu, kecenderungan generasi
muda, termasuk penjawat awam muda, yang gemar
menggunakan istilah khidmat pesanan ringkas atau SMS
dalam komunikasi di antara mereka turut menyumbang
ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul.
34. Menyedari hakikat ini, Jawatankuasa Penyelarasan
Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan
Awam telah ditubuhkan pada tahun 1999. Jawatankuasa
ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan
DBP dipertanggungjawabkan sebagai urusetia.
33
Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan.
Antara fungsi jawatankuasa ini adalah menyelaraskan
cara, strategi pelaksanaan dan peraturan pelaksanaan
bahasa di kementerian-kementerian. Jawatankuasa ini
juga menyelaras perancangan dan pengembangan Bahasa
Kebangsaan di semua kementerian dan jabatan. Dengan
terbentuknya Jawatankuasa ini, penggunaan Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara dapat diawasi,
diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya dan
mutunya dalam seluruh jentera pentadbiran awam.
35. Dalam usaha untuk memastikan penggunaan
Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul serta
menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun
34
2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan
Awam. Surat pekeliling ini menjelaskan langkah-Iangkah
yang perlu diambil oleh penjawat awam untuk
memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang
baik serta memperluas penggunaannya secara
menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, selari dengan
kemajuan negara.
36. Antara lain, surat pekeliling ini menetapkan supaya
semua ketua jabatan mewujudkan mekanisme di
organisasi masing-masing untuk memastikan semua
penjawat awam menggunakan Bahasa Kebangsaan yang
baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada
secara tulisan mahupun lisan. Selain itu, surat pekeliling
ini juga menggariskan supaya latihan dan penganjuran
aktiviti yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam
Bahasa Kebangsaan dalam kalangan penjawat awam
dijalankan secara berterusan.
37. Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan diteruskan dengan tertubuhnya
Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan (JKPBK) pada tahun 2010. JKPBK
dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin
35
Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Pelajaran. Antara lain,
jawatankuasa ini berfungsi untuk memastikan agar
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
terus terpelihara dan juga untuk memantau penggunaan
Bahasa Kebangsaan di semua jabatan dan agensi
kerajaan dan sektor berimpak tinggi.
38. Bagi sektor Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa ini
disokong oleh Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam yang
dipengerusikan oleh saya sendiri dan diurus setia oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Peranan utama
Jawatankuasa Kecil ini ialah:
i. Melaksanakan dan memantau penggunaan Bahasa
Kebangsaan;
ii. Merancang program kebahasaan bagi mencapai
matlamat pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di
kementerian dan agensi masing-masing; dan
iii. Melapor tahap pencapaian penggunaan dan
permasalahan pelaksanaan Bahasa Kebangsaan
36
kepada Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan.
39. Antara daya usaha Jawatankuasa ini termasuklah
cadangan supaya JPA mengeluarkan Pekeliling
Perkhidmatan mengenai penggunaan Bahasa Melayu
dalam Perkhidmatan Awam. Justeru, semalam 28
Oktober 2011, saya telah melancarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 bertajuk
“Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam
Perkhidmatan Awam”. Pekeliling ini menjelaskan
panduan mengenai penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi
urusan rasmi dalam Perkhidmatan Awam. Lima urusan
rasmi yang diperincikan termasuk urusan rasmi dalam
negara; urusan rasmi antarabangsa; pengiklanan
kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam;
37
perkhidmatan kaunter agensi Kerajaan; dan urusan
penyediaan maklum balas berkaitan aduan dan isu di
media massa mengenai Perkhidmatan Awam oleh
agensi Kerajaan.
40. Pekeliling ini hanyalah satu panduan yang kaku di
atas kertas sahaja tanpa usaha-usaha pembudayaan
bersungguh oleh penjawat awam. Kesemua lima urusan
rasmi yang diperincikan dalam pekeliling tersebut perlu
dibaca, difahami, dihayati serta dipraktikkan dengan
sepenuh hati dalam semua urusan rasmi Perkhidmatan
Awam. Matlamat kita ialah penggunaan Bahasa Melayu
yang betul secara menyeluruh dalam Perkhidmatan
Awam.
PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
38
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
41. Langkah–langkah yang disusun dalam
mengembangkan Bahasa Melayu sejak negara merdeka
telah disokong dan dilaksanakan dengan jayanya.
Sekarang, usaha-usaha untuk memartabatkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam
ini perlu digalas bersama oleh semua pihak sejajar
dengan tuntutan dan keperluan semasa. Kesungguhan
jawatankuasa-jawatankuasa dan agensi khas yang
ditubuhkan untuk terus mengembang dan
memperkasakan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan
Awam tidak akan sempurna tanpa penyertaan semua
penjawat awam dengan sokongan semua ketua
perkhidmatan dan ketua jabatan.
42. Kita mempunyai peranan yang amat siginifikan
dalam memastikan negara kita dapat dipacu dalam
landasan yang strategik dan secara sistematik untuk
mencapai matlamat pembudayaan penggunaan Bahasa
Melayu yang menyeluruh dan berterusan di dalam
Perkhidmatan Awam.
39
43. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih di atas komitmen
serta daya usaha semua pihak dalam mengembang dan
memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia. Tahniah dan terima kasih
jua diucapkan kepada GAPENA dan semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan kongres pada kali ini.
Hari Ini,
Jalan Ini Pasti Semakin Berliku
Kerana Masa Depan
Belum Tentu Menjanjikan Syurga
Bagi Mereka Yang Lemah Dan Mudah Kecewa
Perjuangan Kita Belum Selesai
Kerana Hanya Yang Cekal dan Tabah
Dapat Membina Mercu Tanda
Bangsanya Yang Berjaya
Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalaamu
Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih
40

Isnin, September 19, 2011
PPSMI: Jangan sampai 'rumah siap pahat berbunyi'

AHMAD MASLI
Tanjong Karang, Selangor.
Tanjong Karang, Selangor.
SAYA tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut hasil kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung isu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bakal dimansuhkan sepenuhnya tahun hadapan.
Menurut Presidennya, Azwanddin Hamzah, berpandukan sejumlah responden mencakupi 15,000 ibu bapa di seluruh negara, beliau menyimpulkan bahawa 55 peratus responden mahukan kaedah PPSMI diteruskan dalam sistem pendidikan nasional.
Menurut beliau, kajian JMM yang bermula sejak April lalu berjaya mengesan kehendak respondan untuk melihat anak-anak cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik jika diajar dalam bahasa Inggeris.
Begitu bersemangat JMM memperjuangkan isu PPSMI yang dilihat mampu menjana kecemerlangan anak bangsa. Di sebalik keghairahan mendepani isu yang telah sekian lama berlegar dalam dunia pendidikan nasional, ada beberapa perkara yang masih kurang jelas sewaktu kita berusaha menganalisis sekali gus mentafsir hasil kajian ini.
Pertama, menyatakan seluruh negara telah dijelajahi untuk mencari responden cukup meruntun saya melihat bukti kukuhnya. Apakah penggunaan istilah seluruh negara bermaksud JMM telah merentasi Laut China Selatan menyusuri Sabah dan Sarawak?
Berapa lurah, bukit dan sungai yang berjaya diredah untuk bertemu ibu bapa yang menghuni daerah pedalaman di negeri tersebut untuk mendapatkan pandangan dan isi hati mereka? Apakah jumlah 1,5000 responden satu angka yang realistik mewakili jutaan golongan ibu bapa di seluruh negara?
Persoalannya, JMM menyebut bahawa 84 peratus daripada 70 peratus responden yang dijejaki berada di luar bandar menyokong penuh PPSMI diteruskan. Dalam erti kata lain, ibu bapa di pedalaman amat faham dan prihatin dalam isu PPSMI yang bermula sejak 2003.
Walaupun sangsi, kita berharap kajian JMM ini telah sampai ke ceruk rantau pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri unsur-unsur demografik yang dikatakan tidak sama sekali mempengaruhi aspirasi dan iltizam ibu bapa.
Secara jujurnya, isu pemansuhan PPSMI telah muktamad. Beberapa pendekatan drastik telah diambil oleh pihak kementerian, yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat beberapa program dan pelan pendidikan yang sedang dikaji dan bakal dilaksanakan. Maka itu, kita amat berharap agar JMM tidak seperti 'rumah siap, pahat baru berbunyi'.
Apakah JMM tidak sedar, sebelum 2003 pun, telah ratusan ribu pelajar Malaysia belajar di luar negara? Apakah hanya dengan PPSMI saja anak-anak Malaysia akan menjadi lebih mudah sampai ke destinasi 'menara gading' di luar negara?
Adalah juga menjadi persoalan yang amat menghantui fikiran apabila JMM membuat kesimpulan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik memberi impak yang besar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran serta mampu membawa pelajar ke dunia ilmu yang lebih jauh.
Sebenarnya JMM terlepas pandang untuk melihat kemajuan negara luar secara global. Negara China, Korea, Perancis, Jepun sebagai antara contoh, tidak pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pendidikan nasional, namun mereka tetap menjadi antara negara maju dan mampu menguasai ekonomi di persada antarabangsa. Jati diri bangsa mereka tetap utuh dan tulen. Mereka membina kemajuan dan kekuatan bangsa dengan wacana dan budaya mereka sendiri.
JMM perlu melihat isu PPSMI ini secara rasional, telus, menyeluruh dan tidak berkepentingan semata-mata. Pendekatan berbaur tekanan secara teknikal seperti kajian yang dijalankan, di samping mewujudkan kekeliruan pentafsiran di kalangan ibu bapa, bukanlah jalan penyelesaian ke arah mencari hala tuju kecemerlangan bangsa dan negara. Mudah-mudahan bangsa Malaysia mampu dikenali dan dihormati kerana identitinya tersendiri dan bermartabat.
Berilah peluang kepada Kementerian Pelajaran menyusun program dan merombak semula sistem pendidikan nasional agar lebih sesuai, mempunyai natijah jangka panjang dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Polimek yang berpanjangan, sedang keputusan kerajaan telah diketahui, hanya akan merencatkan lagi usaha kerajaan yang telah berlangsung sekian lama.
Sumber : Utusan Malaysia 19-9-2011
Sumber : Utusan Malaysia 19-9-2011
Ahad, September 18, 2011
DASAR ORANG KURANG UPAYA
| Dasar Orang Kurang Upaya | | | |
| Pengenalan Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Definisi OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Pernyataan Dasar Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Objektif Dasar Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut: 1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. 2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara. 3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan. 4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU. Strategi Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut: 1. Advokasi
2. Aksesibiliti
10. Pembangunan Sumber Manusia (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU. (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK. (iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan. 11. Penglibatan Masyarakat (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU. (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin. (iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat. 12. Penyelidikan dan Pembangunan (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan. (ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU. 13. Perumahan (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran. (ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah. 14. Kanak-kanak OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. 15. Wanita OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. Penutup Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai. |
YANG BAIK JADIKAN TELADAN
Yang baik di Singapura
Oleh Mior Kamarul Shahid
2011/09/11
PERTAMA, pada kira-kira jam 11 pagi Sabtu 3 September 2011, kami berbincang mengenai ke mana hendak bersiar-siar di sekitar Singapura. Pada hari kelima Aidilfitri itu kami tidak bercadang bertandang berhari raya ke rumah saudara mara atau kenalan di situ kerana sudah pun berbuat demikian sehari sebelumnya. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah malamnya, kami bercadang untuk bersiar-siar sepanjang hari. Di Singapura, Sabtu itu suasana hari raya begitu dirasakan. Ia adalah hari mereka berkunjung berhari raya dengan baju berwarna warni. Pada hari raya pertama 30 Ogos, Singapura hanya memberi cuti umum sehari dan keesokannya mereka sudah bekerja atau bersekolah semula. Oleh itu, hujung minggu itu adalah hari mereka berkunjung sesama sendiri. Untuk memandu di Singapura, setiap kereta perlu mempunyai kad autopass untuk membolehkan mereka masuk ke kawasan tol, tempat meletak kereta di kompleks beli-belah dan kawasan yang perlu berbayar, tanpa sebarang masalah. Fungsi kad ini sama seperti Touch n Go di Malaysia. Jumlah wang dalam kad itu boleh ditambah di kedai tertentu.
Bagi orang luar, kad itu biasanya dibeli di kaunter khas sewaktu memasuki Singapura, sebaik selesai urusan pemeriksaan imigresen. Apabila meninggalkan Singapura nanti, jumlah wang yang ada pada kad itu akan ditolak berasaskan penggunaannya sama ada bayaran tol, meletak kereta dan sebagainya. Jika tiada kad itu, pemilik kenderaan dilarang keluar Singapura kecuali selepas membayar denda yang agak tinggi.
Ketika masuk ke Singapura, kami terlupa membeli kad itu. Selepas bertanya kepada beberapa orang, kami dinasihatkan supaya pergi ke pejabat Sistem Pengangkutan Darat di republik itu yang mengambil masa perjalanan kira-kira setengah jam dari Woodlands. Disebabkan hari itu Sabtu, pejabat berkenaan akan tutup pada jam 12 tengah hari. Disebabkan sudah 11.30 pagi, kami terpaksa mencuba nasib bergegas ke pejabat berkenaan bersama seorang saudara yang menunjuk arah jalan.
Satu syarat untuk mendapatkan kad itu ialah menunjukkan dokumen kereta sama ada salinan geran atau insurans. Kedua-duanya tiada. Selepas melalui beberapa lampu trafik dan memotong mengikut jalan pintas, kami tiba di kaunter pada jam 11.59 pagi dalam hujan renyai, hanya seminit sebelum waktu pejabat tutup.
Selepas memberitahu pegawai berbangsa Cina itu yang saya tidak mempunyai sebarang dokumen, dia berkata memadailah dengan cukai jalan. Cukai jalan terlekap di cermin kereta yang diletakkan secara gopoh gapah di luar pagar pejabat itu. Agak memeranjatkan saya, dengan tersenyum dia mengajak saya ke kereta sambil menutup kepalanya dengan surat khabar dan kemudian mencatat maklumat yang diperlukan untuk mengisi borang yang diperlukan.
Kemudian dia mengajak saya kembali ke pejabat dan menyiapkan kad autopass berkenaan. Pada jam 12.20 tengah hari, saya sudah memiliki kad itu dengan bayaran S$20, walaupun sudah melebihi tempoh waktu bekerja. Terfikir juga, bagaimana keadaan yang sama berlaku di Malaysia. Silap-silap, 15 minit sebelum waktu pejabat bekerja berakhir, pejabat sudah ditutup. Ini adalah satu contoh baik yang ditunjukkan oleh pegawai kerajaan republik itu. Sikap disiplin yang tinggi diterapkan pada setiap pegawai dan kakitangan bagi melambangkan semangat nasionalisme rakyat negara itu.
KEDUA, di Singapura, saya berpeluang menemui, Nadira, anak sindrom down. Walaupun anak istimewa, Nadira yang berusia 16 tahun, tiada bezanya dengan anak biasa lain di republik itu. Dia boleh membaca, menulis, mengira dan sebagainya seperti anak normal lain. Hanya wajahnya yang jelas menunjukkan dia anak sindrom down. Nadira boleh bercakap hampir sama seperti kanak-kanak lain, malah lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Di republik itu, kanak-kanak seperti Nadira tidak memerlukan bantuan sesiapa juga untuk ke sekolah atau ke tempat tertentu yang dia sudah biasa. Pentadbir sekolahnya tidak membenarkan Nadira datang ke sekolah ditemani atau dihantar oleh sesiapa juga, walaupun ibu bapa. Mereka juga dilarang membawa telefon bimbit kerana ia adalah peraturan sekolah. Jika ada pun, nama dan alat rumah diletakkan di poket beg sekolahnya. Sekolah mahu meyakinkan ibu bapa bahawa anak sindrom down boleh hidup sendiri.
Setiap hari bersekolah, pagi-pagi lagi Nadira keluar rumah seperti anak normal yang lain. Dari rumah pangsanya, dia menuju ke lif dan berjalan kaki ke stesen MRT bersendirian. Dia diajar menaiki tren MRT yang menuju ke arah sekolahnya. Dia turun tren dan berjalan ke sekolahnya dengan selamat setiap hari. Pada mulanya keluarganya bimbang melepaskan Nadira ke sekolah bersendirian tetapi lama kelamaan mereka sudah begitu yakin bahawa Nadira tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Cuma, pada suatu hari Nadira tidak pulang ke rumah pada waktu yang sepatutnya. Mengikut ceritanya, Nadira tertidur sewaktu berada dalam tren kerana keletihan.
Ini menyebabkan dia turun di stesen lain. Tetapi, sebenarnya, setiap anak sindrom down juga diajar bagaimana untuk pulang jika mereka tersesat. Bagi Nadira, dia diajar supaya tidak bertanya kepada lelaki. Dia diajar supaya meminta bantuan daripada wanita. Dia memberitahu yang dia tersesat dan meminta wanita itu menghantarnya ke rumah. Wanita itu menghantar Nadira pulang ke rumah dengan selamat kerana baginya itu satu tanggungjawab. Keadaan ini berbeza dengan keadaan di negara ini yang mana, ibu bapa tidak yakin melepaskan anak-anak seperti ini bebas seperti orang lain. Masyarakat juga tidak begitu prihatin terhadap anak seperti ini.
Sumber : Berita Minggu 18 September 2011
Selasa, September 06, 2011
HATI-HATI MENJAWAB SOALAN KBKK
Pelajar tidak dapat mengemukakan alasan atau pandangan secara waras apabila ditanya soalan berkaitan satu isu. Hal ini demikian kerana kecetekan akal akibat kurang membaca dan mengikuti perkembangan semasa negara. Contoh kecetekan pendapat tersebut :
Soalan : Cara membantu golongan nelayan.1. Nelayan kena turun ke laut awal pagi dan balik lambat sikit.
(Ada ke nelayan yang lambat turun ke laut dan balik awal ? )
2. Nelayan menangkap ikan pada hari minggu (Ahad).
(Ada ke nelayan yang bercuti pada hari tertentu? )
3. Nelayan harus menjaga sungai dengan bersih.
(Ada ke mana-mana nelayan yang mengotorkan sungai yang menjadi "periuk nasi" mereka?
(Kalau nelayan jaga sungai, ada ke mana-mana pihak nak beri upah?)
4. Para nelayan harus dihantar ke sekolah agar reti membaca dan memahami situasi ekonomi.
( Ini satu penghinaan kepada golongan nelayan. Walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi tetapi pengalaman mereka tidak dapat "dibeli" di sekolah.)
5. Sentiasa bersikap maju ke hadapan.
( Ada ke golongan nelayan yang mahu mundur dalam kehidupannya? )
6. Memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang laut.
( Apa maksud "lebih mendalam tentang laut" ?. Ombak besar ke, tukun ke? )
7. Mengurangkan kadar bayaran cukai kepada nelayan.
( Ada ke golongan nelayan yang berpendapatan rendah membayar cukai pendapatan? Cukai yang dibayar memang ada dalam bentuk cukai tak langsung. Contoh: apabila membeli barang makanan, harganya termasuk cukai).
8. Kerajaan hendaklah memandang serius dalam meningkatkan taraf hidup nelayan.
( Bila pulak kerajaan melupakan tanggungjawab untuk membela golongan nelayan bahkan ada skim pencen untuk golongan nelayan ).
Nasihat kepada pelajar :
1. Jangan "hentam keromo" sahaja apabila menjawab soalan bentuk ini.
2. Fikirkan logik cadangan yang dikemukakan.
3. Fikirkan sama ada cadangan diberi itu satu idea baharu atau sudah sedia dilaksanakan oleh kerajaan,
4. Jangan menyinggung perasaan suatu pihak walaupun tanpa niat.
5. Ambil peduli akan isu yang berlaku di sekeliling kita dengan cara membaca dan menonton televisyen.
6. Internet memberi banyak sumber maklumat yang terkini.
Isnin, September 05, 2011
KAMI MENITIPKAN BELASUNGKAWA
Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Pn Norazrina Hj jaafar, balu kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban ketika menjalankan tugas di Somalia. Secara kebetulan Norazrina ialah anak didik GPMS Cawangan Johor Bahru dan bersama-sama saya bergiat aktif dalam persatuan tersebut di sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AL FATIHAH untuk Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.
TEMA : PELANCONGAN
CARA MENINGKATKAN BILANGAN KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA :
[ Daya tarikan sektor pelancongan di Malaysia ]
1. Perkhidmatan hospitaliti bertaraf antarabangsa
2. Infrastruktur pelancongan yang moden serta sistem pengangkutan yang selesa
3. Kaya dengan masyarakat majmuk ( kebudayaan, kesenian dan agama )
4. Makanan yang menyelerakan
5. Destinasi pelancongan yang menarik
6. Homestay
7. Ekopelancongan
8. Warisan sejarah
9. Pantai dan pulau yang indah
10. Pusat beli-belah yang moden.
FAEDAH MELANCONG DI DALAM NEGARA
1. Dapat mendalami pengetahuan tentang hal-ehwal negara kita.
2. Membantu perkembangan industri pelancongan tempatan
3. Boleh menjimatkan kos perbelanjaan
4. Mengurangkan pengaliran keluar wang negara
5. Mempertingkat rasa cinta akan negara
6. Keselamatan lebih terjamin di dalam negara
FAKTOR MENDORONG PELANCONGAN DOMESTIK
1. Peningkatan pendapatan isi rumah
2. Kualiti hidup yang lebih baik
3. Penawaran harga kompetitif oleh syarikat penerbangan tambang murah dan MAS
4. Pakej percutian domestik yang berpatutan
5. Pelaksanaan masa bekerja lima hari seminggu
6. Dapat berjimat cermat ekoran krisis kenaikan harga minyak
Sumber : Koleksi Rencana Umum 1 oleh Tn Hj Samat Buang.
Ahad, September 04, 2011
PERPADUAN NASIONAL : RUMAH SUDAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI
Perpaduan Nasional: Rumah Sudah Siap Pahat Masih Berbunyi?
Oleh Melati Mohd Ariff
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?"
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini di tengah-tengah bersemaraknya sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.
Bahagian pertama ialah hasil wawancara dengan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawaatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Seberkas kayu lidi yang diikat tidak mudah dipatahkan tetapi lidi yang dilerai dari ikatan, sebatang demi sebatang senang dipatah.
Ini kisah yang sering diajar untuk menunjukkan jika kita tidak bersatu-padu, kita akan menjadi lemah seperti sebatang lidi tetapi jika kita bersepakat, kekuatan kita bak seberkas kayu lidi, teguh dan padu.
Betapa cantiknya orang tua dahulu menggambarkan kepentingan permuafakatan, persepakatan dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini iaitu perpaduan.
Kita juga ada peribahasa yang dalam maknanya untuk menggambarkan betapa pentingnya perpaduan seperti "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh", "Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing" dan "Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata Kerana Muafakat."
Sudah tentunya juga kita mengharapkan masyarakat majmuk atau berbilang kaum di Malaysia hidup "Bagai Aur Dengan Tebing", perumpamaan yang menggambarkan keadaan kehidupan yang harmoni, tolong menolong antara satu sama lain.
Kita tentunya tidak mahu melihat masyarakat berbilang kaum Malaysia dengan tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India dan berpuluh-puluh etnik yang lain di Sabah dan Sarawak bersikap "Seperti Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-masing!"
REALITI SEMASA
Lalu seperti tidak kena apabila isu perpaduan masih dipersoal selepas lebih lima dekad kita membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.
Namun inilah realiti hari ini.
Pokok persoalannya ialah seakrab atau semesra mana hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini?
Justeru polemik isu perpaduan nasional ini boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu "Rumah Sudah Siap Pahat Masih Berbunyi".
Jika benar berlaku hakisan perpaduan, di mana silapnya dan apakah masih ada sinar di hujung terowong?
"Perpaduan Nasional atau perpaduan kebangsaan adalah satu perkara yang paling elusif di antara cita-cita kebangsaan dan cita-cita besar negara.
"Sehingga hampir 54 tahun kita masih membicarakannya kerana kita masih belum bertemu dengan satu formula atau satu penawar bagaimana kita dapat membangunkan perpaduan dengan secara yang paling mantap dan harmonis sekali, " demikian pandangan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)dalam wawancara dengan Bernama di pejabat PSM, Wisma Sejarah di sini baru-baru ini.
SEBELUM MERDEKA
Tidak timbul isu perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum negara ini sebelum merdeka tetapi dalam masa yang sama juga menurut Omar, tidak ada juga pergeseran yang ketara.
Masing-masing kaum nampaknya gembira dengan kehidupan sendiri dan ketika itu juga tidak ada usaha untuk membuat penyatuan atau memperteguh ikatan perpaduan.
"Kita berada di bawah penjajahan dan mereka meletakkan kaum-kaum yang ada dalam tembok masing-masing. Kita hidup macam di bawah pemerintahan apartheid. Kita berkembang dan maju sendirian.
"Ini cara pihak kolonial mengekalkan pemerintahannya di sini iaitu membahagi-bahagikan orang Cina di sekolahnya, orang Melayu di sekolahnya dan orang India di sekolahnya.
"Kaum-kaum ini duduk di tempat asing daripada orang lain, orang Melayu di kampung-kampung pinggir sungai, orang Cina di bandar-bandar besar dan orang India di estet," jelasnya.
Menurut Omar, pihak Inggeris dapat mengekalkan keadaan keseimbangan kaum menerusi dasar pecah dan perintah mereka.
Pihak Inggeris, bagaimanapun, kata beliau memang sedar keperluan mengadakan keadaan di mana semua kaum di negara ini mempunyai kesatuan yang bersatu padu.
"Sebab itulah apabila kita menuntut kemerdekaan, pihak Inggeris meletakkan syarat iaitu orang Melayu, Cina dan India mesti bersatu-padu dalam satu bentuk perikatan atau satu bentuk persatuan politik," tambah Omar.
CONTOH TERBAIK
Mengambil contoh terdekat negara jiran, Indonesia, Omar berkata negara itu adalah contoh terbaik di mana soal perpaduan kebangsaan dicapai sebelum kemerdekaan lagi.
Jelasnya, sejak 1928 lagi apabila memperjuangkan kemerdekaan mempunyai apa yang dipanggil sebagai "Sumpah Pemuda" iaitu satu bangsa, satu negara dan satu bahasa iaitu Indonesia.
"Jadi apabila mereka memploklamir kemerdekaan pada 1945 yang kemudian diiktiraf pada 1949, mereka sudah tidak ada masalah mengenai soal-soal pokok yang berlegar tentang perpaduan nasional atau perpaduan kebangsaan.
"Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Indonesia dan tidak ada tentangan oleh bahasa-bahasa yang lebih besar seperti bahasa Jawa. Tidak ada kekacauan dalam perkara itu meskipun negara itu terdiri daripada 3,000 pulau.
"Walapun begitu, ini tidak bermakna tidak ada soal pemisah yang timbul selepas itu seperti soal pemisah Acheh yang lebih merupakan cerminan kepada masalah politik di mana soal keadilan dan penyamarataan ekonomi tidak berjalan dengan baik," kata Omar.
Beliau juga memberi contoh negara Vietnam dan Myanmar (Burma) yang juga telah mencapai kejayaan dalam soal-soal perpaduan.
ASAS PERPADUAN
Kepimpinan awal negara ini sememangnya telah memikirkan perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai asas untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum.
Menurut Omar satu daripadanya ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, keadaan ini mula terhakis apabila timbul aliran liberalisasi di mana kedudukan bahasa-bahasa lain diperkukuh.
Dalam mempersoalkan bahasa, Omar berkata ia ada kait mengait dengan soal aliran persekolahan.
"Kita mempunyai satu matlamat besar mengikut Penyata Razak yang mahu melihat semua anak Malaysia Cina, India, Melayu belajar di bawah satu bumbung mengikut kurikulum yang sama, bahasa pengantar yang sama dan akhirnya mengambil peperiksaan yang sama.
"Tetapi bila ada akta pada 1996, apa yang terjadi ialah pengukuhan sekolah-sekolah aliran vernakular dan saya tidak nampak bagaimana penyatuan aliran ini dapat dilaksanakan sebagai satu daripada matlamat kita untuk mencapai perpaduan.
"Aliran-aliran ini berlari atas satu rel yang selari dan tidak ada satu tempat di mana mereka akan bertemu, masing-masing dengan haluan masing-masing, tidak ada titik pertemuan," katanya.
Omar memberi keutamaan kepada sekolah rendah untuk memupuk semangat kebangsaan, semangat perpaduan dan semangat kekitaan kerana di peringkat itulah pelajar senang dilentur.
"Ramai orang bercakap dengan cara nostalgia ketika mereka mengikuti pengajian di sekolah Inggeris dan bagaimana mereka berkawan baik dengan kaum Cina, India dan lain-lain.
"Inilah yang sepatutnya terjadi dalam sistem pendidikan nasional kita di mana sekolah kebangsaan menjadi sekolah perdana dan semua anak Cina, Melayu dan India dapat bergaul dengan baik," tambahnya.
TRAGEDI 13 MEI
Sememangnya bukan mudah mengurus sebuah negara yang mempunyai kemajmukan masyarakat dengan pelbagai agama, nilai dan budaya serta adat resam.
Sejarah telah membuktikannya.
Ikatan perpaduan, kesepakatan dan permuafakatan hancur berderai lebih sedekad selepas laungan "Merdeka" membelah angkasa raya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang tercetus hampir 12 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan tidak dapat tidak, melakar satu titik hitam dalam sejarah tanah air.
Isu perkauman yang dimainkan ketika kempen pilihan raya 1969 dengan parti pembangkang membangkitkan isu Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu membakar hangus ikatan perpaduan dan menjadi punca persengketaan yang membawa kepada rusuhan berdarah.
"Sebab-musabab yang lebih serius tidak ternampak di mata kasar iaitu kebimbangan serta perasaan tidak selamat orang Melayu mengenai pencapaian ekonomi serta kedudukan masa depan penguasaan politik mereka dalam negara merdeka yang sedang dibangun," kata Omar.
Ekoran daripada kekacauan yang meletus dan mengancam ketenteraman awam, Parlimen digantung pada 16 Mei 1969. Pemerintahan negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai Tun Abdul Razak.
Langkah pantas MAGERAN membolehkan pihak berkuasa mengawal keadaan sebelum ianya merebak menjadi apa yang disebut di dalam Laporan MAGERAN "Tragedi 13 Mei" sebagai "malapetaka yang besar".
Laporan itu dalam bahagian pengantarnya turut mengakui sememangnya terdapat pergeseran antara kaum sebelum tercetusnya rusuhan dan kerajaan ketika itu berharap "semoga bahang yang terpasang itu tidak akan meletus."
UJIAN GETIR
Dua faktor utama dikenalpasti sebagai penyebab kekacauan tersebut iaitu isu perpaduan dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
"Memang rusuhan kaum 13 Mei ialah satu satu ujian pahit kepada masyarakat negara ini. Natijah kejadian besar yang menggemparkan masyarakat itu ialah perlunya soal perpaduan diberi perhatian utama.
"Kita terpaksa membayar harga yang tinggi kerana alpa kepada soal perpaduan selepas merdeka.
"Saya kira selepas merdeka soal perpaduan kaum ini walaupun dirasa penting tetapi tidak mendapat perhatian yang berat kerana kita pada masa itu sibuk dengan pembangunan negara," kata Omar.
Menurut beliau, soal sosio-ekonomi, kemiskinan, pendidikan, pertanian, hubungan antarabangsa, pembangunan negara, pembukaan tanah-tanah Felda dan projek-projek prasarana mengambil banyak masa dan perhatian pemimpin ketika itu.

Sumber : Bernama
PERPADUAN NASIONAL : JANGAN LUPA SEJARAH
Perpaduan Nasional: Jangan Lupa Sejarah
Oleh Melati Mohd Ariff
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?"
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini di tengah-tengah bersemaraknya sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini.
Bahagian kedua adalah sambungan wawancara dengan Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawaatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM).
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Lahirnya apa yang dipanggil sebagai Rukun Negara selepas Tragedi 13 Mei dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan untuk menangani konflik perkauman dengan secara telus.
Pengisytiharan Rukun Negara yang dibuat 31 Ogos 1970 diharap menjadi kunci untuk membuka jalan kepada usaha mewujudkan suasana keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Rukun Negara ialah satu daripada piagam yang besar yang dihasilkan di negara ini yang terbahagi kepada dua, iaitu cita-cita dan prinsip, dan ini mendapat persetujuan daripada semua kaum pada masa itu.
"Rakyat Malaysia juga perlu mengambil berat dan menghayati falsafah di sebalik cita-cita dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jika mereka mahu kehidupan yang aman dan harmoni.
"Dalam masa yang sama kerajaan perlu menggerakkan kembali kempen untuk memberi kefahaman dan penghayatan terhadap Rukun Negara," kata Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) kepada Bernama dalam satu wawancara di sini baru-baru ini.
Rukun Negara berpaksikan kepada lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Intipati cita-cita Rukun Negara pula ialah ke arah mencapai perpaduan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin cara hidup yang liberal dan melahirkan masyarakat progresif.
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Omar juga merujuk kepada pelaksanaan dasar sosial ekonomi bersepadu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua untuk tempoh 20 tahun.
Menurut beliau, DEB adalah respons kepada 13 Mei bertujuan merawat penyakit dan kepincangan sosial serta ekonomi yang mendatari tragedi besar itu.
Di bawah dasar itu, masyarakat Malaysia disusun semula supaya ia menjadi lebih adil dengan sistem ekonomi diperbaiki untuk pembasmian kemiskinan semua kaum.
Langkah juga diambil bagi memastikan kekayaan negara dapat diimbangi dan diagih-agihkan secara lebih adil dan saksama khasnya antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Omar berpendapat DEB selepas 20 tahun pelancarannya mencapai kejayaan besar bagi semua kaum walaupun bagi Bbumiputera prestasinya tidak mencapai sasaran yang direncanakan.
"Namun demikian, DEB adalah instrumen paling efektif dalam membangun keyakinan masyarakat dan memperkasa kestabilan negara."
JANGAN LUPA SEJARAH
Setelah lebih 40 tahun Tragedi 13 Mei berlaku, mungkin ramai yang ingin melupuskannya terus daripada ingatan mereka supaya igauan buruk peristiwa berdarah ini tidak menghantui kehidupan khususnya generasi muda negara.
Dalam hal ini, apa yang diperlukan ialah kesungguhan semua pihak memastikan sejarah hitam itu tidak berulang dan kita juga tidak memerlukan tragedi berdarah untuk mengajar kita betapa pentingnya erti perpaduan.
Namun perkembangan mutakhir membimbangkan Omar menjadikan beliau tidak begitu optimistik apabila diaju soalan prospek pencapaian perpaduan nasional.
Beliau menuding kepada apa yang disifatkannya sebagai "partisan politic" atau politik berat sebelah yang dianggapnya merosakkan sebarang usaha besar untuk kepentingan kebangsaan.
Keutamaan diberi hanya kepada politik kepartian walaupun ia jelas bertentangan dengan kepentingan negara.
"Partisan politic", katanya, menyumbang kepada pergeseran kaum dan ini terbukti dalam tragedi 13 Mei.
"Segala-galanya dipolitikkan sehingga amat menyukarkan institusi negara dan badan pentadbiran berjalan dengan baik," katanya.
Jika tekanan memperleceh institusi negara terus menerus dikempen oleh pembangkang lama kelamaan kewibawaannya akan terhakis dan akibatnya amat buruk.
"Keadaan sekarang menunjukkan ada bahagian masyarakat yang seolah-olah kehilangan kepercayaan kepada institusi kerajaan, tak percaya kepada polis, tak percaya kepada sistem kehakiman dan tak percaya kepada pemimpin kerajaan.
"Ini satu perkara yang dahsyat dan sindrom ketidak percayaan ini adalah satu penyakit besar kepada bangsa Malaysia. Inilah hasil permainan partisan politic," tegasnya.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Omar lalu menggesa kerajaan mewajibkan semula pelajar dan mahasiswa memahami sedikit sebanyak perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kursus-kursus boleh disediakan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan tidak terlalu teknikal.
Menurut beliau, segala yang rakyat perlu tahu atau patut tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka, kedudukan orang Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu semuanya tersurat dengan seimbang di dalam Perlembagaan.
"Pakar-pakar perundangan Perlembagaan memberitahu kita bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sebuah dokumen organik yang unik yang memperlihatkan kebijaksanaan luar biasa dari segi keadilan, keseimbangan dan matlamat jarak jauh negara.
"Saranan saya bagi membangun kembali keyakinan rakyat dan perpaduan nasional adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa tonggak penyatuan yang kita cipta," tambahnya.
Cadangan yang diutarakan Omar, pertama, pelaksanaan secara serius tanpa kompromi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua rakyat dan juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan.
Walaupun bahasa-bahasa lain dibenar penggunaannya tetapi Bahasa Melayu mesti diutamakan dalam semua keadaan, rasmi atau tidak rasmi.
"Selepas hampir 54 tahun merdeka semua orang harus menerima Bahasa Melayu sebagai lambang penyatuan dan darah daging mereka," tegas beliau.
Cadangan Omar yang kedua menyentuh mengenai sistem pendidikan nasional yang dikatakannya mestilah dilaksanakan dengan tegas berasaskan semangat tersurat dan tersirat Penyata Razak.
Dalam hal ini, sekolah kebangsaan wajib diberi prioriti dari segi infrastruktur, keguruan dan kelengkapan yang terbaik selain diadakan pengajaran Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang teratur.
Dengan demikian, kata Omar sekolah kebangsaan akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-anak mereka bermula daripada sekarang.
"Sekolah kebangsaan akan menjadi sekolah nasional atau sekolah perdana dalam erti kata yang sebenar di mana semua anak Malaysia belajar bersama serta bersaing di bawah satu bumbung yang melambangi perpaduan.
"Kita harus menjalani satu muhasabah nasional berhubung perpaduan nasional.
"Kita bangun atau jatuh sebagai satu bangsa bergantung kepada kebijaksanaan kita mengurus kerukunan hidup masyarakat kita," kata Omar.
Menurut beliau, rakyat Malaysia sebetulnya mempunyai banyak kekuatan sebagai satu bangsa umpamanya kepelbagaian kaum dan budaya dengan kepandaian masing-masing, peramah dan punya toleransi yang tinggi dan tradisi hidup bersama dengan aman dan harmoni.
"Semua ini adalah aset yang wajib digembleng untuk perancangan membangun perpaduan yang lebih kental.
"Dalam suasana pancaroba dan tidak kestabilan di seluruh dunia, Malaysia bagi saya ialah satu oasis kebahagian. Negara ini indah dan kaya.
"Saya sayang dan bangga dengan watan saya ini dan berdoa tidak akan timbul apa-apa malapetaka yang dapat merosak kestabilan dan keharmonian rakyatnya," katanya.

DIKEHENDAKI LEBIH RAMAI PEMBINA JAMBATAN YANG JUJUR
Dikehendaki Lebih Ramai Pembina Jambatan Yang Jujur - Dr Chandra Muzaffar
Oleh Melati Mohd Ariff
Rencana lima siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad merdeka. Mengapa "Rumah Sudah Siap Pahatnya Masih Berbunyi?" Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini.
Bahagian ke-tiga ini adalah hasil wawancara dengan Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia and Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM).
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kalaulah boleh dilakukan, Dr Chandra Muzaffar sudah tentu akan menampal di setiap pelusuk tanah air poster yang berbunyi "Dikehendaki: Lebih Ramai Pembina Jambatan".
Syarat yang akan dikenakan, di tempat paling atas, Rakyat Malaysia, orang muda diutamakan!
Beliau juga akan menambah syarat tambahan: "Yang Jujur Sahaja! Pemusnah Jambatan Tak Perlu Memohon!"
HAJAT MERDEKA
Pernyataan di atas sebenarnya adalah hajat Chandra sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-54, hajat yang dizahirkan dalam wawancara dengan Bernama mengenai isu Perpaduan Kebangsaan di pejabatnya baru-baru ini.
Beliau juga memberitahu penulis "pembina jambatan" ialah istilah kegemarannya yang sering digunakan apabila bercakap mengenai perpaduan.
"Jika ramai yang sedar, katakan dalam masyarakat kita ada ramai orang Melayu dan bukan Melayu, Cina, India, Kadazan dan yang lain-lain, amat mengambil berat tentang pembina jambatan, keadaan akan berbeza.
"Yang menjadi masalahnya kita tidak mempunyai ramai pembina jambatan, di sana di sini ada beberapa kerat individu sahaja.
"Dahlah tak ramai, ada pula yang jadi pemusnah jambatan dan orang yang mendirikan tembok," kata Chandra, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia.
KEKUATAN PADU
Memupuk semangat perpaduan kebangsaan sewajarnya bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata seperti yang disuarakan oleh Chandra yang juga Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM).
Penyelesaian sebenarnya, katanya, terletak kepada rakyat.
"Apa yang kita perlukan kekuatan padu semua kaum, orang Melayu, orang bukan Melayu yang menjadi pembina jambatan yang jujur. Kalau kita ada semuanya ini, persekitaran dan suasananya lebih sesuai untuk benih-benih perpaduan bercambah dan berkembang.
"Saya ikhlas berharap dan berdoa kita mampu mewujudkan lebih ramai pembina jambatan yang benar-benar jujur yang akan menjadi tonggak kekuatan padu menggalakkan perpaduan kebangsaan," katanya.
Paling unggul, tambahnya jika generasi muda dapat diasuh dan dididik sebagai pembina jambatan yang diharap-harapkan itu.
Menepati kata-katanya, Yayasan 1Malaysia mengambil inisiatif untuk memenuhi keperluan itu dengan mengadakan program untuk pelajar sekolah di mana antara lain mereka dapat memahami erti menjadi warga negara Malaysia.
"Kewarganegaraan bermakna kesediaan untuk melaksanakan bukan sahaja hak tetapi sama juga pentingnya, tanggungjawab sebagai seorang warga negara," kata Chandra.
PERJALANAN YANG BERTERUSAN
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perpaduan, Chandra tegas menyatakan ia ibarat satu perjalanan yang jauh serta berterusan dan bukannya satu destinasi.
Dalam perkataan lain seseorang itu tidak boleh berkata "Kita telah mencapai perpaduan" bak kata Chandra kemungkinannya tidak ada negara di dunia ini boleh mendakwa ia telah mencapai perpaduan pelbagai etnik.
"Perkara ini tidak akan berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di mana-mana negara di dunia yang penduduknya terdiri daripada berbilang etnik dan agama.
"Mengapa? Kerana kita bercakap tentang orang yang berlainan pegangan agama dan latar belakang kebudayaan, sejarah yang berbeza, memori yang berbeza dan dengan pengalaman yang berbeza.
"Situasinya amat, amat kompleks. Banyak perbezaan dan akan terus ada perbezaan. Saban waktu ada sahaja yang akan berlaku.
"Kita perlu meneruskan rundingan untuk menangani perbezaan-perbezaan ini, kita perlu terus berusaha mengatur cara dan langkah untuk membolehkan kita tinggal bersama," kata Chandra.
Beliau mengambil contoh Ireland Utara di mana konflik antara puak Katolik dan Protestant masih wujud.
"Mereka telah mencapai persetujuan mengenai cara untuk menyelesaikan konflik yang sudah berlarutan berkurun lamanya.
Mereka ada mencapai kata sepakat yang dipersetujui kedua belah pihak, yang dipanggil Good Friday Agreement pada 1998.
"Bagaimana pun baru-baru ini terdapat pertempuran di Ireland Utara yang mengakibatkan kematian di mana ini menunjukkan tidak ada penyelesaian mudah untuk masalah berhubung dengan etnik dan agama," tegasnya.
IBARAT PERKAHWINAN
Menggunakan "perkahwinan" sebagai analogi kepada perpaduan di mana diakui tidak ada perkahwinan yang sempurna, Chandra mengulangi kenyataannya bahawa ia memerlukan usaha yang berterusan.
Pasangan yang berkahwin akan mengalami masalah, cabaran dan perbezaan dari semasa ke semasa dan mereka perlu mencari jalan penyelesaian.
Dalam hal Malaysia, beliau menekankan bahawa pucuk pimpinan di awal 1957 telah mengambil langkah bijak dengan memberi keutamaan kepada isu perpaduan yang dilihat sebagai cabaran paling utama.
"Dari awal lagi kita telah sedar ini adalah satu cabaran yang memerlukan perhatian yang maksimum, cabaran yang memerlukan sepenuh tenaga dan usaha kita.
"Saya berpendapat kita memang tahu perkara itu. Kita sedar daripada awal-awal lagi bahawa perpaduan adalah isu penting, maka sebab itulah semua pemimpin kita, pembuat pendapat dan elemen berpengaruh dalam masyarakat sering menekankan tentang perpaduan," jelasnya.
PERLU POSITIF
Namun demikian, Chandra pantas menambah bahawa dalam apa juga keadaan kita perlu berpijak di bumi nyata dalam usaha kita menangani isu perpaduan.
Dalam mengulangi kenyataannya bahawa perpaduan ialah satu proses, satu perjalanan yang tiada penghujungnya, beliau turut menegaskan bahawa "kita tidak boleh meletak jangka waktu mahu pun bercakap tentang perpaduan yang sempurna."
"Apa yang kita ingin capai adalah dengan tahun-tahun yang berlalu kita mampu untuk berkata ikatan perpaduan kita lebih teguh dan ia akan jadi lebih teguh. Kita perlu bersikap positif mengenai perkara ini.
"Sekiranya semua kaum, semua peringkat masyarakat boleh berkata demikian, dalam perkataan lain esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini dan kita mula merasa lebih sebagai sebuah keluarga.
"Jika itu boleh kita ungkapkan dalam kita menjalani kehidupan kita, itu sudah satu pencapaian," katanya.
PERPADUAN LEBIH HEBAT
Mengulas pembentukan Bangsa Malaysia, istilah yang timbul di dalam versi Melayu Wawasan 2020, Chandra menarik perhatian bahawa perpaduan masih menjadi kunci kepada pencapaian aspirasi itu.
Beliau menjelaskan dalam versi Bahasa Inggeris Wawasan 2020, versi asal, istilah yang digunakan sebetulnya "Greater Unity amongst the different peoples and the different communities."
"Seperti yang saya katakan di awal tadi ikatan yang lebih teguh itulah yang kita perlukan," tegasnya.
Beliau turut menyatakan rasa tidak senangnya dengan isu yang dibangkitkan tahun lepas di mana seseorang ditanya sama ada beliau "Melayu dulu atau orang Malaysia dulu."
Pada pandangan Chandra, soalan itu tidak munasabah di mana seseorang itu boleh berhujah bahawa dua ciri penentu negara Malaysia, kedua-duanya ada kaitan dengan identiti bangsa Melayu.
"Umpamanya apakah bahasa negara ini? Melayu, seperti yang digariskan dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia dan Melayu adalah bahasa orang Melayu. Apa dia agama Negara ini? Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama negara ini adalah Islam. Apakah agama orang Melayu? Islam.
"Jadi dua ciri negara ini adalah sebenarnya ciri bangsa Melayu. Oleh demikian untuk menyoal sama ada seseorang itu Melayu dulu atau orang Malaysia dulu, sebenarnya mendedahkan orang yang menyoal itu tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang negara Malaysia," tegas Chandra.
TANAH AIR
Menurut beliau, dalam konteks tertentu seseorang itu mungkin merasa dia Kadazan tetapi dalam apa cara pun ini tidak menjejaskan perasaannya kepada tanah airnya, yakni Malaysia.
"Katakan ada pesta Kadazan dia merasa dirinya Kadazan. Bila datang Ramadan dia merasa dia seorang Muslim. Kerana cintanya kepada pantun, seperti Pak Ungku (Prof Diraja Ungku Aziz) dia merasa dirinya Melayu kerana pantun warisan indah orang Melayu.
"Sama juga dengan orang Cina, apabila tiba perayaan Tahun Baru Cina mereka akan merasa diri mereka lebih orang Cina," kata Chandra, seraya menambah isu yang digembar-gemburkan itu hanya helah politik.
PENERIMAAN ADALAH KUNCI
Tidak dapat tidak, Melayu atau bukan Melayu mempunyai kewajipan dan tanggung jawab untuk membina negara ini.
Dalam hal orang bukan Melayu, kata Chandra, mereka perlu menerima hakikat sejarah dan empati untuk sejarah serta evolusi negara Malaysia -- bagaimana ia berkembang dari sebuah negara Melayu kepada negara Malaysia.
Begitu juga halnya, kata beliau dengan orang Melayu, mereka perlu sedar implikasi realiti semasa penerimaan orang Cina dan India sebagai warganegara dengan hak dan tanggungjawab untuk menjadikan kita masyarakat berbilang etnik yang sebenar.
"Kita tidak akan dapat memahami dan mengambil berat antara satu sama lain selagi kita melihat negara ini menerusi lensa perkauman. Kita mesti mengatasi perasaan mementingkan diri mengikut kaum," tegasnya.
Rakyat Malaysia juga perlu memahami dengan lebih mendalam isi kandungan Perlembagaan dan Rukunegara.
"Kita sepatutnya melakukan ini sejak awal dulu lagi, mengambil langkah untuk membuatkan orang Melayu dan bukan Melayu memahami secara bersungguh-sungguh kedua-dua dokumen penting ini. Kita sepatutnya mengambil langkah supaya rakyat menjiwai Perlembagaan dan Rukunegara dengan sepenuh jiwa dan raga
"Kita boleh gunakan sistem pendidikan, kita boleh gunakan media. Kita juga boleh gunakan saluran budaya dan agama. Kita telah gagal melakukannya.
"Saban waktu kita tewas kepada tarikan dan tekanan politik perkauman. Dalam lain perkataan mengutamakan politik daripada perpaduan kebangsaan.
"Sekiranya ini berlanjutan kita tidak akan dapat bergerak ke arah mencapai perpaduan yang lebih hebat seperti yang dibayangkan di bawah Wawasan 2020 yang hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi," keluh Chandra.

JANGAN PERLEKEH APA YANG TELAH KITA CAPAI
Jangan Perlekeh Apa Yang Telah Kita Capai - Dr Chandra Muzaffar
Oleh Melati Mohd Ariff
Rencana lima siri siri ini cuba merungkai isu perpaduan yang masih menjadi polemik setelah hampir lebih lima dekad negara merdeka.
Bernama mendapatkan beberapa pandangan dalam menyelusuri polemik isu perpaduan nasional ini.
Bahagian ke-empat ini sambungan hasil wawancara dengan Prof Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia dan Professor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia.
PETALING JAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Dalam membicarakan perpaduan nasional di Malaysia, ada tiga pencapaian penting yang tidak wajar dilupakan.
Dr Chandra Muzaffar, pakar sains politik tempatan yang dihormati meletakkan 'keganasan perkauman minimum' di tempat pertama dalam senarainya ketika diwawancara Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau merujuk kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menurutnya mempunyai implikasi kepada perpaduan nasional di samping beberapa pertelingkahan kecil di sana-sini.
Bagaimanapun, beliau menganggap sebagai menakjubkan bagi sebuah masyarakat pelbagai etnik dan pelbagai agama yang disifatkanya antara yang paling kompleks di dunia kurang mengalami keganasan kaum.
"Ini sesuatu yang amat penting, perkara ini telah banyak kali saya ulang sejak 40 tahun lalu, iaitu kita mengalami keganasan kaum yang minimum," kata Chandra, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia.
BERSYUKURLAH
Chandra yang juga Profesor Kajian Global, Universiti Sains Malaysia (USM) membandingkan pengalaman Malaysia dengan apa yang berlaku di negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik di dunia.
Negara-negara yang dinamakannya termasuk dari Ireland ke bekas Yugoslavia di Eropah, ke Lubnan dan Mesir di dunia Arab, ke India, Pakistan dan Sri Lanka di Asia Selatan dan di Asia Tenggara iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia.
Menurut beliau, di negara-negara yang dinyatakan di atas masalah etnik atau agama telah mencetuskan keganasan etnik.
"Di negara ini kita mengalami keganasan etnik yang minimum dan rakyat Negara ini mesti menghargai hakikat ini kerana pada saya keganasan adalah satu perkara yang amat teruk di mana boleh berlaku pertumpahan darah serta pembunuhan.
"Terutamanya dalam masyarakat pelbagai etnik, pelbagai agama, keganasan mempunyai implikasi yang jauh lebih serius berbanding keganasan dalam masyarakat-masyarakat lain kerana keganasan tidak akan berakhir.
"Jika anda membunuh seseorang daripada komuniti lain akan timbul perasaan dendam yang bersifat perkauman. Ianya akan berterusan. Memang teruk, jadi bila negara kita hanya mengalami sedikit keganasan, ini adalah satu pencapaian yang besar," katanya.
DAPAT DISELESAIKAN
Yang kedua, masalah dan cabaran yang pasti tercetus, semuanya ini sedikit sebanyak masih dapat diselesaikan.
Seperti yang dijelaskan Chandra, pertelingkahan ini diselesaikan menerusi dasar dan tindakan melalui perbincangan dan tolak-ansur.
Beliau berkongsi dua contoh untuk menguatkan hujahnya.
Pertama ialah apa yang disifatkan sebagai cabaran besar etnik berhubung dengan kedudukan ekonomi pelbagai komuniti di negara ini.
"Kenapa saya kata utama? Kerana 70 peratus masyarakat Melayu pada 1957 hidup di bawah paras kemiskinan dan sekiranya ditinjau di peringkat kelas pertengahan dan tinggi, kurang sekali peratus orang Melayu.
"Kita bercakap mengenai masyarakat yang mempunyai pertalian kuat dengan negara ini tetapi lemah kedudukan ekonominya pada tahun 1957," kata Chandra.
Hari ini, beliau berkata taraf kehidupan orang Melayu jauh lebih baik dengan bilangan doktor Melayu mencapai hampir 35 peratus sementara peguam, 40 peratus, berbanding 2 atau 3 peratus pada 1957.
Malahan, katanya, komposisi golongan pertengahan juga menggambarkan masyarakat pelbagai etnik negara ini bukan dibolot satu-satu kaum sahaja.
Transformasi yang besar itu, menurut Chandra dicetuskan oleh sedikit pergeseran.
PENDIDIKAN KUNCINYA
Mengulas lebih lanjut mengenai transformasi, Chandra mengaitkannya dengan perluasan peluang pendidikan yang disifatkannya sebagai faktor utama tetapi ramai pihak yang lupa atau sengaja abaikannya.
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan pendidikan dan memandangkan orang Melayu adalah bangsa majoriti, mereka mendapat banyak manfaat daripada proses ini.
"Mengapa saya bangkitkan hal ini? Sekiranya kita melihat belanjawan pembangunan kita, Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia ini, yang secara konsistennya memperuntukkan 25 peratus daripada belanjawan pembangunan untuk pendidikan sejak 1957, ini amat mengkagumkan.
"Ini sebabnya mengapa transformasi ini dapat dicapai.
"Dan sudah tentunya ia diperkukuhkan lagi oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB)," jelas Chandra.
Di sebalik transformasi yang mencetuskan dukacita di kalangan bahagian tertentu masyarakat, Chandra masih berpendapat ia menjamin kestabilan dan harmoni dalam masyarakat.
"Jika kita tidak mencapai semua ini, sudah tentu kita berdepan dengan masalah yang lebih buruk. Ini yang semua pihak perlu hargai. Katakanlah keadaan kekal seperti 1957 atau 1969, dapatkah anda membayangkan bagaimana keadaan negara pada hari ini?
"Tidak akan ada keamanan, tidak ada kestabilan, tidak ada keharmonian dan sudah tentunya tiada demokrasi. Proses transformasi ini juga menjadikan peluang untuk tragedi 13 Mei berulang tipis!
"Perkara ini perlu disemat dalam pemikiran semua. Ada kalanya orang mudah lupa. Bukan sahaja mereka lupa, mereka langsung tidak menghargainya.
"Mereka hanya fikir DEB adalah punca semua masalah kita sedangkan sebenarnya inilah salah satu sebab mengapa kita boleh hidup dalam keadaan yang agak baik dalam masyarakat negara ini," kata Chandra.
MENYELESAI ISU
Salah satu konflik besar DEB, kurangnya peluang bagi bukan Melayu berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi sedikit sebanyak dapat diselesaikan menerusi beberapa langkah.
Beliau menjelaskan apabila universiti-universiti awam ditubuhkan pada 1970-an, kerajaan memberi lebih penekanan kepada pengambilan pelajar Melayu dan ramai pelajar bukan-Melayu dipinggirkan.
Salah satu langkah yang diambil kerajaan untuk menangani perasaan tidak senang hati bukan Melayu ialah menetapkan kuota 55-45 Bumiputra-bukan Bumiputra untuk universiti awam pada 1978 sewaktu pemerintahan Tun Hussein Onn.
Satu lagi cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membenarkan beberapa universiti dan kolej swasta ditubuhkan bagi mereka yang tidak dapat memasuki universiti awam. Ini bermula pada awal 90-an.
Menurut Chandra, langkah ini banyak membantu ibu bapa memandangkan mereka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke luar negara di mana kos pendidikan amat tinggi.
"Perkembangan yang penting ini berlaku sewaktu Tun Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apa yang dilakukan kerajaan adalah usaha untuk mengurangkan rasa tidak senang hati, rasa kecewa di kalangan ibu bapa dan pelajar bukan Melayu," kata Chandra.
PERLEMBAGAAN
Pencapaian ketiga yang disifatkan Chandra perlu diingati rakyat negara ini ialah berkait dengan apa yang ditakrifkan sebagai penanda jelas dalam konteks hubungan etnik, terutamanya kedudukan komuniti yang berlainan.
Semua negara, katanya, sama ada mempunyai penduduk berbilang etnik atau tidak, memerlukan penanda jelas dalam perjalanan untuk mencapai perpaduan nasional.
"Saya fikir dalam hal ini kita amat bertuah kerana mempunyai Perlembagaan yang adil dan saksama dan daripada segi prinsip asas etnik ianya masih kekal begitu.
"Dari awal-awal lagi kita jelas inilah negara kita dan dari awal juga kita mengambil kira sejarah dan keadaan semasa.
"Kita tidak menafikan sejarah kita kerana tidak ada negara yang boleh dibina dengan menidakkan sejarah negara dan sejarah kita terkandung dalam Perlembagaan, kedudukan raja-raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan," jelasnya.
KAITAN SEJARAH
Bercakap mengenai kedudukan orang Melayu, Chandra memberitahu penulis ia juga mempunyai kaitan dengan sejarah orang Melayu perlu dilindungi terutamanya apabila kewarganegaraan diberi secara liberal kepada sebahagian besar penduduk bukan Melayu.
"Orang hari ini tidak tahu apa yang berlaku pada waktu itu. Jika anda lihat statistik, pada 1955 hanya 15 peratus orang bukan Melayu (Cina dan India) yang merupakan warganegara.
"Oleh kerana liberalisasi syarat kewarganegaraan sebelum Merdeka 1957, demografi berubah dengan hampir 40 peratus warganegara Malaya terdiri daripada orang bukan Melayu.
"Dalam lain perkataan golongan elit Melayu dan komuniti Melayu memberi tempat kepada yang lain. Hasilnya orang Melayu daripada sebuah negara, negara Melayu, Tanah Melayu daripada segi sejarah, menjadi hanya sebuah komuniti.
"Ini adalah pengorbanan yang amat besar dibuat masyarakat Melayu, satu tindakan yang kita boleh katakan sebagai begitu mulia," kata Chandra.
AMAT SEIMBANG
Perlembagaan Persekutuan mewujudkan keseimbangan yang tidak terdapat dalam kebanyakan perlembagaan di kebanyakan negara berbilang etnik.
Menurut Chandra, Perlembagaan negara ini amat adil dan saksama daripada segi hak dan kedudukan pelbagai komuniti di negara ini.
"Sekiranya anda mengkaji Perlembagaan ini secara holistik, memang bertepatan untuk raja-raja Melayu diberi kedudukan, adalah tepat juga untuk bahasa Melayu berada pada tempatnya yang hak, dan ini bukan hasil rundingan.
"Saya mahu menjelaskan di sini kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan berakar umbi dalam sejarah kita," kata Chandra.
Bahasa Melayu, jelas beliau, telah menjadi lingua franca dunia bahagian sini sejak beratus-ratus tahun lalu.
"Jadi apabila keputusan dibuat untuk menjadikannya bahasa kebangsaan, ia adalah sesuatu yang logik dan belajar bahasa lain pula adalah untuk memberi tempat kepada bahasa berkenaan.
"Begitu juga dengan kedudukan Islam. Islam adalah agama kerajaan serta kesultanan Melayu, dan juga adalah asas pentadbiran dan undang-undang," katanya.
KEKUATAN KENTAL
Chandra juga membuat rujukan khas kepada Rukunegara yang disifatkannya sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia membentangkan matlamat dan prinsip panduan untuk negara.
Kesemuanya ini, kata beliau diperkuatkan lagi oleh Wawasan 2020 kerajaan yang diperkenalkan pada 1991, yang menggariskan sebuah wawasan untuk masa depan negara berbilang kaum ini.
"Pertama daripada sembilan cabaran strategik ditujukan kepada perpaduan, mewujudkan perpaduan lebih mantap di kalangan rakyat negara ini.
"Sekali lagi kita bertuah kerana sekarang kita mempunyai gagasan untuk menyatukan semua pihak iaitu 1Malaysia.
"Ia adalah sebahagian daripada satu proses yang panjang, bermula dengan Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan sekarang 1Malaysia.
"Pada hakikatnya saya fikir ini adalah salah satu daripada kekuatan kental di mana kita mempunyai penanda untuk perjalanan kita dan sebahagian besar rakyat Malaysia yang boleh berfikir akan menghargainya. Kita perlu mengikuti penanda-penanda ini secara jujur dan ikhlas dalam kita meneruskan perjalanan kita menuju masa depan," kata Chandra sebagai menutup perbualan.

Langgan:
Catatan (Atom)