Jumaat, Oktober 08, 2010

KABUS DI PERBUKITAN


KETABAHAN SEORANG WANITA DALAM MENGHARUNGI LIKU-LIKU PAHIT MANIS KEHIDUPAN MERENTASI DUA BENUA BERBEZA TETAPI KEKAL DALAM JATI DIRI SEORANG MELAYU GLOKAL.

Novel, "KABUS DI PERBUKITAN" ini akan mula digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan mulai tahun 2011. Novel ini merupakan novel generasi kedua selepas novel, "PUTERA GUNUNG TAHAN" yang telah digunakan sejak tahun 2001. Secara keseluruhan sinopsis cerita berkisar kepada pahit manis kehidupan watak utama novel iaitu FARIDAH sejak dilahirkan sehingga mempunyai keluarga sendiri. Ditakdirkan mempunyai kembar tetapi suratan ilahi menentukan segala-galanya apabila Faridah terpisah daripada adik kembarnya RAHAYU gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh bapanya bernama KAMARUDIN yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga. Takdir juga menentukan bahawa FARIDAH akan kehilangan RAHAYU apabila dipertemukan untuk kali kedua. Malang berganda yang menimpa FARIDAH umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya SALMAH dan suaminya, GHAZALI pula meninggal dunia. Takdir membawanya ke bumi KIWI ( New Zealand) apabila ditawarkan berkursus selama enam bulan. Takdir juga membuka hatinya untuk menerima lamaran seorang pemuda bernama SOLEH JOHNSONS dan seterusnya dikurniai dua orang puteri (juga kembar) dan memutuskan untuk terus tinggal di sana membina keluarga bahagia. Setelah 25 tahun berlalu, pelbagai peristiwa sering datang bertamu dan akhirnya mempertemukannya semula dengan AZRUL (teman rapat) arwah adiknya RAHAYU. Mereka akhirnya dipersatukan apabila anak mereka berdua membina rumah tangga bahagia. FARIDAH umpama karang yang teguh bertahan di tengah-tengah samudera yang mengganas. Hidup di bumi asing tidak sesekali menghilangkan kebangaan kepada jati diri sebagai seorang MELAYU GLOKAL. 

ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN DALAM NOVEL :

1. Perjuangan melestarikan alam sekitar.
2. Penyakit kronik iaitu kanser yang menjadi "duri dalam daging" kepada kehidupan manusia,
3. Kerja sosial iaitu mendidik anak-anak istimewa seperti sindron down
4. Tugas-tugas pasukan keselamatan dan NGO dalam gerakan mencari orang yang hilang di hutan
5. Kepercayaan tradisi masyarakat luar bandar.
6. Keretakan rumah tangga yang memisahkan ahli keluarga.
7. Perkara fardu kifayah iaitu makanan halal yang perlu disediakan terutama di luar negara.
8. Usahawan tani yang berwawasan
9. Masalah kumpulan militan/ fundamentalist Islam
10. Perkahwinan campur antara pelbagai bangsa.
11. Amalan Islam yang longgar dalam kalangan masyarakat Islam
12. Sikap prejudis masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam dan komuniti Islam di luar negara.

WATAK UTAMA
Watak utama dalam novel ini ialah FARIDAH.

WATAK SAMPINGAN
1. Rahayu
2. Azrul
3. Dr. Hadi
4. Mejar (B) Kamaruddin Bin Ahmad
5. Syuqri
6. Abdul Rafiq
7. Abdul Rashid
8. Mastura
9. Iqbal
10. Azman.
11. Salmah
12. Pak Imam Sohod
13. Ghazali
14. Said
15. Chief Inspektor Aznil
16. Azmi
17. Buyong
18. Sarjan Yusoff
19. Cikgu Raduan
20. Leftenan Abdullah
21. Hamidah (isteri kedua Kamaruddin)
22. Azlin
23. Dr. Susan
24. Suhaila
25. Amah Siti
26. Tuan Cecil Renking
27. Penghulu Garang
28. ACP Ahmad Dan Bin Mokhtar
29. Tuan Hj Hasbullah Bin Awang
30. Meor
31. Tok Batin Senik.

Terdapat juga watak-watak pembantu lain yang penting iaitu :
1. Soleh Johnsons (suami Faridah)
2. Anne Johnsons (anak Faridah)
3. Melina Johnsons (anak Faridah)
(Anne dan Melina ialah kembar seiras)
4. Haji Othman (bapa Azrul)
5. Hajah Rahmah (ibu Azrul)
6. Jabbar Al-Anbia @ Benny (suami Melina(
7. Zain (anak Azrul)
8. Datin Aishah (ibu Zain)




Rabu, Oktober 06, 2010

TEKS ANTOLOGI KOMSAS T2

Tajuk teks antologi tingkatan 2 ialah GEMA SEPI GADIS GENIUS.  Antologi ini mengandungi 6 puisi tradisional, 6 sajak, 4 prosa klasik, 6 cerpen dan 3 drama.

TEKS ANTOLOGI KOMSAS T5

Teks antologi KOMSAS bagi pelajar tingkatan 5 bermula tahun 2011 berjudul DIRGAHAYU BAHASAKU. Teks ini mengandungi 6 puisi tradisional, 6 sajak, 4 prosa tradisional, 6 cerpen dan 3 drama.

Selasa, Oktober 05, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2010 bermula esok pagi kepada pelajar-pelajar di seluruh negara khasnya anak didik di SMK Sri Tebrau, Johor Bahru. Harapan saya semoga pelajar akan bertenang dan berhati-hati ketika menjawab soalan mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendoakan mudah-mudahan pelajar-pelajar akan mendapat kejayaan setimpal dengan usaha yang dilakukan selama ini.

Isnin, Oktober 04, 2010

TEKS NOVEL T5 TAHUN 2011


 Teks novel yang digunakan bagi Zon Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang ialah SUTERA DALAM LUKISAN.
Manakala bagi zon Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ialah KEMBARA AMIRA.
Teks untuk negeri Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan ialah KABUS DI PERBUKITAN.
Teks untuk negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya ialah INTERLOK

Teks yang dipaparkan adalah teks asal. Teks yang akan digunakan oleh pelajar (edisi pelajar) mempunyai sedikit kelainan kerana telah diedit untuk disesuaikan dengan pelajar. Sila berhubung dengan pihak SPBT sekolah masing-masing untuk mendapatkan teks edisi pelajar dalam sedikit masa lagi. Rakan guru juga boleh mula membaca novel tersebut (edisi asal)  dan membuat kajian awal kerana novel tersebut akan mula digunakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Template by:
Free Blog Templates