( Artikel ini disiarkan dalam bahasa Inggeris kerana hanya akhbar STAR sehaja yang melaporkan berita ini. )
School head under probe over racist remarks
By MOHD FARHAAN SHAH
newsdesk@thestar.com.my
KULAIJAYA: Police are investigating a school principal who allegedly used racist remarks against non-Malay students during a Merdeka celebration at the school here recently.
Kulaijaya deputy OCPD Asst Supt Mohd Kamil said police had received 12 reports against the principal since Saturday and that the case was being investigated under Section 504 of the Penal Code.
Over 50 parents and students had lodged the reports against the principal, who allegedly described the non-Malays as “penumpang” (passengers) in the country during her speech at the start of the celebration on Aug 12.
“I was shocked that my principal had used such a word against non-Malay students in our school.
“This is not the first time that she had made racist comments against Chinese and Indian students in our school,” said 17-year-old student Brevia Pan.
She added that the principal, who joined the school early this year, would only target Chinese and Indian students.
“During the Merdeka celebration, she had told non-Malay students to go study in a Chinese school or go back to China,” she told reporters in a press conference organised by Senai assemblyman Ong Kow Meng.
Another student, Ashvini Thi-na¬karan, 17, said many Malay students were influenced by the principal’s remarks and made similar comments and called them names.
“Before she came to my school, all the students got along well,” she said. Her father R. Thinakaran, 47, said this was a serious matter and that principals should not behave like this.
“This principal has caused racial disharmony at the school,” he said, adding that if no action was taken, he would take his daughter out of the school.
Ong called for stern action against the principal, adding that such school heads and educators would affect the minds of students.
Sumber : Akhbar STAR, Isnin, 16 Ogos 2010
Rabu, Ogos 18, 2010
Khamis, Ogos 12, 2010
TEKS ANTOLOGI DAN NOVEL TERBAHARU 2011
Mulai tahun 2011, semua pelajar tingkatan 2 dan 5 akan meneruskan penggunaan teks antologi dan novel terbaharu bagi kumpulan pertama teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah (PMR) dan menengah atas (SPM). Sepanjang tahun 2010, mereka telah pun menggunakan teks antologi Kesusasteraan Melayu dan novel terbaharu semasa di tingkatan 1 dan 4.
Pelajar di tingkatan 1 sebelum ini menggunakan antologi Kasut Kelopak Jantung di samping novel yang ditetapkan mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2011, mereka akan menggunakan antologi baharu berjudul Gema Sepi Gadis Genius. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 2 akan menggunakan novel berjudul Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahdzir, terbitan Star Trading Sdn. Bhd.
Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2011 pula, mereka akan menggunakan teks antologi baharu berjudul Dirgahayu Bahasaku selain Harga Remaja yang digunakan semasa di tingkatan 4. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menggunakan novel berjudul Sutera Dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, terbitan ABM SMAZ Creative.
Sumber : Blog Hj Samat Buang

Selasa, Ogos 10, 2010
DYMM SULTAN JOHOR MURKA DIHERET KE DALAM KANCAH POLITIK
KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim semalam murka terhadap tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda menerusi poster pada majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.
Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan tindakan itu kerana terdapat pihak cuba mempengaruhi rakyat seterusnya boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.
“Akhir-akhir ini, saya mendapati ada pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini demi kepentingan peribadi mereka dan sebagai contoh terbaru, pada satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini, ada pihak cuba mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya di sepanduk kempen politik mereka.
“Perbuatan itu satu tindakan yang biadap dan kurang ajar serta tidak seharusnya berlaku walaupun saya tahu pihak polis sedang menyiasat perkara itu. Namun rakyat di negeri ini jangan menjadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan manusia yang tiada pendirian hidup kerana saya tidak mahu rakyat saya dipecah-belahkan manusia seperti ini,” titah baginda pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) Bermotosikal 2010 di sini, semalam.
Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim.
KMJ Bermotosikal 2010 berlangsung selama tiga hari bermula 7 Ogos lalu yang menyaksikan baginda menunggang sendiri motosikal mengharungi laluan sejauh kira-kira 777 kilometer membabitkan daerah Pontian, Batu Pahat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah, wakil rakyat seharusnya prihatin terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat selain mereka perlu saling bekerjasama dengan membantu antara satu sama lain.
“Pegawai Daerah adalah wakil saya di daerah, mereka seharusnya prihatin terhadap setiap permasalahan yang dihadapi rakyat di mana mereka harus sentiasa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain, " titah baginda.
Pada 26 hingga 28 Jun lalu, Sultan Johor menamatkan KMJ 2010 dengan kereta api selama tiga hari dan menjadi detik bersejarah bagi rakyat negeri ini apabila baginda diiktiraf Sultan pertama memiliki lesen memandu kereta api seumur hidup dengan nombor siri L0001.
Sumber : Akhbar Berita Harian

Isnin, Ogos 09, 2010
TAHNIAH DILANTIK SEBAGAI GURU CEMERLANG DG 48
Sekalungan tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya mendapat lantikan sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG48 iaitu :
1. CIKGU UJANG BIN MD LAZIM (SMK TUN FATIMAH)
2. CIKGU ZALEHA BINTI MASIMAN (SMK SULTAN ISMAIL)
3. CIKGU NORMARJANA BINTI IBRAHIM (SMK SULTAN ISMAIL)
Semoga kenaikan pangkat ini akan mendorong mereka bekerja lebih keras untuk membantu menaikkan pencapaian akademik mata pelajaran Bahasa Melayu bagi daerah Johor Bahru. Untuk Cikgu Normarjana, diharapkan dapat mengaktifkan semula blog cikgu yang tidak dikemas kini agak lama.
Diucapkan tahniah juga kepada rakan bloger saya iaitu CIKGU ABDUL GHALIB BIN YUNUS yang juga mendapat kenaikkan pangkat menjadi guru cemerlang DG48. Semoga Cikgu Ghalib terus berkarya dalam blog dan menulis lebih banyak buku pada masa depan.

Langgan:
Catatan (Atom)