Asalamualaikum,
Alhamdulillah saya telah menerima kertas soalan Bahasa Melayu SPM Julai 2009 dan kertas soalan itu boleh di muat turun mulai hari ini. Sila rujuk blog Cikgu Ghalib untuk mendapat jawaban contoh bagi soalan tatabahasa.
Soalan lengkap Bahasa Melayu SPM Julai 2009
Soalan BM1 SPM Julai 2009
Soalan BM2 SPM Julai 2009
Ahad, Jun 28, 2009
Khamis, Jun 25, 2009
SOALAN BM (2) JULAI 2009
1. Rumusan - Punca-punca keracunan makanan dan kesan -kesan keracunan makanan
2(a) (iii)
Soalan KBKK - empat usaha pihak berkuasa untuk memastikan kebersihan premis makanan.
2(b) - Drama Kerusi
Soalan KBKK - ciri pemimpin yang disayangi oleh rakyat.
Soalan komsas - persoalan dalam petikan dan drama
2 (c) Sikap terburu-buru membawa padah
Soalan KBKK - Tindakan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Laksamana.
2(d) Pantun kiasan
Soalan KBKK - tiga kebaikan amalan jangan membazir
KOMSAS - pengajaran daripada rangkap keempat dan kelima
3 (a) Buat ayat daripada frasa :
Nilai murni, budi bicara, pelbagai etnik, masalah sosial, semangat patriotik dan masyarakat penyayang.
3(b) Gabung 2 ayat tunggal menjadi ayat majmuk
3(c) dan 3 (d) betulkan kesalahan ejaan, imbuhan dan kesalahan bahasa
3(e) - maksud peribahasa
Tiada rotak akar pun berguna
Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
4(a) 2 peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda
4(b) huraikan satu latar masa bagi 2 novel

Rabu, Jun 24, 2009
BM (1) JULAI TAHUN 2009
Karangan bahan rangsangan:
Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi
Karangan Respons Terbuka :
S1- Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)
S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"
(Dimensi keluarga)
S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak
(Dimensi individu)
S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.
(Dimensi negara dan masyarakat)
S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
(Dimensi antarabangsa/ serantau)
Catatan : Soalan lengkap akan disiarkan setelah peperiksaan tersebut tamat pada petang ini. Mengikut analisis awal yang dibuat, tema yang masih belum disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah

Jumaat, Jun 19, 2009
MANTAPKAN KEMAHIRAN TATABAHASA
Sila layari blog dua orang guru yang banyak memaparkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan pemantapan tatabahasa .
1. Blog Cikgu Azmi Misron
http://azmisron63.blogspot.com/
2. Blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus
http://agy7500.blogspot.com
1. Blog Cikgu Azmi Misron
http://azmisron63.blogspot.com/
2. Blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus
http://agy7500.blogspot.com
Ahad, Jun 14, 2009
SOALAN KBKK - PECUTAN AKHIR BM JUN 2009
Cerpen Virus Zel untuk Abah .
1. Kepentingan komputer dalam kehidupan harian.
2. Cara-cara membantu ibu tunggal di Malaysia
3. Cara-cara anak menangani tekanan akibat perceraian ibu bapa
4. Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan yang retak.
5. Peranan rakan untuk membantu orang yang bermasalah.
6. Cara-cara mewujudkan keluarga bahagian/ tidak bercerai-berai.
7. Usaha menambah bilangan usahawan wanita di Malaysia.
8. Cara-cara membanyakan usahawan dalam bidang teknologi maklumat.
Cerpen Lambaian Malar Hijau.
1. Kepentingan pemuliharaan hutan.
2. Kepentingan hutan
3. Sebab orang asli kurang mementingkan pelajaran
4. Cara-cara untuk membantu masyarakat orang asli supaya menjadi lebih maju/
moden / mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
IBU : Eh, duduklah Bang Majid!
MAJID :Ya, ya. Baik, terima kasih. (Duduk) Umar tak datang?
IBU : (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar.Kejap lagi
baliklah dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung?
MAJID : Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya.
IBU : (Teringat)Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu,
memanggil) Piah!
SAFIAH : (Dari dalam) Yaa! Apa mak!
IBU : Bawakan air untuk pakcik kau ni, jauh jauh datang, haus....
SAFIAH : (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak?
IBU : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di
kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual?
MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.
IBU : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan rung) Ya? Syukur kalau begitu.
MAJID: (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah tak ada rancangan.
(Dipetik daripada Serunai Malam, dalam Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan Konteks :
( Jawaban dipilih daripada petikan yang diberi )
Apakah alasan Majid menjual tanahnya di baruh ?
Isi jawaban :

1. Sudah banyak orang yang berminat untuk membelinya/ bertanya tentang tanah di baruh itu
2. Kebun itu tak begitu jadi/ hasil kebun itu tidak memuaskan/ hasil tanaman tidak seperti diharapkan.
3. Dekat sangat dengan hutan/ kebun itu jauh dari petempatan Majid/ kedudukan tidak strategik.
4. Buah-buahan tak bersisa dibahan kera dan monyet/ hasil kebun dimakan oleh kera dan monyet sehingga habis.
5. Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah/ Daripada hasil jualan tanah itu Majid ingin pergi ke mekah.
Skema :
Jika "isi cukup" ialah 2, maka calon boleh mengemukakan dua isi maksimum. Dicadangkan supaya pelajar memberi lebih isi jawaban kerana ditakuti salah satu jawaban yang diberi tidak tepat/ salah.
Jawab dalam ayat yang lengkap dengan memasukkan predikat soalan.
Majid menjual tanahnya di baruh kerana ..............., ................ dan
........................... . ( Pelajar boleh memasukkan tiga isi dalam satu ayat majmuk. )
Soalan KBKK .
Pada pendapat anda apakah langkah-langkah untuk membantu golongan petani di malaysia ?
Jawab/ beri isi mengikut skop yang berbeza.
Contoh isi dalam skop sama :
1. Bank/ institusi kewangan sediakan pinjaman mudah
2. Agensi kerajaan sediakan skim bantuan modal untuk petani
Contoh isi mengikut skop berbeza :
1. KEWANGAN - agensi kerajaan/ bank/ NGO beri pinjaman kewangan.
2. Agensi yang membantu memasarkan hasil pertanian dengan efektif - FAMA
3. Menghasilkan penyelidikan baka baru hasil pertanian - MARDI
4. Sediakan ruang niaga yang strategik untuk menjual hasil pertanian -
peranan MARA dan UDA membeli bangunan dan rumah kedai untuk disewakan.
5. Kursus berterusan - membangunkan modal insan - pengurusan kewangan.
SOALAN KOMSAS :
Untuk soalan petikan cerpen/ drama ( S2b iii)... beri fokus kepada perwatakan, nilai dan pengajaran. Tema dan persoalan juga perlu diberi perhatian.
Contoh :
1. Satu nilai daripada petikan drama dan dua nilai daripada drama keseluruhan.
2. Pemikiran dalam drama
3. Perwatakan Safiah dalam petikan dan drama.

PEPERIKSAAN SPM(U) JUN 2009 - TEKS PERLU DIBERI TUMPUAN
Teks yang belum digunakan dalam peperiksaan SPM.
CERPEN
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
2. Kerusi
PROSA KLASIK
1. Sabor
SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Laut
4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku
PUSI
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Syair Kelebihan Ilmu
CERPEN
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
2. Kerusi
PROSA KLASIK
1. Sabor
SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Laut
4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku
PUSI
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Syair Kelebihan Ilmu
Langgan:
Catatan (Atom)