Selasa, Julai 27, 2010

PERBEZAAN KATA TUGAS DALAM SOALAN.

SPM 2008 (N)
Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3m]

[Isi 1] : Satu persoalan yang terdapat dalam petikan adalah ……………
[Isi 2] Persoalan pertama dalam keseluruhan cerpen adalah ………………
[Isi 3] Persoalan kedua dalam keseluruhan cerpen adalah …………………

NOTA : Hanya perlu sebut persoalan sahaja tanpa memberi contoh atau huraian lanjut.

Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4m]

[isi 1] Nilai kemanusiaan pertama dalam puisi tersebut adalah ……………….
[Isi 2] Huraian kepada nilai kemanusiaan tersebut ………………….
Contoh (jika ada)

[Isi 3] Nilai kemanusiaan kedua dalam puisi tersebut adalah ……………….
[Isi 4] Huraian kepada nilai kemanusiaan tersebut ………………….
Contoh (jika ada)

NOTA : PERLU SEBUT NILAI…… KEMUDIAN HURAIAN KEPAD NILAI..DAN MEMBERI CONTOH JIKA PERLU.

SPM 2009 (J)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [4m]

[Isi 1] Persoalan yang terdapat dalam petikan drama adalah …………………………..
[Isi 2] Huraian kepada persoalan ………………………………
Contoh watak yang terlibat dalam persoalan tersebut ……………

[Isi 3] Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama adalah …………………………..
[Isi 4] Huraian kepada persoalan ………………………………
Contoh watak yang terlibat dalam persoalan tersebut ……………


Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap keempat dan satu pengajaran
yang terdapat dalam rangkap kelima pantun tersebut. [4m]

[Isi 1] Pengajaran yang terdapat dalam rangkap keempat ialah …………………………….
[Isi 2] Huraian kepada pengajaran tersebut …………………….

[Isi 3] Pengajaran yang terdapat dalam rangkap kelima pantun ialah ……………………….
[Isi 4] Huraian kepada pengajaran tersebut ………………………………………………….


SPM 2009 (N)
Jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]

[Isi 1] Latar tempat dalam petikan cerpen di atas adalah …………………………..
[Isi 2] Peristiwa yang berlaku di tempat tersebut………………………………….
Watak yang terlibat ……………………………….

[Isi 3] Latar tempat dalam keseluruhan cerpen adalah ……………………………….
[Isi 4] Peristiwa yang berlaku di tempat tersebut …………………..
Watak yang terlibat.

Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4m]

[Isi 1] Pengajaran pertama dalam sajak tersebut adalah ………………………………………
[Isi 2] Huraian kepada pengajaran tersebut .........[masukkan ayat keterangan]

[Isi 3] Pengajaran kedua yang terdapat dalam sajak tersebut adalah ………………………….
[Isi 4] Huraian kepada pengajaran tersebut …… [masukkan ayat keterangan]


SPM 2010 (J)
Nyatakan dua pengajaran dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]

[Isi 1] Pengajaran pertama dalam petikan di atas adalah ………………………….
[Isi 2] Pengajaran kedua dalam petikan di atas adalah ……………………………

[Isi 3] Pengajaran pertama daripada drama tersebut adalah ……………………..
[Isi 4] Pengajaran kedua daripada drama tersebut adalah …………………………….

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4m]
[Isi 1] : Persoalan pertama dalam sajak tersebut adalah ………………….
[Isi 2] : Huraian/ keterangan kepada persoalan tersebut …………………..

[Isi 3] : Persoalan kedua dalam sajak tersebut adalah …………………..
[Isi 4] : Huraian/ keterangan kepada persoalan tersebut ………………………………….


NOTA TAMBAHAN :

1. Mana-mana nilai, pengajaran, persoalan atau perwatakan yang terdapat dalam petikan TIDAK BOLEH dijadikan isi jawaban untuk karya keseluruhan (cerpen atau drama keseluruhan).

2. Sentiasa menulis jawaban dalam ayat yang lengkap/ gramatis ( ayat mempunyai subjek dan predikat) agar TIDAK KEHILANGAN BANYAK MARKAH.

Khamis, Julai 22, 2010

JOHOR MENANG .... TAHNIAH !!!!

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama negeri JOHOR dalam pertandingan tersebut.

KATEGORI A - SEKOLAH RENDAH.

Tempat pertama :
Nor Malissa Farhana Binti Ibrahim
SK Bukit Rahmat, Batu Pahat, Johor.

Hadiah Saguhati :
Nurainsakinah Binti Md Salleh
SK Seri Puleh, Parit Raja, Johor.

KATEGORI B - SEKOLAH MENENGAH.

Tempat Ketiga :
Lim Harn Chienh
SMK Dato Jaafar, Johor Bahru.

Hadiah Saguhati :
Kothai a/p Mohan
SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor bahru.

Wan Shahira Amra Binti Wan Hishamuddin
SMK Bandar Tenggara (2), Bandar Tenggara, Johor.

Nur Fazilah Binti Masir
SMK Bandar Tenggara (2), Bandar Tenggara, Johor.

Sumber berita : Akhbar Utusan Malaysia, 22 Julai 2010.

Khamis, Julai 15, 2010

TAJUK PILIHAN CERPEN

LAMBAIAN MALAR HIJAU : SOALAN KONTEKS

Soalan Konteks :
Isi jawaban diambil daripada petikan.

Petikan contoh (1)
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Minum nak,” ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi O dan ubi kayu rebus.
Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya menangkap kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu. Hanya beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang yang memenuhi pondok besar itu. Bagi diri Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu. Apa besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijau dianggap empunya.
“Pak cik ke mana?”
“Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pakcik juga mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah.”
Jo mengangguk. Dia teringat akan keenakan masakan ikan haruan bukit dan petai hutan dara yang pernah dimakannya di rumah ini tidak lama dahulu. Air liurnya ditelan.
Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah. Di daerah satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalam media. Tetapi bagi orang-orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar. Tidak ada soal tidak cukup duit! Tidak cukup masa! Tidak puas hati dengan kejayaan dalam karier!

Soalan contoh (1)
1. Nyatakan bukti kesederhanaan isi pondok keluarga Daneng.
- Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu.
- Hanya beberapa buah bantal buruk
- Ada sebuah almari usang yang memenuhi pondok besar itu.

2. Ke manakah Pak Cik pergi ketika Cikgu Jo datang ke tempat Daneng ?
- Ke hulu untuk memancing
- Mencari petai

3. Apakah peristiwa yang menyebabkan Cikgu Jo menelan air liurnya ?
- Terkenang akan keenakan masakan ikan haruan bukit
- Teringat akan petai hutan dara yang pernah dimakannya

4. Bagaimanakah kehidupan masyarakat di tempat Daneng?
- Tidak ada soal tidak cukup duit!
- Tidak timbul persoalan tidak cukup masa!
- Tidak timbul perasaan tidak puas hati dengan kejayaan dalam karier!

5. Tunjukkan bukti kebaikan hati ibu Daneng kepada Cikgur Jo
- Menghidangkan kopi-o dan ubi kayu rebus
- Memberi Jo petai sebagai buah tangan

Nota - Mencipta soalan konteks sebenarnya satu perkara yang tidak sukar jika rakan guru dan pelajar memahami konsep soalan konteks.

Petikan contoh (2)
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dari jauh, Jo dapat melihat tubuh Daneng yang berotot kental melompat dari sebuah batu besar ke sebuah batu besar yang lain di pinggiran perkampungan asli itu. Anak muda itu kelihatan begitu asyik berbuat demikian, seperti seekor rerama yang terbang bebas. Jo mematikan langkah, memerhati gelagat remaja itu.
Patutkah aku mengganggu ketenteramannya? Merampas kebebasannya? Memaksanya melakukan apa yang aku fikirkan betul? Fikiran Jo mula bercambah: Ketidakpastian mula mengetuk pintu hatinya. Tidak! Tidak! Aku mesti melaksanakan tugas! Apa yang aku fikirkan betul, memanglah benar dan kebenaran itu perlu menjadi kenyataan, bentak hatinya.
Kicauan unggas yang pelbagai menusuk cuping telinganya. Kerihan lotong dan
kera, kericauan siulan pipit dan tiung, dengungan kumbang-kumbang hutan, dan depusan angin menghidupkan alam raya. Begitu mengasyikkan! Irama rimba yang merdu memukau dirinya yang berasal dari daerah satelit.
“Oh, betapa nikmat suara alam yang menghadiahkan ketenteraman kepada insan!” getusnya perlahan.
“ Selamat datang, cikgu!” ucap Daneng. Kalimatnya diselimuti perasaan ketidaksenangan yang timbul tenggelam. Senyumannya memaparkan barisan giginya yang kukuh dan kekuningan.
Jo tersentak. “Apa khabar?” tercetus suaranya.
“Baik. Cikgu baik?”
“Tentu, kalau tidak takkan sampai ke mari. Engkau terima pesanan daripada Isyak?”
“Ya, tetapi tidak sangka cikgu lebih awal…,” ucapnya.

Soalan contoh (2)
1.Apakah yang dilihat oleh Jo di pinggiran perkampungan asli itu?
- melihat tubuh Daneng yang kental
- melihat Daneng melompat dari sebuah batu ke sebuah batu yang lain.
- Daneng asyik melompat tanpa menyedari ada orang lain yang memerhatikan gelagatnya.

2. Apakah bunyi irama rimba yang memukau diri Cikgu Jo?
- Kicauan unggas yang pelbagai menusuk cuping telinganya.
- Kerihan lotong dan kera,
- kericauan siulan pipit dan tiung,
- dengungan kumbang-kumbang hutan, dan
- depusan angin menghidupkan alam raya.

3. Nyatakan keadaan diri Daneng ketika mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Jo?
- Kalimatnya diselimuti perasaan ketidaksenangan yang timbul tenggelam.
- Senyumannya memaparkan barisan giginya yang kukuh dan kekuningan.

Sabtu, Julai 10, 2010

ISU BIASISWA JPA

TPM ingatkan NGO kaum,JPA bukan satu-satunya sumber biasiswa

ABUJA 9 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum di Malaysia supaya tidak hanya menumpukan kepada pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semata-mata sehingga terus-menerus membangkitkan soal tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana selain JPA, terdapat pelbagai lagi agensi, badan korporat dan yayasan di Malaysia yang turut mengeluarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Menurutnya, jika semua jumlah itu dicampurkan maka nilai biasiswa yang dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya setiap tahun tentunya jauh lebih besar.

"Mara, Petronas, agensi-agensi dan beberapa banyak yayasan lagi, kalau diambil kira itu makna JPA bukan hanya satu-satunya sumber biasiswa dan kalau dicampur, jumlahnya lebih besar," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi beberapa NGO berasaskan kaum yang masih tidak berpuas hati dengan formula pemberian biasiswa JPA walaupun telah dijelaskan secara terperinci oleh kerajaan.

Dalam kenyataan Selasa lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan menyediakan 1,750 biasiswa JPA untuk program penajaan Program Ijazah Luar Negara bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam sembilan mata pelajaran.

JPA telah menerima 18,844 permohonan dan daripada jumlah itu, 10,956 pemohon telah melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, formula pemberian biasiswa JPA yang diamalkan sejak dahulu adalah adil kepada semua pihak berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan dalam hal ini tidak mungkin dapat memberi biasiswa kepada kesemua pelajar cemerlang kerana jumlah permohonan diterima adalah terlalu besar.

"Pihak yang memerlukan biasiswa itu agak ramai tapi kerajaan tak punya kemampuan biayai keseluruhan, jadi kita pilih berdasar kriteria yang diputuskan tadi.

"Yang bumiputera (bangkitkan) menerusi GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan bukan bumiputera dengan masyarakat India dan sebagainya, tapi formula yang diputuskan itu boleh dikatakan adil," jelasnya.

Menurut Muhyiddin, terdapat empat kategori penerima biasiswa JPA iaitu pertama berdasarkan merit, kedua berdasarkan kaum, ketiga, pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak manakala keempat ialah pelajar miskin.

Beliau berkata, sebelum penjelasan menerusi kenyataan akhbar itu dibuat, beliau juga telah mempengerusikan mesyuarat bagi menjelaskan isu ini yang turut dihadiri wakil-wakil MCA, MIC dan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

"Dalam pertemuan itu, mereka berpendapat apa yang telah diputuskan oleh pihak JPA adalah bersesuaian berdasarkan kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan biasiswa itu.

"Sebab itu kita beri penjelasan supaya tiada pihak yang membangkitkan (isu itu). Permohonan dikemukakan itu datangnya daripada jumlah yang besar," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Ahad, Julai 04, 2010

KURSUS MP4 DAERAH JOHOR BAHRU



KURSUS PEMANTAPAN GURU
PENGURUSAN KELAS BAGI GURU-GURU BARU KALI KE-2
ANJURAN MAJLIS PEMIMPIN PELAPIS PENDIDIKAN (M4P) DAERAH JOHOR BAHRU

Kursus tersebut dijalankan pada 3 Julai 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang.



Tuan Hj Aminulhuda (Timbalan Pengerusi M4P Daerah Johor Bahru) bersama-sama Tuan Hj Rosland (Pengerusi M4P Daerah Johor Bahru) dan Tuan Hj Aminuddin Adam (Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru)


Ucap utama oleh Tuan Hj Aminudin Bin Adam, Pegawai Pelajaran DaeraH Johor Bahru dan perasmian kursus pemantapan guru.



Cenderahati disampaikan oleh Tuan Hj Rosland, pengerusi M4P Johor Bahru kepada Tuan Haji Aminudin Bin Adam Adam.




Ceramah kedua disampaikan oleh Tuan Hj Rosland


Cenderahati disampaikan oleh Encik Abdul Razak Abdul Karim kepada Tuan Hj Rosland.




Ceramah ketiga disampaikan oleh Encik Abdullah Bin Yusof dari PPD Johor Bahru



Cenderahati disampaikan oleh Encik Tee Tiam Chai kepada Encik Abdullah Bin Yusof



Encik Hanafi Abd Samad, Penolong PPD Bahagian Pengurusan Sekolah dan Encik Zainal Buang, pengetua SMK Mutiara Rini 2 turut hadir ke kursus tersebut.









Guru-guru yang hadir ke kursus tersebut.

ARGENTINA PULAK "BUNGKUS"

Argentina menjadi pasukan bekas juara kelima yang "balik kampung" setelah menjadi "lauk kichap" Germany 4-0 dalam perlawanan suku akhir sebentar tadi. Gol ketiga dan keempat Germany menampakkan dengan jelas bahagian pertahanan Argentina yg macam "budak2" diperlekeh oleh pemain Germany. Muka boss Argentina "The Hobbit Maradona" pun macam tapai sebab tak terkata apa-apa. Nampak gaya menanahlah telinga lepas ni kena "bambu"...silap-silap haribulan balikpun senyap2. Adakah "The Hobbit" ini akan meletakkan jawatan serta-merta sepertimana dilakukan oleh Dunga selepas Brazil kalah 2-1 semalam? Mujurlah Ghana tidak bernasib baik semalam selepas tendangan penalti Gyan terkena palang gol pada minit ke-32 masa tambahan...kalau tak tak pendek gaya terbaringlah Uruguay...Kini dijangkakan pertemuan separuh akhir adalah antara Germany dan Spain... susah nak dijangka. Apakah senario yang terjadi akhir-akhir ini ada"udang di sebalik batu"??...

Sabtu, Julai 03, 2010

BRAZIL "BUNGKUS" DARIPADA PIALA DUNIA

Pilihan pertama Brazil "bungkus" daripada kejohanan Piala Dunia 2010 apabila kalah 2-1 kepada Holland dalam pertemuan menarik suku akhir pertama. Walaupun terkinja-kinja setelah mendapatkan gol seawal minit ke-9, pasukan Brazil akhirnya "lingkup" terutama setelah seorang pemainnya dibuang padang pada minit ke-74 setelah memijak Arjen Roben dengan sengaja. Brazil menjadi pasukan bekas juara yang keempat tersingkir setelah Perancis dan Italy "balik siang" dan tidak lepas ke pusingan kedua pun. England pula baik sikit dan "sangkut" di pusingan kedua. Takziah kepada seluruh ahli pasukan Brazil. Tunggu saja kejohanan tahun 2014 apabila menjadi ruan rumah. Itupun kalau dapat jadi johan. Jadi sama-sama tepuk tangan nyanyikan lagu ini kepada ahli pasukan Brazil... "la la la la..la la la la.......hey hey hey..GOOD BYE" ....adios...beli tiket balik esok pagi. SELAMAT BERJAYA PASUKAN HOLLAND.

Khamis, Julai 01, 2010

CERAMAH BAHASA MELAYU SPM K1

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah BM1 untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Semoga ceramah tersebut dapat memberi input tentang cara menulis karangan yang berkesan.

Bahan taklimat :

1. Bahan taklimat K1..sila klik di sini
2. Koleksi soalan rangsangan K1 ( Peperiksaan Jun )... klik di sini
3. Koleksi soalan rangsangan K1 ( Peperiksaan Nov )... klik di sini
4. Nota pelajar ... klik di sini

Template by:
Free Blog Templates