VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.
Rabu, Julai 29, 2009
PECUTAN BERFOKUS
ANNYSS SOPHILLEA
Annyss Sophillea seorang gadis dari planet Alstonia, mencari kembarnya,Eyrique Etiqaz yang hilang ketika hendak ditabalkan menjadi raja di Alstonia. Annyss mengembara ke bumi untuk mencari Eyrique dan berjumpa dengan Akmal. Pertemuan Annyss yang singkat dengan Akmal telah menjalinkan ikatan persahabatan yang erat. Annyss terpaksa kembali semula ke Alstonia dan meninggalkan Akmal kerana gagal menemui Eyrique di bumi. Annyss memberikan seutas kalung bersama loket permata kepada Akmal dan kembali ke Alstonia dengan eustary. Annyss bertafakur di kubur ayahandanya dan berjanji akan menemukan Eyrique untuk menjadi raja di Alstonia Strenn, sepupunya mempengaruhi Annyss melupakan Eyrique, berkahwin dengannya dan menjadi permaisuri Alstonia. Strenn, menculik Eyrique kerana mahu menjadi raja di Alstonia. Ayahanda Eyrique & Annyss mangkat ketika mereka belum dewasa. Eyrique tidak layak menjadi raja, digantikan adinda ayahandanya iaitu ayahanda Strenn. Penyerahan takhta kepada Eyrique tidak disetujui Strenn kerana dia mahu menjadi raja di Alstonia. Annyss menolak pujuk rayu Strenn untuk menjadi isterinya malah dengan berani mengatakan dia sudah menjumpai Eyrique untuk ditabalkan menjadi raja Alstonia. Akmal sampai ke Alstonia, bersama Annyss mencari Eyrique ditemani Eustary. Annyss dan Akmal akhirnya dapat menemui Eyrique di sebuah bilik kurugan di hujung terowong rahsia. Eyrique dapat dikeluarkan dalam keadaan lemah. Tenaganya pulih setelah menyentuh tanduk eustary. Strenn dan pengikut-pengikutnya datang untuk menentang mereka. Berlaku pertempuran antara Eyrique dan Strenn. Eyrique hampir kalah. Akmal mengeluarkan pistolnya lalu menembak Strenn. Akmal mengalami kesakitan seperti Strenn. Di Alstonia sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh. Eyrique dan Annyss berpadu tenaga meletakkan tangan di atas dada Akmal untuk menyelamatkan akmal. Akhirnya Akmal terselamat.

LAMBAIAN MALAR HIJAU
Datuk Daneng mengimbau kenangan 25 tahun yang lalu apabila Cikgu Jo, seorang guru yang cukup dedikasi berjaya memujuknya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika itu Daneng hanya anak seorang asli yang tidak berwawasan selain mahu terus tinggal dan mati di kampung halamannya sendiri. Walaupun berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan ditawarkan belajar di sebuah sekolah di bandar yang menawarkan banyak kemudahan, namun Daneng bertindak nekad meninggalkan sekolah dan balik ke Lembah Tualang, desa halamannya. Daneng berpendapat bahawa hutan memberi erti kehidupan sebenar kepada dirinya, keluarga dan masyarakatnya. Cikgu Jo yang menyedari potensi akademik Daneng sanggup bersusah payah datang ke tempat Daneng hanya untuk memujuknya kembali bersekolah di bandar. Bagi Cikgu Jo, dengan pelajaran yang tinggi, Daneng dapat membela bukan sahaja nasib dirinya, keluarganya bahkan seluruh masyarakatnya yang ternyata perlukan pembelaan. Hal ini berbeza dengan Daneng yang memiliki wawasan yang satu iaitu hidup yang bahagia dengan cara bertemankan seluruh isi hutan. Usaha yang tidak mengenal erti penat akhirnya membuahkan hasil apabila Daneng berjaya dipujuk untuk kembali menyambung pelajaran yang telah ditinggalkan selama enam bulan. Cikgu Jo, bagaimanapun memperoleh satu pengalaman berharga kerana apabila hidup berdamping dengan Daneng, banyak perkara berkaitan kemiskinan dan kemunduran masyarakat orang asli yang terserlah dan ini memberikan Cikgu Jo satu jawaban konkrit tentang sebab Daneng tidak mahu belajar di bandar. Cikgu Jo juga terharu akan layanan yang diterima daripada keluarga Daneng yang begitu baik walaupun ternyata mereka hidup dalam keadaan miskin. Pada pandangan Ckigu Jo, keluarga Daneng sebenarnya miskin pada pandangan orang sepertinya tetapi mereka sebenarnya mempunyai kekayaan alam yang tidak akan habis untuk diwarisi jika tahu menggunakannya dengan cermat. Berkat usaha yang gigih, Daneng berjaya dianugerahi Hadiah Nobel berkat usaha gigihnya terhadap pemuliharaan hutan di seluruh dunia. Anugerah tertinggi ini bagaimanapun tidak menghalang Daneng daripada menghormati Cikgu Jo akan jasanya memujuknya kembali belajar 25 tahun yang lalu.Sabtu, Julai 25, 2009
GURINDAM DUA BELAS
Karya : RAJA ALI HAJI
Gurindam I
Ini gurindam pasal yang pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia melarat.
Gurindam II
Ini gurindam pasal yang kedua:
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam III
Ini gurindam pasal yang ketiga:
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
Gurindam IV
Ini gurindam pasal yang keempat:
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam V
Ini gurindam pasal yang kelima:
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Gurindam VI
Ini gurindam pasal yang keenam:
Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Gurindam VII
Ini Gurindam pasal yang ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam VIII
Ini gurindam pasal yang kedelapan:
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam IX
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Gurindam X
Ini gurindam pasal yang kesepuluh:
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.
Gurindam XI
Ini gurindam pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Gurindam XII
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

Selasa, Julai 21, 2009
KONSERT 1 WAJAH M NASIR DITUNDA

KONSERT 1 WAJAH M NASIR DITUNDA
Tarikh baru konsert : 7 November 2009 (Sabtu)
Sumber berita : Facebook M. Nasir
Saya dan rakan-rakan di Johor Bahru merupakan peminat setia M.NASIR yang merupakan seniman serba boleh. Beliau boleh melukis, menyanyi, menggubah lagu, mencipta lirik dan berlakon dalam filem. Lagu-lagu yang dicipta dan dinyanyikan oleh beliau bermula daripada album sebagai penyanyi solo, kemudian membentuk kumpulan Kembara dan akhirnya kembali sebagai penyanyi solo dan menghasilkan beberapa album yang "meletup" di pasaran. Lirik lagu yang beliau hasilkan, mengambil beberapa contoh seperti Panorama Jingga, Warung Sederhana, Nusantara, Siapa Orang Kita, Hidup Cara Sendiri dan banyak lagi menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam kehidupan. Kami peminat setia @ kutu akan berangkat ke KL untuk memberi sokongan moral terhadap perjuangan M Nasir dalam bidang seni. Semoga beliau terus berkarya dan lagu-lagu beliau dinyanyikan sepanjang zaman.
KERANA PULUT SANTAN BINASA
Manohara, ibu disaman RM105j
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 Julai - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi RM105 juta daripada isterinya yang juga bekas model, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertua atas dakwaan memfitnah beliau.
Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan J.S. Pillay & Mohd. Haaziq pada pukul 9.20 pagi ini di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif menamakan ibu mertuanya, Daisy Fajarina defendan pertama dan Manohara, 17, defendan kedua.
Dalam permohonan mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding saman fitnah itu, plaintif menyatakan, mereka mendirikan rumahtangga pada 26 Ogos tahun lalu sebelum Manohara kembali ke Indonesia sembilan bulan kemudian.
Plaintif menyatakan, Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong pulang secara mendadak tanpa sebarang kebenaran dan di luar pengetahuannya.
Ketika Manohara berada di Indonesia, plaintif mendakwa, pihak defendan membuat beberapa siri sidang akhbar yang didakwa telah memfitnah dan memburukkan nama baik serta reputasi beliau.
Plaintif menyatakan, pihak defendan mendakwa kononnya beliau telah berlaku ganas dan menderanya ketika berada di Malaysia.
Ekoran itu, plaintif membuat satu laporan polis mengenai perkara tersebut pada 11 Jun lalu.
Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa antara April hingga Jun lalu, defendan pertama telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan-perkataan yang bersifat umpatan (fitnah lisan), sindiran yang tidak benar dan tidak berasas.
Perkataan-perkataan fitnah tersebut, dakwa plaintif, telah dirakam ketika sidang akhbar berlangsung di hadapan pemberita daripada pelbagai akhbar.
Seterusnya dakwa plaintif, perkataan-perkataan itu telah diterbitkan semula sepenuhnya atau sebahagian daripadanya yang relevan dalam media elektronik antaranya The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV, Malaysiakini dan akbar dalam talian.
Tindakan defendan itu, dakwa plaintif, telah menjejaskan reputasi beliau di mata rakyat jelata di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pihak defendan juga, dakwa plaintif, tidak memberikan sebarang peluang untuk beliau membuat komen atau menjawab tuduhan terlebih dahulu sebelum mereka menyebut perkataan fitnah tersebut.
Plaintif turut mendakwa keseriusan perkataan-perkataan fitnah itu telah menyebabkan perasaan sedih dan menimbulkan aib yang keterlaluan, merendahkan martabat beliau dan keluarga serta mencemarkan nama baik terutamanya di kalangan kerabat diraja dan masyarakat.
Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi keterlaluan, teladan dan pampasan yang setiap satunya sebanyak RM35 juta.
Turut dipohon ialah perintah injunksi bagi menghalang defendan sama ada secara sendiri atau melalui pekerja-pekerja atau ejen mereka daripada terus menyebut perkataan-perkataan yang serupa yang memfitnah beliau.
Plaintif turut menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun atas jumlah ganti rugi dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Terdahulu, peguam Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili plaintif mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi Tengku Muhammad Fakhry memulakan prosiding saman fitnah terhadap isteri dan ibu mertuanya itu.
Kebenaran perlu dimohon terlebih dahulu oleh plaintif kepada mahkamah sebelum writ saman difailkan terhadap kedua-dua defendan memandangkan mereka kini berada di Indonesia.
Mohd. Haaziq memperoleh kebenaran daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Safarudin Tambi untuk memfailkan tindakan saman tersebut.
Bercakap kepada media, Mohd. Haaziq menyatakan, inilah masa dan peluang terbaik untuk kedua-dua defendan membuktikan kes mereka dan bukannya hanya 'menyalak' serta menggunakan media semata-mata.
Ketika ditanya apakah yang perlu dibuat oleh pihak defendan sejurus menerima writ saman tersebut. Mohd. Haaziq berkata: ''Defendan perlu memfailkan pembelaan masing-masing.''
Pada 5 Julai lalu, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan menuntut supaya isterinya itu kembali taat dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas perkahwinan sebanyak RM972,750.
Sumber : Akhbar Utusan Malaysia 21 Julai 2009.

Isnin, Julai 13, 2009
BERTEMU CIKGU GHALIB DI JOHOR BAHRU
Pada hari Sabtu (11 Julai 2009), saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Cikgu Ghalib yang kebetulan datang ke Johor untuk melihat anakanda beliau yang sedang menjalani latihan di PULADA. Dalam pertemuan singkat tersebut, beberapa perkara dibincangkan termasuk hal-hal berkaitan dengan penerbitan buku Siri Essensi Karangan Terbilang SPM kami berdua terbitan Longman yang bakal berada di pasaran pada penghujung bulan Disember 2009 atau Januari 2010. Saya mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar beliau agar saya berjaya menjadi seorang penulis yang baik dan terbilang. Kesungguhan, komitmen dan disiplin kerja beliau yang tinggi akan sentiasa menjadi inspirasi setiap penulis baru termasuk saya. Sayangnya rakan-rakan lain termasuk Cikgu Ujang dan Cikgu Azhar tidak sempat diajak bersembang kerana Cikgu Ghalib mempunyai jadual yang ketat. terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberi oleh pihak Longman agar saya berganding bahu dengan Cikgu Ghalib untuk menghasilkan sebuah buku rujukan karangan SPM. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak editor majalah Pelita Bahasa yang memilih komentar saya untuk disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa keluaran Julai 2009. Petang tadi saya rasa amat kagum apabila menerima cek bayaran bagi komentar tersebut. Seseungguhnya sekalungan tahniah saya ucapkan kepada warga DBP kerana begitu cepat memproses bayaran sagu hati kepada penulis yang berkenaan. Budaya kerja yang cemerlang begini sesungguhnya menampakkan bahawa DBP memang boleh disandarkan harapan untuk berada di barisan hadapan dalam perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu disamping mengetengahkan bakat baru dalam lapangan penulisan. Teruskan budaya kerja cemerlang begini. terima kasih.
Rabu, Julai 08, 2009
BM DIMARTABAT, BI DIMANTAP
08/07/2009 4:05pm
PUTRAJAYA 8 Julai — Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.
“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
— BERNAMA
Dipetik oleh Portal Utusan Online

SAINS DAN MATEMATIK DALAM BM DAN BAHASA IBUNDA SATU DASAR REALISTIK
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diumumkan Rabu mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Para cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan Bahasa Malaysia.
+ Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia:
Beliau berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.
Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet selain mengedarkan DVD.
+ Veteran Umno dan Tokoh Pejuang Bahasa Tan Sri Abdul Aziz Tapa:
Katanya keputusan kerajaan itu amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang telah diperjuangkan sejak 1952.
Penggunaan bahasa kebangsaan juga mudah untuk menyatukan rakyat dan ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap konsep 1Malaysia.
Bagaimana pun, katanya, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang utama yang tidak boleh diabaikan dan perlu dikuasai oleh rakyat.
+ Presiden Parti Gerakan Tan Dr Koh Tsu Koon:
Beliau berkata keputusan itu adalah konsisten dengan pendirian parti itu bahawa pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda di sekolah rendah adalah lebih berkesan berbanding dalam bahasa Inggeris.
+ Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu:
Katanya MIC bersetuju dengan keputusan kerajaan memandangkan ia juga merupakan permintaan daripada Majlis Pengetua Sekolah Tamil supaya kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Tamil.
"Walaupun terdapat peningkatan bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris di sekolah Tamil, anggota majlis itu bersetuju supaya ia diajar dalam Bahasa Tamil," katanya.
+Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan:
Beliau berkata keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memastikan bahawa dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.
"Dengan perubahan ini, maka Bahasa Malaysia akan sentiasa dimartabatkan dan pada masa yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan. Bahasa Malaysia adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia," katanya.
+ Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan:
Beliau berpendapat Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif lain supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pertuturan global, sebagai usaha mengukuhkan pengajaran dan pembelajarannya di semua peringkat persekolahan.
"Sebenarnya kita mesti fasih dalam Bahasa Inggeris terutamanya apabila kita mahu memasuki dunia global tetapi saya berpendapat pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris bukan satu-satunya cara untuk menguasai bahasa itu," katanya.
+ Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein:
Katanya keputusan itu adalah tindakan yang bijaksana tetapi kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.
"Kami suka menekankan supaya perhatian yang lebih diberikan kepada bahasa Kebangsaan, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam konteks yang lebih luas di peringkat global," katanya.
+ Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng:
Beliau berkata berdasarkan keputusan yang dibuat pada Persidangan Perwakilan NUTP Ogos tahun lepas, pengajaran Sains dan Matematik bagi pelajar sekolah menengah perlu dikekalkan.
"Berdasarkan kepada keputusan Persidangan Perwakilan NUTP pada bulan Ogos 2008, memang kita membuat keputusan untuk mengajar sains dan matematik bagi sekolah rendah dalam bahasa ibunda dan bagi sekolah menengah untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris.
"Sebagai guru dan kesatuan guru kami sudah berjaya dalam 50 peratus daripada perjuangan kami. Namun demikian, selepas kerajaan membuat keputusan, NUTP berpendapat sebagai penjawat awam kita terpaksa ikut polisi itu," katanya.
+ Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia's (PKPIM) Mohd Hilmi Ramli:
"PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahankan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan," katanya.
+Presiden Kesatuan Perguruan Sarawak (STU) Willian Ghani Bina:
Beliau berkata langkah segera perlu diperkenalkan untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasan pedalaman di Sarawak.
Katanya cadangan untuk menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus bagi peperiksaan awam perlu dilaksanakan bagi memastikan para pelajar di sekolah rendah dan menengah memberi perhatian serius untuk menguasai bahasa itu.
"Oleh kerana para pelajar di kawasan pedalaman sukar mendapatkan kelas tuisyen atau jika ada, ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka, Kementerian Pelajaran perlu menyediakan jalan penyelesaiannya memandangkan kumpulan pelajar yang ada sekarang masih lemah menguasai bahasa itu," katanya.
+ Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin:
Walaupun pergerakan itu menyambut baik langkah kerajaan, beliau berkata para pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris terutama dalam era globalisasi.
"Sebab itu di sebalik pengumuman pemansuhan PPSMI yang melegakan banyak pihak tentang kedudukan Bahasa Melayu dan usaha memartabatkannya, Puteri Umno mahu kesungguhan memantapkan Bahasa Inggeris dilaksanakan secara berkesan," katanya.
Untuk menguasai Bahasa Inggeris, prosesnya mesti dimulakan di peringkat sekolah dan bukannya selepas para pelajar menamatkan persekolahan di mana ketika itu cabaran serta saingan telah ada di depan mata.
+ Presiden Dong Zong Dr Yap Sin Tian:
Beliau berkata kerajaan tidak perlu menunggu sehingga 2012 untuk melaksanakan dasar itu memandangkan sekolah kebangsaan Cina telah bersedia untuk memulakannya.
+ Exco Pendidikan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun:
Sambil menyambut baik keputusan kerajaan, beliau berkata langkah itu wajar memandangkan masih banyak sekolah terutama di kawasan luar bandar yang kekurangan guru terlatih untuk mengajar mata pelajaran itu.
"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, kebanyakan guru yang mengajar subjek Matametik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah guru yang sebenarnya mengikuti kursus atau opsyen yang lain.
"Oleh itu adalah baik pihak kementerian menyediakan lebih banyak guru berkelayakan atau terlatih terlebih dahulu sebelum memikirkan semula untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.
+ Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali:
Katanya UMNO Johor menyifatkan keputusan yang dibuat hari ini selari dengan perjuangan Umno negeri itu yang menggesa supaya PPSMI dikaji semula seterusnya dihentikan.
"Apa yang lebih penting adalah meletakkan dan mengekalkan kedaulatan Bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang tercatat dalam perlembagaan sedia ada," katanya.
"Umno Johor bersyukur atas keperihatinan dan keterbukaan pemimpinan negara, akhirnya usaha kami yang turut didokong oleh badan bukan kerajaan, pejuang bahasa dan rakyat di negeri ini membuahkan hasil," katanya.
Sumber berita: BERNAMA

Ahad, Julai 05, 2009
YANG MANA SATU..IDAMAN KALBU ???
Teks yang belum digunakan dalam peperiksaan SPM.
( Setakat peperiksaan BM Julai 2009 )
KELOMPOK CERPEN ATAU DRAMA
CERPEN
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
KELOMPOK PROSA KLASIK
1. Sabor
KELOMPOK PUISI ATAU SAJAK
SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Laut
4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku
PUSI
1. Seloka Pak Kaduk
2. Pantun Enam Kerat
3. Syair Kelebihan Ilmu
PERINGATAN :
1. Berdasarkan analisis soalan tahun 2001 hingga 2009 (J), hanya teks prosa klasik sahaja yang digunakan lebih daripada sekali. Teks bagi cerpen/drama dan sajak/puisi belum pernah digunakan lebih daripada sekali. Trend yang sama dijangka digunakan dalam soalan SPM November 2009.
2. Namun demikian pelajar dinasihati supaya mempelajari semua teks agar tidak kecewa sekiranya sesuatu KEJUTAN terjadi dalam peperiksaan hujung tahun ini.
3. Soalan 2(a), 2(b), 2(c) dan 2(d) sebenarnya tidak sukar untuk mereka yang memahami konsep penyoalan. Soalan memberi maksud rangkai kata, soalan konteks dan soalan KBKK boleh dijawab sekalipun calon tidak membaca teks penuh. Mereka mungkin menghadapi sedikit masalah untuk menjawab soalan komsas. Namun demikian bagi calon yang baik, misalnya nilai dalam petikan mudah diperoleh tanpa membaca teks penuh. Mereka hanya berhadapan masalah untuk membei nilai lain dalam teks.
4. Soalan pemahaman (2a hingga 2b) memperuntukkan markah yang besar iaitu 35. Maka calon perlu bersungguh-sungguh untuk menjawabnya. Jangan terlalu difikirkan jawaban itu betul atau salah, logik atau tidak. Jawaban yang salah tidak akan ditolak markah. Maka persembahkan seberapa banyak idea dalam jawaban tetapi tidak mengabaikan pengurusan masa kerana masa dua jam setengah tidak terlalu lama sebenarnya.

Sabtu, Julai 04, 2009
SELAMAT MENJALANI ULKCP BM 2009
Calon-calon ujian lisan BM SPM Julai 2009,
Ujian Lisan Khas Calon Persendirian (ULKCP) didaftarkan sebagai Bahasa Melayu kertas 3 ( Kod kertas 1103/3). ULKCP merupakan komponen daripada kesluruhan markah Bahasa Melayu SPM. Maksudnya terdapat wajaran tertentu markah yang diperuntukkan untuk ULKCP dan seterusnya dijumlahkan sebagai markah akhir BM. Saya menyeru agar calon-calon ULKCP mengambil berat serta membuat persediaan rapi sebelum menjalani ULKCP tersebut. Elakkan daripada hadir ke pusat ujian tanpa persediaan rapi kerana markah yang rendah akan merugikan calon.

SOALAN BM JULAI TAHUN 2003
Assalamualaikum,
Saya memerlukan salinan lengkap soalan BM Julai tahun 2003 iaitu kertas 1 dan kertas 2. Jika rakan guru/ pelajar ada menyimpan salinan tersebut, harap dapat e-mel kepada saya melalui alamat :
ajak8407@gmail.com
atau menghantar salinan kertas soalan tersebut secara pos ke alamat :
Abd Razak Bin Hassan @ Haron
SMK Sri Tebrau,
Jalan Rentaka,
Taman Sri Tebrau,
80050 Johor Bahru.
Saya akan membayar segala kos penghantaran tersebut. Terima kasih.

BUAT BAIK BERPADA-PADA
Karya : A. Kadir Jasin
Sumber : Blog : http://kadirjasin.blogspot.com/
KITA berada dalam era yang kelabu.
Tidak ada lagi warna hijau, merah dan buru.
Sudah bercampur baur.
Pudar, kelabu dan kabur.
Kita dikatakan lepas bebas.
Era globalisasi yang terbuka luas.
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas
Takut berhujah, bimbang berbahas.
Kita agungkan globalisasi.
Kita julang tinggi meritokrasi.
Padahal kita keliru, tidak tahu.
Apa ertinya istilah-istilah itu.
[Macamlah berkhayal dengan Akademi Fantasia
Dan wayang Hindi yang berjam-jam panjangnya.]
Maka kita berbicara tentang kesamarataan.
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan.
Lalu kita rungkaikan satu persatu.
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.
Kita manterakan Malaysian Malaysia.
Kita uar-uarkan Satu Malaysia.
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.
Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?
Adakah mampu Melayu di Ulu Benta
Bersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan hulu?
Dengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?
Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia juga
Tetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan Bumiputera
Adalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.
[Hatta saya dan adik-adik saya
Kami pun tidak serata
Kalau ikut meritokrasi
Mungkin anak saya dapat biasiswa
Anak mereka gigit jari
Kerana sekolah di kota
Segala lengkap semua ada
Guru tuisyen dan segala benda.
Tetapi apa halnya
Dengan sekolah di desa?]
Kalaupun hendak bermurah hati
Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.
Terima kasih kawan dan taulan
Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.

Jumaat, Julai 03, 2009
BAHASA MELAYU SPM (J) 2009
Jawaban cadangan soalan rumusan.
Pengenalan :
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor keracunan makanan.
Isi Tersurat ( Punca-punca keracunan makanan )
Nota : Isi tersurat 1 ( Perenggan pertama ) Isi tersurat 2-5 ( perenggan kedua ), isi tersurat 6-8 ( perenggan ketiga ) dan isi tersurat 9 ( perenggan keempat )
1.Masyarakat kita kurang cakna akan masalah ini.
2.Pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan diri.
3.Pengendali makanan tidak menghiraukan aspek kebersihan makanan yang dihidangkan.
4.Ada pengendali makanan yang menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan dan minuman.
5.Pengusaha premis makanan juga sering mengabaikan kebersihan dengan membiarkan premis mereka kotor.
6.Seseorang individi mengambil makanan atau minuman yang tercemar oleh bakteria, virus dan organisme berbahaya.
7.Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.
8.Amalan memakan makanan yang telah lama disimpan.
9.Penggunaan bahan kimia beracun yang semakin berleluasa dalam penanaman sayur-sayuran.
*** Pelajar dikehendaki menyatakan 6 isi tersurat sahaja.
ISI TERSIRAT. ( Kesan-kesan keracunan makanan )
1.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
2.Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.
3.Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi atau tubuh kontang terik.
4.Boleh menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang,
5.Boleh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma.
6.Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
7.Meningkatkan kos untuk mendapat rawatan di klinik atau hospital.
8.Aktiviti harian terganggu / produktiviti bekerja akan menurun.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk mengelakkan kes keracunan makanan agar dapat melahirkan rakyat yang sihat.
Nota: Jawaban cadangan ini merupakan jawaban peribadi penulis blog berdasarkan pembacaan dan pengalaman bekerja. Jawaban ini bukan jawaban rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Langgan:
Catatan (Atom)