Soalan:
Assalamualaikum cikgu Ghalib,
Cikgu, antara 2 ayat berikut yang manakah lebih tepat.
i) Perkembangan sektor pelancongan memberi kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.
ii) Perkembangan sektor pelancongan memberikan kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.
Bagaimanakah cara yang mudah untuk membezakan sesuatu ayat itu sama ada perlu ada imbuhan akhiran -kan atau tidak?
Terima Kasih.
Drp:
Cikgu Fakrya
Jawaban:
Ayat (i) tidak gramatis, manakala ayat (ii) gramatis.
Untuk mengetahui awalan men- dan apitan men—kan dan me---i dengan tepat, seseorang itu mestilah mengetahui apitan men—kan dan men---i yang mempunyai dua objek. Sebagai contohnya, perkataan memberi sebenarnya berasal daripada apitan me---i, iaitu memberii. Apitan ini memerlukan dua objek, iaitu memberi kucing makanan. Frasa ini boleh diparafrasakan dengan frasa memberikan makanan kepada kucing.
Banyak bentuk apitan men—kan dan men—i yang berbentuk seperti ini:
menghadiahi ibu sehelai kain batik --> menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu.
menganugerahi beliau pingat kebesaran---> menghadiahkan pingat kebesaran kepada beliau.
menawari beliau jawatan itu ---> menawarkan jawatan itu kepada beliau.
mengajar (i) mereka Matematik Tambahan --->mengajarkan Matematik Tambahan kepada mereka.
mengirimi kakak sepucuk surat --> mengirim (kan) sepucuk surat kepada kakak.
Kesimpulannya, perkataan yang berapitan me---i yang mempunyai dua objek dalam bahasa Melayu diikuti oleh objek bernyawa atau objek yang tidak bergerak atau lokatif. Perkataan yang berapitan men—kan pula biasanya diikuti oleh objek yang tidak bernyawa atau objek bergerak atau kausatif. Jika sukar untuk memahami rumus di atas, sila fahami rumus yang berikut:
Me----i (siapa) (apa) --> menghadiahi (ibu) (sehelai kain batik).
Me—kan (apa) kepada (siapa)---> menghadiahkan (sehelai kain batik) kepada (ibu).
Sumber : Blog Cikgu Ghalib
Khamis, Mei 21, 2009
Sabtu, Mei 16, 2009
SELAMAT HARI GURU 2009

Ucapan Selamat Hari Guru saya tujukan kepada semua rakan guru yang mengenali saya termasuk Cikgu Ghalib, Tn Hj Samad Buang, Cikgu Zaki, Cikgu Ida KL, Cikgu Nonie Terengganu dan rakan-rakan lain. Teruskan usaha mendidik anak bangsa. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Khamis, Mei 14, 2009
TERHAKISNYA AMALAN BERBUDI BAHASA DAN BERTATA SUSILA
Rakaman persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini menyerlahkan sekali lagi sikap rakus kepada kuasa dan menghancurkan amalan budi bahasa dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada satu peringkat persidangan ini dilabelkan tak ubah seperti persidangan kongsi gelap. Saksikan rakaman persidangan DUN Perak tersebut yang disiarkan melalui You Tube di laman blog Taiping Mali. Saksikan dan buat satu refleksi yang jujur terhadap diri sendiri.
http://taipingmali.blogspot.com
http://taipingmali.blogspot.com
Isnin, Mei 11, 2009
Mas Selamat akhirnya kecundang
ARKIB : 10/05/2009
Oleh Hafizahril Hamid
Akhirnya setelah lebih setahun melarikan diri orang paling dikehendaki di Singapura, Mas Selamat berjaya ditangkap polis Malaysia lebih sebulan lalu. Dia ditangkap oleh polis Cawangan Khas Malaysia ketika sedang tidur di sebuah rumah kampung di Skudai Johor pada 1 April lalu.
Pastinya berita penangkapan ini menggembirakan kebanyakan penduduk Singapura terutamanya Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang mendakwa Mas Selamat sebagai musuh nombor satu di negara itu.
Berita penangkapan Mas Selamat bin Kastari ini yang juga Ketua Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) Singapura telah menjadi tajuk berita utama bukan sahaja di Malaysia dan Singapura tetapi hampir di seluruh dunia.
Penangkapan semula Mas Selamat yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley di Singapura pada 27 Februari tahun lalu di mana dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sememangnya sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Ini kerana setelah lebih setahun kebanyakan pihak telah membuat pelbagai andaian tentang Mas Selamat dan ada di antaranya beranggapan dia telah mati ketika sedang berenang menyeberangi Malaysia.
Namun dengan bantuan dan kecekapan polis Malaysia yang tidak pernah jemu menyiasat kes ini akhirnya penjenayah itu berjaya ditahan.
Mas Selamat dilahirkan pada 23 Januari 1961 di Kendal, Jawa Tengah dan pada awal tahun 1980 dia berpindah ke Singapura dan berkahwin di sana. Dia mempunyai lima anak hasil dari perkahwinan tersebut. Mas Selamat dipercayai menganggotai pergerakan Darul Islam satu pertubuhan di bawah JI pada tahun 1990-an. Pada 1992 dia dihantar ke Afghanistan untuk menjalani latihan selama setahun. Pada tahun 1998 dia mempelajari sistem kerajaan Taliban sebelum pulang ke Singapura dengan semangat yang kental untuk memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.
Dia dilaporkan pernah menemui pemimpin tertinggi JI, Hambali dan membincangkan pelbagai rancangan untuk melancarkan serangan termasuklah merampas sebuah kapal terbang di Bangkok sebelum menghempaskan pesawat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Mas Selamat berjaya melarikan diri dari Singapura pada 2001 sebelum pihak berkuasa melancarkan penangkapan besar-besaran dengan menahan 13 anggota JI pada Disember 2001.
Bagaimanapun Mas Selamat berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan beberapa peristiwa pengeboman pada 2001 dan 2002. Dia telah menukar identiti dengan menggunakan nama Edy Heriyanto.
Ketika dipenjarakan dia telah mendapat kecederaan yang mengakibatkan kakinya tempang selepas melompat dari bangunan tinggi ketika cuba melarikan diri. Dia kemudiannya dibebaskan pada 2005.
Bagaimanapun dia sekali lagi ditahan pada 20 Januari 2006 di Indonesia ketika melawat anaknya di sebuah sekolah agama. Singapura kemudiannya meminta supaya Mas Selamat diekstradisi dan dia kemudiannya diletakkan di bawah tahanan ISA.
Bagaimanapun berita penangkapan Mas Selamat ini pastinya tidak akan terhenti begitu sahaja. Seluruh dunia masih lagi ingat tentang peristiwa bagaimana dia melarikan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley yang terkenal dengan kawalan maksimum di Singapura.
Ketika kejadian itu kira-kira 4.05 petang, 27 Februari 2008, dia yang ditahan di pusat tahanan tersebut sejak Februari 2006 telah melarikan diri melalui tingkap bilik air ketika dibawa ke sebuah bilik untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang melawatnya ketika itu.
Berenang
Adalah menghairankan Mas Selamat walaupun tempang kakinya telah dapat melarikan diri dari pusat tahanan yang terkenal dengan kawalan ketat.
Dia kemudiannya didakwa berenang dari Woodlands, Singapura dan telah pergi ke Ulu Tiram mencari Abdul Matin dan Johar Hassan yang menginap di sebuah kawasan perkampungan di Skudai yang dipercayai merupakan seorang anggota biasa JI.
Selepas berita Mas Selamat berjaya melarikan diri disedari pihak berkuasa Singapura terdiri dari Polis Singapura, Kontinjen Gurkha, Polis Unit Taktikal dan beberapa unit lagi menggerakkan usaha mencari di kawasan berhampiran pusat tahanan. Unit ini kemudiannya dibantu tentera Singapura yang bertindak mencari Mas Selamat di seluruh negara itu. Bagaimanapun operasi tersebut gagal mencari Mas Selamat yang didakwa bertindak bersendirian tanpa membawa sebarang senjata.
Menurut pihak berkuasa Singapura, kawalan keselamatan di pusat tahanan berkenaan adalah sangat ketat namun kemudiannya menyatakan kesilapan pihak keselamatan sebagai punca Mas Selamat berjaya melarikan diri.
Pusat tahanan tersebut dilengkapi dengan anggota yang berkawal lengkap bersenjata, pagar tinggi yang berduri dan unit kamera litar tertutup (CCTV).
Bagaimanapun kejadian sebegini adalah sesuatu yang sangat memalukan dan telah menjejaskan imej anggota keselamatan Republik itu. Malah lebih teruk lagi imej Singapura sebagai sebuah negara yang kawalan keselamatannya dianggap antara yang terbaik dunia terjejas teruk dan mengejutkan banyak pemerhati keselamatan Barat.
Dengan peristiwa itu, keselamatan di seluruh Singapura dipertingkatkan dan ini termasuklah di kawasan sekolah, pusat membeli belah dan kawasan perumahan. Pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia turut mengumumkan kerjasama bersama terutamanya di kawasan sempadan.
Malah amaran keselamatan segera di seluruh dunia atau amaran jingga (Orange Notice) dikeluarkan Interpol di seluruh 186 cawangannya di seluruh dunia atas permintaan Singapura. Ia bagaimanapun ditukar kepada amaran merah beberapa hari kemudian.
Poster dan gambar Mas Selamat telah diedarkan di seluruh Singapura termasuklah ditampal di stesen kereta api, bas, pusat membeli belah malah di sekolah untuk menyedarkan masyarakat tentang kehilangan Mas Selamat. Selain itu, tiga syarikat komunikasi Singapura bertindak menghantar khidmat pesanan multimedia (MMS) kepada 5.5 juta pelanggannya lengkap dengan gambar Mas Selamat.
Keadaan di Singapura ketika itu benar-benar digambarkan dalam huru-hara akibat dari terlepasnya penjenayah paling dikehendaki itu.
Pelbagai laporan dan pandangan telah dikeluarkan tentang di mana Mas Selamat berada selepas peristiwa itu. Ada yang berpandangan dia masih ada di Singapura, ada yang mengatakan dia berjaya melarikan diri ke Indonesia melalui bot laju. Namun laporan paling popular ialah dia berjaya berenang ke Malaysia dan ada yang percaya dia mati ketika sedang berenang ke Johor berikutan keadaan fizikalnya.
Berikutan rekodnya sebagai penjenayah paling merbahaya satu tawaran wang tunai sebanyak S$1 juta (RM2.39 juta) ditawarkan kepada mereka yang berjaya memberikan maklumat kepada pihak berkuasa. Tawaran wang tunai ini dipercayai diberikan oleh dua individu yang tidak mahu dikenali kepada Kementerian Dalam Negeri Singapura.
Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng tidak berapa lama kemudian mendedahkan, tingkap tandas yang tidak dipasang jeriji membolehkan Mas Selamat Kastari melepaskan diri tanpa memakai seluarnya.
Memanjat
Kan Seng ketika mengumumkan keputusan siasatan mengenai insiden memalukan itu memberitahu Parlimen, Mas Selamat mencampakkan seluarnya ke atas pintu bilik tandas sebelum melarikan diri mengikut tingkap.
Menurut beliau, Mas Selamat mungkin telah lama merancang untuk melarikan diri dan dua pengawal yang mengiringinya ke tandas telah “gagal dalam tugas mereka.”.
Namun beliau tidak pasti bagaimana Mas Selamat boleh melepasi pagar berlapis di sekeliling penjara itu tetapi berkata, lelaki itu mungkin “mengeksploitasi kelemahan” pada satu sebahagian pagar berkenaan.
Peristiwa ini turut mendapat reaksi mendalam dari bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew yang memberi amaran, Singapura perlu bersiap sedia menghadapi serangan jika Mas Selamat Kastari berjaya meninggalkan negara ini untuk menyertai semula rakan-rakannya di Indonesia.
Beliau memberi amaran, jika Mas Selamat dapat memasuki Indonesia dan menyertai semula rangkaian lamanya, “Singapura perlu berwaspada terhadap sebarang serangan merbahaya pada masa depan”.
Dalam menangani kes membabitkan orang paling merbahaya ini, pihak berkuasa mendedahkan mereka menerima pelbagai maklumat dan cadangan daripada orang ramai. Namun kebanyakan maklumat yang diterima tidak boleh digunakan dan kebanyakannya palsu kerana ada antara mereka yang mengharapkan ganjaran yang dijanjikan pihak berkuasa
Dan itulah yang berlaku kepada seorang pemandu bas Ng Hang Hai yang dihukum penjara 21 bulan kerana memberi maklumat palsu mengenai Mas Selamat. Dalam laporannya, Hang Hai memberitahu polis dia ternampak Mas Selamat menaiki basnya.
Berdasarkan dokumen pendakwaan Hang Hai memberitahu dia yakin lelaki itu adalah Mas Selamat kerana bercakap bahasa Melayu telor Indonesia di samping mempunyai parut di lengan.
Hang Hai kemudiannya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan merayu hukuman diringankan kerana dia memberi maklumat itu dengan harapan mendapat ganjaran daripada pihak berkuasa.
Berikutan peristiwa ini yang dianggap sebagai satu peristiwa yang mencalarkan reputasi pasukan keselamatan Singapura, pihak berkuasa memecat penguasa pusat tahanan tersebut manakala timbalannya diturunkan pangkat.
Penguasa berkenaan dan timbalannya adalah dua pegawai paling kanan yang bertanggungjawab terhadap “pengurusan kawasan” di pusat yang ditadbir oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri itu.
Tindakan disiplin turut diambil terhadap seorang pegawai tugas khas, penyelia, dua pegawai lain dan ketua wadar. Dua pengawal elit Gurkha yang mengiringi Mas Selamat ke tandas juga diturunkan pangkat.
Sesungguhnya kejadian ini telah memberi tamparan hebat terhadap kewibawaan pihak berkuasa dan kerajaan Singapura sendiri telah dikritik hebat oleh rakyatnya yang nyata tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Surat-surat kepada editor dan blog-blog Internet oleh rakyat Singapura telah menjadikan para pegawai keselamatan sebagai sasaran kemarahan mereka.
Malah laman blog menggelar peristiwa ini sebagai “Toilet Break” berdasarkan drama televisyen popular Amerika Syarikat, Prison Break.
Penulis-penulis ini menyatakan bahawa Singapura telah melakukan kesilapan bodoh dan kini menjadi bahan ketawa antarabangsa.
Menurut mereka, tiada tahanan yang melarikan diri dari pusat tahanan pengganas di Barat atau Guantanamo, lebih-lebih lagi membabitkan seorang ketua rangkaian pengganas yang aktif di sebuah negara jiran.
Bagaimanapun semua ini berakhir apabila kerajaan Malaysia mengumumkan kejayaan menangkap Mas Selamat pada 8 Mei lepas.
Apa pun penahanan Mas Selamat ini sekali lagi membuktikan kewibawaan pihak polis Malaysia dalam memastikan bahawa negara ini bukanlah destinasi selamat untuk mana-mana penjenayah.
Pandangan peribadi pengurus blog :
Hal penangkapan Mas Selamat oleh Cawangan Khas, Polis diRaja Malaysia membuktikan bahawa SB Malaysia bukan calang-calang pasukan. Pasukan SB tidak mengambil masa lama untuk menjejaki langkah Mas Selamat sebelum menangkap Mas Selamat anggota JI paling berbahaya secara "hidup-hidup". Peristiwa ini mengingatkan cerita bagaimana suatu masa dahulu Ustaz Ashari Muhamad, pengasas Kumpulan Darul Arqam telah ditangkap "hidup-hidup" oleh anggota cawangan khas di Thailand sebelum dibawa balik ke Malaysia.Bacalah cerita ini dalam buku tulisan Saudara Zabidi Mohamad bertajuk Tersungkur di Pintu Syurga.

Rotanlah jika mampu membentuk disiplin pelajar
Sumber : Akhbar Utusan Malaysia
HUKUMAN rotan akan "kembali" ke sekolah tidak lama lagi. Hukuman itu akan diperkenalkan semula untuk "menundukkan" pelajar yang tahap disiplin mereka semakin meruncing.
Ketika ini masalah perlanggaran disiplin, pergaduhan dan buli di sekolah semakin menjadi-jadi. Akhirnya hukuman tradisi yang pernah digunakan untuk mendisiplinkan pelajar sebelum era alaf baru ini terpaksa diperkenalkan semula.
Namun seperti kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, hukuman rotan tersebut masih di peringkat cadangan.
Ia baru dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapat maklum balas. Hukuman itu hanya akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara - yang akan memberi maklum balas sebelum akhir tahun ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu sudah cukup untuk menceritakan bagaimana meruncingnya masalah disiplin di kalangan pelajar ketika ini. Bayangkan keruntuhan disiplin pelajar terpaksa diatasi dengan hukuman yang memerlukan kelulusan Peguam Negara!
Walaupun jumlah pelajar yang menjadi "epal busuk" itu tidaklah ramai berbanding pelajar yang berdisiplin tinggi, namun kerenah yang dicetuskan oleh mereka amat menyesakkan dada.
Mungkin ramai yang terfikir, kenapa sehingga ke Peguam Negara? Jawapannya mudah. Situasi masa kini tidak sama dengan keadaan di sekolah 20 atau 30 tahun lalu. Sikap ibu bapa ketika itu dengan ibu bapa di zaman siber ini ketara berbeza.
Ramai ibu bapa di zaman ini tidak boleh menerima teguran atau laporan guru bahawa anak-anak mereka nakal. Malah ada yang sanggup menempelak malah 'menyerang' guru demi mempertahankan anak-anak yang disifatkan mereka terlalu baik.
Dan, ketika ramai ibu bapa yang menyuarakan sokongan agar pelaksanaan hukuman rotan diperkenalkan semula, tidak kurang yang membantah. Golongan itu termasuklah peguam dan aktivis hak asasi manusia.
Bagi mereka, hukuman rotan bukan jawapan untuk mengatasi masalah disiplin. Mereka mendesak guru menggunakan pendekatan menerusi kaunseling kerana hukuman rotan dianggap melanggar hak asasi pelajar.
Namun pada masa yang sama, golongan ini sebenarnya secara tidak langsung telah mengenepikan hak asasi pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan.
Jadi, demi memastikan keadilah semua pihak, kelulusan Peguam Negara diperlukan. Langkah Kementerian Pelajaran tersebut lebih kepada sikap berhati-hati.
Guru disiplin yang akan melaksanakan hukuman rotan itu nanti terpaksa mematuhi prosedur yang ditetapkan. Mereka tidak boleh merotan sewenang-wenang.
Namun walau apa sahaja bentuk hukuman, ia perlu disegerakan. Pelaksanaannya juga mesti dilakukan dengan serius.
Masalah disipilin pelajar ketika ini bukan satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Bayangkan jika masalah disiplin itu tidak diatasi dan ia berlanjutan sehingga mereka dewasa. Jadi, sekiranya hukuman lebih berat termasuk rotan boleh mengatasi masalah disiplin, laksanakanlah segera.

Ahad, Mei 10, 2009
Sains, Matematik dalam BM
ARKIB : 09/05/2009
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LIPIS 8 Mei - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi (gambar) secara peribadi menyokong usaha mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu.
Tegas beliau, kedua-dua subjek itu harus diajar semula ke dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan semula bahasa kebangsaan selain meningkatkan jati diri generasi muda.
''Kita bimbang pada masa akan datang generasi hari ini khususnya orang Melayu akan tercari-cari identiti dan budaya bangsa yang hilang akibat mengagungkan bahasa Inggeris," katanya.
Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.
Menurutnya, hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila beliau berpuas hati.
Selasa lalu, lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak PPSMI, malah dua daripada mereka iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan.
Mengulas lanjut, Puad memberitahu, bagaimanapun, segala keputusan berhubung PPSMI akan diumumkan oleh Kabinet selepas kajian mendalam berhubung perkara itu selesai.
''Satu pengumuman penting mengenai PPSMI akan dibuat tidak lama lagi setelah mengambil pandangan semua pihak termasuk intelektual Melayu dan pejuang bahasa.
"Saya mahu isu PPSMI ini segera diselesaikan kerana penangguhan akan merugikan semua pihak terutama generasi muda hari ini," katanya.
Beliau menambah, segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet berhubung PPSMI tidak akan menyebabkan perbelanjaan yang dikeluarkan selama ini sebagai membazir.
''Peruntukan besar untuk pengurusan dan pembelian peralatan komputer tidaklah membazir kerana ia masih boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Rabu, Mei 06, 2009
PELITA BAHASA MAJALAH BERINFORMASI

Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sempat membaca majalah Pelita Bahasa ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengiringi beliau ialah Datuk Johan Jaafar, Pengerusi DBP dan Datuk Termuzi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Kandungan artikel majalah Pelita Bahasa keluaran bulan Mei 2009 :
1. Bahasa dan Perpaduan ( Editor majalah Pelita Bahasa )
2. Bersama-sama Memartabatkan Bahasa ( Wan Mohd Ruzlan Bin Wan Omar )
3. Sari Bahasa - Guru Mutiara Negara ( Zaidatul Azma Zainon Hamzah )
4. Sari Bahasa - Guru Pembina Negara Bangsa ( Abdul Rahman Arshad )
5. Cemerlang Bahasa - Mencantas Kelewahan Berbahasa ( Kho Thong Eng )
6. Cemerlang Bahasa - Evolusi dan Revolusi Bahasa Melayu (Abd Ghalib Yunus )
7. Cemerlang Pelajar - Ayat Aktif Transitif Untuk Pelajar STPM ( Nawi Ismail )
8. Tentang Bahasa - DBP Juara Bahasa ( Dato'Alimuddin Mohd Dom )
9. Sastera Dalam Bahasa - Latar Novel Putera Gunung Tahan ( Ismail Mis )
10.Pengajaran Bahasa - Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa
( Siti Nur Hidayah Abdullah )
11. Dinamika Bahasa - Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
( Mohd Pauzi Mahmad )
12. Dunia Bahasa - Pedasnya ( S. Nathesan )
13. Pustaka Bahasa - Ulasan buku Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah
14. Cerpen - Ibu, Ayah, Itu Syurga ! ( Ummu Hani Abu Hassan )
15. Soal Jawab Bahasa - Munsyi Dewan
16. Bijak Bahasa - Kosa Kata dan Teka Silang Kata
17. Simfoni Bahasa - Sajak Bahasa Jati Diri dan Bahasa Cinta Buatmu
18. Pantun Hari Guru - Zolkifli Alib
Sila baca semua artikel di atas untuk memperoleh pengetahuan tentang usaha-usaha untuk memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Isnin, Mei 04, 2009
KES RAGUT
Sumber : ARKIB Utusan Malaysia : 22/06/2004
Elak jenayah - Wanita perlu perkasakan diri
Oleh Normala Hamzah
SEJAK dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.
Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.
Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun 2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita.
Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa.
Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.
Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.
Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.
Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu.
Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.
``Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam,'' katanya.
Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.
Keselamatan
``Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan se-suatu apabila diserang,'' ujarnya.
Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.
``Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu,'' nasihatnya.
Jelas Profesor Mahmood, wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang.
Ditanya sama ada wanita sendiri yang menjadi pendorong kepada peragut, Mahmood berkata semuanya bergantung kepada penampilan individu itu sendiri dan sejauh mana mereka membuat persiapan untuk menghadapi risiko sedemikian apabila berada di luar rumah.
Sehubungan itu, beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.
``Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka,'' tambahnya.
Mahmood turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.
``Seelok-eloknya jangan membawa dokumen penting yang tidak diperlukan setiap hari di dalam beg tangan memadai dengan keperluan untuk hari itu. Begitu juga dengan barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang terjamin selamat,'' tambahnya.
Menurut Mahmood, sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka.
``Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis,'' cadangnya.
Seperkara lagi kata Mahmood, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi seperti itu.
``Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati.
``Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas Mahmood.
Seminar
Ditanya sama ada perlu atau tidak diperbanyakkan seminar dan bengkel mencegah jenayah di kalangan wanita, Mahmood menjelaskan, apa yang ada sekarang sudah memadai, hanya perlu ditambah nilainya sahaja.
``Apa yang dimaksudkan dengan nilai adalah bengkel yang berunsurkan penampilan diri dan tata rias diisi juga dengan ceramah daripada pihak keselamatan (polis) atau mereka yang berkaitan perkara terbabit asalkan ia memberi manfaat,'' katanya.
Mengenai sikap peragut, Mahmood berkata, biasanya peragut adalah mereka yang yang suka mencuri.
``Mereka hanya inginkan barang daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang perbuatan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa,'' jelas Mahmood.
Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang tetapi jangan melawan untuk keselamatan diri.
``Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya lepaskan beg yang disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan apa yang mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau berpusing-pusing kerana kekuatan peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan motor yang dipandu,'' ujar Mahmood.
Dalam apa juga keadaan, kata Mahmood, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati.
Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.

Langgan:
Catatan (Atom)