Selasa, Mei 18, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Tingkatan 5
PPD Johor Bahru.

1. Soalan Rumusan
Langkah-langkah menangani penularan wabak H1N1 dan kesan penularannya kepada negara.

Soalan 2(a)

***Maksud rangkai kata berdepan dengan ancaman.
***Mengapakah usaha-usaha untuk menghadapi ancaman wabak H1N1 masih tidak berkesan
***Sebagai remaja yang mementingkan kesihatan, jelaskan persediaan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam ancaman penyakit.

Soalan 2(b)

***Maksud penutup bicaranya
***Pada pendapat anda, mengapakah Strenn ingin menguasai tahta Alstonia
***Satu nilai murni dalam petikan dan satu nilai murni dalam cerpen keseluruhan

Soalan 2(c)

***Maksud rangkai kata hikayatkanlah supaya kudengar.
***Punca anak saudagar itu menghunus pisau ke arah anak kera.
***Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa?

Soalan 2(d)

***Mengapakah ilmu dianggap sebagai gemala sakti.
***Pada pendapat anda, apakah kepentingan menuntut ilmu pada masa ini.
***Huraikan dua nilai dalam syair di atas.

Soalan 3(a)
Bina ayat dengan perkataan di bawah :

1. Jurulatih
2. Tatasusila
3. Prasekolah
4. Antidadah
5. Prodemokrasi
6. Pascaijazah

Soalan 3(b) - tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang
Soalan 3(c) dan 3(d) - betulkan kesalahan ejaan, imbuhan, penggunaan kata dan tatabahasa
Soalan 3(e) - peribahasa.

Soalan 4(a) -Nilai kerjasama dalam novel.
Soalan 4(b) - Peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam dua novel.

Isnin, Mei 17, 2010

SOALAN BINA AYAT.

Terdapat dua teknik untuk membina ayat iaitu :

1. Teknik pengembangan.
2. Teknik transformasi.

Teknik Pengembangan :
Gunakan soalan apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di mana untuk dikaitkan dengan perkataan yang diuji.

Contoh perkataan diuji : menembak.

1. Siapa - Polis menembak perompak
2. Mengapa - kerana cuba meragut beg tangan seorang wanita
3. Bagaimana - menggunakan sepucuk pistol
4. Bila - petang semalam
5. Di mana - Jalan Pingai.

Ayat lengkap:
Seorang detektif polis menembak seorang perompak yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Pingai pada petang semalam dengan menggunakan sepucuk pistol.

Perkataan diuji : Memukul.

Ayat lengkap :
Abang memukul adik dengan menggunakan sebatang rotan kerana adik ponteng sekolah semalam.

TEKNIK TUKAR BENTUK/ TRANSFORMASI.

Perkataan diuji : buru.

1. Bina satu ayat aktif transitif menggunakan kata ganti nama diri pertama.
Saya memburu seekor rusa.

2. Jadikan ayat pasif biasa.
Seekor rusa saya buru.

3. Jadikan ayat pasif songsang
Saya buru seekor rusa

4. Jadikan ayat perintah.
Jangan buru rusa di hutan kerana binatang tersebut dilindungi oleh undang-undang.

Larangan ketika membina ayat :
1. Jangan jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
2. Jangan jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
3. Jangan tambah atau hilangkan imbuhan.
4. Jangan lakukan kesilapan fakta sejarah yang serius.
(Contoh : Pak Maun ialah seorang negarawan Malaysia yang ulung).

Dibolehkan :
1. Membuat ayat menggunakan cakap ajuk. (Patuhi tanda petik)
2. Buat ayat dengan memberi maksud perkataan.

SOALAN NOVEL : PERBANDINGAN

Bandingkan nilai dalam dua novel yang anda pelajari.

Jawaban :
1. Nilai bertanggungjawab.

PGT : Ratu Bongsu bertanggungjawab melindungi rakyat baginda.
Caranya : memberi arahan supaya Kusina dan orang Bunyian menyembunyikan diri
apabila kapal-kapal terbang Inggeris menggugurkan bom ke puncak Gunung Tahan.

DHP : Tuk Marzuki bertanggungjawab memelihara cucunya Afidah
Caranya : sanggup memelihara Afidah yang kehilangan kasih sayang daripada kedua-dua
orang tuanya walaupun dia sendiri hidup dalam kemiskinan.

2. Nilai kasih sayang.

PGT : William amat sayang kepada sahabatnya Robert.
Bukti : William keluar dari gua untuk mencari sahabatnya Robert yang tidak pulang
ke gua selepas mengambil gambar pemandangan.

DHP : Aziz sayang kepada sahabatnya Afidah
Bukti : Aziz sanggup pergi mencari makanan apabila Afidah menangis kerana perutnya
berasa lapar walaupun berdepan dengan kesukaran.

SOALAN KBKK KOMSAS

Petua untuk menjawab soalan jenis ini:

1. Isi diberi berdasarkan skop yang berbeza.
2. Patuhi arahan soalan - misalnya, sebagai pelajar, sebagai generasi berwawasan, sebagai remaja, peranan ibu bapa.
3. Idea mestilah logik dan dapat dilaksanakan.
4. Elakkan daripada memberi idea terhadap hal-hal yang sudah mantap- misalnya, dasar negara yang sudah menampakkan kesan yang baik. Beri idea baru yang berupa inovasi yang dapat dilaksanakan pada masa hadapan.
5. Jangan abaikan keterangan/justifikasi terhadap idea yang diberi.
6. Persembahkan ayat yang gramatis ketika menulis jawapan.

Contoh : Teks "LAMBAIAN MALAR HIJAU"
Soalan KBKK : Pada pendapat anda, mengapakah hutan perlu dipelihara ?
Jawaban : Bincangkan fungsi hutan.

Isi jawaban :
1. Hutan ialah habitat kepada flora dan fauna.
2. Hutan merupakan kawasan tadahan air.
3. Hutan membekalkan pelbagai tumbuhan dan herba untuk perubatan tradisional.
4. Hutan dapat mengimbangi suhu di suatu tempat.
5. Hutan dapat mencegah kejadian bencana alam seperti tanah runtuh.
6. Hutan merupakan sumber kepada perusahaan perabot dan perkayuan.
7. Hutan dapat memajukan sektor ekopelancongan.
8. Hutan menjadi pusat rujukan primer kepada penyelidik dan pelajar.
9. Hutan membekalkan sumber makanan kepada masyarakat orang asli.

FOKUS KOMSAS

Cerpen atau drama
- Lambaian Malar Hijau
- Annyss Sophillea
- Serunai Malam

Prosa Klasik
- Cerita Bayan Tiada menurut Kata Ibu Bapanya
- Pertarungan Tuah dengan Jebat
- Kezaliman Membawa Padah

Sajak/ Puisi
- Jalan-jalan Raya Kotaku
-Manusia dan Kesejahteraan
- Seloka Pandai Pak Pandir
- Syair kelebihan Ilmu

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Saya mengucapkan selamat berjaya kepada anak didik di SMK Sri Tebrau yang mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2010 mulai esok (Selasa). Semoga segala bahan yang dibincangkan dalam sesi P&P dapat dimanfaatkan untuk menjawab soalan peperiksaan.

Isnin, Mei 10, 2010

PELAJAR TERANIAYA- KEPUTUSAN BI JAUH BERBEZA

Harap maaf kerana menyiarkan artikel asal dalam bahasa Inggeris.




Ministry of Education (MOE) would like to refer to the Letter published to THE STAR dated 02 Mei 2010 on the issue of – Crushed by mistake by SHATTERED HEART.

The Ministry of Education wishes to thank ‘Shattered Heart’ for her letter. .

The Examinations Syndicate sympathies with Shattered Heart over his/her predicament. The Examinations Syndicate already contacted Shattered Heart to take prompt action and the ministry will assist him/her in any possible way to ensure that Shattered Heart does not lose out in the quest for further studies..


CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Isnin, Mei 03, 2010

POLIS PATAH DIREMPUH

Polis patah dirempuh
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
2010/05/03

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik patah kaki kanan selain cedera di badan akibat dirempuh motosikal dinaiki dua beranak yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Sarjan Roslan Bachik, 39, yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan, dekat sini, dikatakan menyusun kon sebaik selesai menjalankan operasi kesedaran undang-undang sebelum dirempuh motosikal ditunggang laju.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Superintendan Tengku Anwar Raja Hussein, berkata ketika kejadian empat anggota polis berada di lokasi dan sedang menjalankan operasi sekatan jalan bermula sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, Roslan sedang menyusun kon sejurus operasi berakhir dan secara tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang laju seorang lelaki berusia 30 tahun bersama anaknya, 7, merempuhnya tanpa sempat dielak.

“Akibat rempuhan kuat itu, anggota kami cedera parah, manakala dua beranak terbabit yang turut terjatuh cedera ringan sebelum semua mereka dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek tiada lesen memandu dan panik sebaik melihat sekatan jalan raya sebelum nekad merempuh laluan itu dengan harapan dapat melepaskan diri,” katanya sambil memberitahu suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Roslan ketika ditemui memberitahu, insiden berkenaan berlaku dalam sekelip mata dan tidak sempat mengelak motosikal dinaiki dua beranak terbabit.

“Ketika itu, saya sedang menyusun kon dan tidak perasan motosikal berkenaan menghala ke arah saya sebelum dirempuh dan sedar semula sebaik berada di hospital dalam keadaan kaki tergantung,” katanya.

“Ini kejadian kali ketiga sepanjang saya bertugas hampir 30 tahun dan kejadian inilah yang paling teruk. Namun, saya bersyukur masih dipanjangkan umur,” katanya. Bapa kepada enam anak itu berkata, tragedi menimpanya tidak akan melemahkan semangat untuk terus bertugas dalam pasukan keselamatan.

Sumber : Harian Metro, 3/5/2010

Komen blogger:
1. Sabar ajelah abang2 polis sekalian. kalau tembak sebarangan nanti orang kata polis gila nak membunuh. Apapun polis tetap akan disalahkan.

2. Belum nampak simpati daripada orang awam kalau polis jadi mangsa ketika menjalankan tugas.

3. Orang hanya kesah kalau anjing menggigit manusia..kalau manusia gigit anjing tidak siapapun yang kesah.

Template by:
Free Blog Templates