Kurikulum Menyeronokkan Tak Berorientasi Peperiksaan Diperkenal: Muhyiddin
MUAR, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bertujuan membantu percambahan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan murid sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, transformasi itu akan menekankan aspek penerokaan ilmu secara lebih mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta tidak berorientasikan peperiksaan.
"Dengan pelaksanaan transformasi kurikulum ini, proses pembelajaran dalam bilik darjah tidak akan didominasi oleh guru.
"Proses pembelajaran akan lebih mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharapkan akan dapat membantu percambahan idea-idea yang kreatif dan innovatif," katanya di sini Selasa.
Muhyiddin berkata demikian semasa melancarakan Myideas@School di Sekolah Kebangsaan Lenga, Pagoh yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.
Timbalan Perdana Menteri berkata inovasi adalah agenda utama negara, dan untuk menjayakannya, pelbagai idea baru serta cara dan pendekatan baru perlu diterokai.
"Kita harus menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai amalan dan satu budaya yang akan meningkatkan penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.
Muhyiddin berkata usaha untuk memupuk dan menanam budaya kreativiti dan inovasi perlu dilakukan pada peringkat awal lagi, terutamanya di tahap sekolah.
Katanya pendedahan awal akan membolehkan budaya kreativiti dan inovasi berkembang seiring dengan perkembangan minda anak-anak, dan dalam konteks ini, sekolah merupakan inkubator inovasi yang paling penting.
"Di sinilah (sekolah) peluang kita untuk melahirkan generasi pemikir dan pencipta masa depan. Persoalan penting ialah, bagaimana caranya untuk kita mencapai hasrat itu," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan fasa pertama MyIdeas@School akan melibatkan 23 sekolah di seluruh negara yang diharap dapat memberikan impak berkesan dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Muhyiddin berkata untuk memastikan kejayaan program MyIdeas@School, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia bagi melatih 42 guru dari 21 sekolah bestari luar bandar.
Latihan itu, katanya, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membimbing murid-murid menggunakan portal MyIdeas dan melaksanakan strategi berkesan bagi menggalakkan murid menghasilkan idea.
Beliau berkata MyIdeas@School akan dapat menyokong program memupuk budaya inovasi yang lain di sekolah seperti program Robotics dan F1.
-- BERNAMA
Rabu, Februari 24, 2010
Rabu, Februari 17, 2010
NOVEL "PIA"

Novel bertajuk PIA yang ditulis oleh Hartini Hamzah merupakan siri pertama daripada dua sekuel novel iaitu PIA dan MELUNAS RINDU. Setelah membaca novel PIA sehingga tamat, kita akan memperoleh banyak maklumat yang tidak terjawab dalam novel Melunas Rindu. Misalnya, kematian Sofia diceritakan akibat daripada satu kemalangan jalan raya bersama ibunya Susan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam gaung. Dalam novel ini juga diceritakan sebab Sofia diserahkan kepada Pak Mail dan Mak Salmah iaitu kesan kepercayaan daripada ibu bapanya iaitu Robert Lim dan Susan bahawa Sofia bernasib malang. Diceritakan juga bagaimana Pak Ismail dan Mak Salmah membawa Sofia ke Danau Seberang sejak kecil. Pengarang juga menceritakan secara panjang lebar peristiwa Fuad "menculik" Sofia semasa mengikut rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Setelah Sofia dan ibunya Susan terkorban dalam kemalangan jalan raya, barulah Fuad mendapat tahu bahawa Peter Lim dan Swee Lan bukanlah ibu bapanya yang sebenar. Hal ini dijelaskan oleh Peter Lim bahawa adalah mustahil untuk Fuad memperisteri Sofia kerana Sofia ialah adik kandungnya. Peter Lim juga kemudian menceritakan tentang ibu Fuad bernama Mariana. Swee Lan kemudian memberitahu Fuad bahawa ibunya Mariana meninggal dunia ketika melahirkannya. Diceritakan pada akhir novel iaitu Fuad kembali ke Danau Seberang untuk menebus semua kesalahannya kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
Sabtu, Februari 13, 2010
PLAN-J SASAR JOHOR KE-5 TERBAIK
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
editjohor@utusangroup.com.my
JOHOR BAHRU 12 Feb. – Seramai 685,132 warga sekolah di negeri ini dijangka menikmati faedah menerusi program Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) yang disasarkan untuk meletakkan Johor di tangga kelima terbaik di peringkat kebangsaan tahun depan.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, PLAN-J yang dilaksanakan dalam jangka masa tiga tahun mulai tahun lalu juga merupakan penanda aras untuk melahirkan seberapa banyak Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di negeri ini.
Menurutnya, PLAN-J merupakan satu standard akademik kepada pengiraan pembelajaran dan latihan.
“Berdasarkan perangkaan, menerusi program itu seramai 630,000 pelajar, 42,000 guru dari 1,132 sekolah dan 12,000 kakitangan sokongan akan melaksana, menterjemah dan menikmati faedah daripada PLAN-J.
“Kesan besar daripada pelaksanaan program itu telah menunjukkan hasil, menerusi pencapaian membanggakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 2.21 dan meletakkan Johor di tangga keempat terbaik pada tahun lalu.
“Maka cabaran yang sedang menanti seluruh warga sekolah pada tahun ini, kita mahu GPS bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di tahap yang cukup mantap,” katanya selepas melancarkan PLAN-J di sini.
Sufaat memberitahu, program tersebut yang dirangka oleh pakar-pakar perunding mata pelajaran akan memandu arah pelajar dalam menyiapkan latihan yang diberikan secara berkesan.
“Program ini juga cukup realistik iaitu dua format disediakan masing-masing untuk sekolah rendah dan menengah dengan latihan yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.
“Ini bermakna pelajar bukan sekadar faham mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran, tetapi latihan menerusi PLAN-J merupakan pelengkap kepada kecemerlangan sekolah termasuk SBT dan harapan untuk menduduki di tangga kelima terbaik di peringkat nasional,” katanya.
Utusan Malaysia dimaklumkan, pada 2008, Johor mencatatkan GPS 10 terbaik di peringkat kebangsaan.
Sumber: Utusan Malaysia 13/2/2020

Jumaat, Februari 05, 2010
GURU CEMERLANG SUBJEK BAHASA
(Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Inggeris supaya tidak menjejaskan maksud yang mahu disampaikan oleh penulisnya. Isu yang diketengahkan ialah apakah sebenarnya keperluan mewujudkan jawatan guru cemerlang sekiranya mereka tidak memainkan peranan aktif untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran bahasa.)
EDUCATION: What's the point of having such teachers?
2010/02/05
S.A. , Batu Pahat, Johor
THERE are many guru cemerlang for language in Johor. But when it involves formulating questions for the Penilaian Menengah Rendah and Sijil Pelajaran Malaysia examinations, these teachers are seldom involved.
Teachers who have many commitments in school are the ones who will be called upon to do this work. We hope the state and district education officers will look into this matter. If everything is pushed to the teachers, what is the function of guru cemerlang?
The state Education Department wants many programmes carried out, but we do not understand the rationale for it. We are now concentrating on the paperwork, which is wanted by the state. We are also busy preparing the ISO accreditation.
All the state wants is excellent paperwork, so we oblige. Teaching is a secondary matter now.
(Sila baca isu-isu pendidikan dalam blog http://gurubm.blogspot.com
Sumber: NST
MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PELAJARAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam Surat Kepada Pengarang (NEW STRAITS TIMES bertarikh 5 Februari 2010 – What’s the point of having such teachers?) olehS.A. Bau Pahat, Johor.
Untuk makluman, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pelajaran Malaysia membuat pemilihan guru-guru untuk dilibatkan dalam penggubalan soalan bagi mata pelajaran bahasa peringkat UPSR, PMR mahupun SPM adalah terdiri daripada para guru yang berpengalaman, berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar serta mempunyai pengetahuan luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan kaedah serta teknik penggubalan soalan peperiksaan. Dengan kata lain, panel penggubal soalan ini lazimnya terdiri daripada guru, guru cemerlang, guru kanan mata pelajaran, pegawai peperiksaan di Pejabat Pelajaran Daerah, dan pegawai peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri.
Panel penggubal soalan biasanya dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran setelah diperaku pencalonannya oleh pihak pengurus sekolah, PPD dan JPN. Guru yang hendak dilantik atau dilibatkan dalam panel penggubalan soalan ini sebenarnya masih boleh menolak secara berhemah dengan memberi alasan-alasan yang munasabah.
Kementerian Pelajaran akan mempastikan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sedar akan hal ini dan mengambil tindakan penambahbaikan pada masa hadapan.
Dalam hal melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang oleh JPN/PPD, aktiviti-aktiviti tersebut ada kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Kesemuanya ini dirancang untuk memenuhi keperluan murid dalam pembangunan modal insan.
Dalam hal penyediaan kertas kerja dan persiapan pengauditan ISO bukan bermaksud meletakkan pengajaran dan pembelajaran sebagai perkara kedua atau tidak penting. Kedua-duanya sama penting dan saling lengkap melengkapi. Sikap keterbukaan dan pengorbanan setiap insan yang bergelar pendidik adalah amat dihargai dan disanjung tinggi.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, Februari 02, 2010
CERPEN/ DRAMA UNTUK SPM 2010
Hanya tiga cerpen/ drama yang masih belum digunakan dalam peperiksaan SPM sejak KOMSAS diperkenalkan pada tahun 2001. Cerpen atau drama tersebut adalah :
1. LAMBAIAN MALAR HIJAU
2. ANNYSS SOPHILLEA
3. Drama SERUNAI MALAM.
Seperti tahun yang sudah, pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada tahun ini.
1. LPM akan menggunakan semua teks yang pernah digunakan.
2. LPM menggunakan semua teks yang belum pernah digunakan.
3. LPM menggabungkan antara teks yang pernah digunakan dan tidak pernah digunakan.
PERHATIAN :
1. Teks asal KOMSAS yang mula digunakan pada tahun 2001 akan digunakan untuk kali terakhir pada peperiksaan SPM (N) 2010 atau SPM Jun (2011).
2. Mulai peperiksaan SPM (N) 2011, teks baru akan mula digunakan.
Pelajar harus memberi tumpuan yang lebih kepada ketiga-tiga teks yang belum digunakan disamping mengulangkaji teks yang pernah digunakan.

Langgan:
Catatan (Atom)