Ahad, April 24, 2011

MENYUBURKAN AMALAN MEMBACA


Dapatkan artikel bertajuk, "Menyuburkan Tabiat Membaca" dalam majalah PELITA BAHASA keluaran bulan April 2011.

Isnin, April 18, 2011

MENERBITKAN SOALAN KBKK

Soalan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) merupakan soalan wajib untuk bahagian pemahaman (Soalan 2aiii, 2bii, 2ciii dan 2dii ). Soalan kategori ini dapat dihasilkan dengan mudah oleh guru yang berpengalaman. Terdapat beberapa kaedah untuk menerbitkan soalan KBKK, antaranya ,

(i)  Rujuk kepada tema teks ( Contohnya cerpen/ drama, puisi/ sajak )
Contoh : Cerpen HUTAN RIMBA [ Antologi Dirgahayu Bahasaku ]
Tema : Melestarikan hutan/ memulihara hutan

Soalan KBKK.
1. Mengapakah kita perlu memelihara hutan ?
2. Bagaimanakah cara memelihara hutan ?
3. Mengapakah masyarakat tidak mengambil peduli tentang isu kemusnahan hutan ?
4. Apakah kesan kemusnahan hutan.

Contoh : Cerpen PUNGUT ALIAS ZAHARAH ALIAS YAP SIEW YONG
Tema : Orang Cacat / Orang Kurang Upaya.

Soalan KBKK
1. Cara-cara membantu orang kurang upaya .
2. Anda mempunyai seorang rakan OKU. Bagaimanakah anda dapat membantunya ?
3. Mengapakah anak cacat selalu tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Rabu, April 13, 2011

MODUL TUDINGAN KOMSAS 2011

Assalamualaikum
Mohon jasa baik rakan-rakan ahli panel perunding Bahasa Melayu SPM JPN Johor agar dapat e-mel bahan modul yang ditulis kepada saya selewat-lewatnya pada 30 April 2011 supaya bahan tersebut dapat diedarkan sebaik sahaja penggal kedua persekolahan bermula. E-mel kan bahan kepada alamat berikut :

modultudingan2011@gmail.com

Atas kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Cikgu Ajak

Template by:
Free Blog Templates