Isnin, Mac 30, 2009

PENGGUNAAN ARTIKEL DALAM P&P BAHASA MELAYU

Artikel yang ditulis oleh Cikgu Abdul Ghalib Bin Yunus bertajuk, "Penggunaan Artikel dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu" dalam majalah Pelita Bahasa keluaran bulan April 2009 ( Halaman 34 hingga 37 ) dianggap menarik. Artikel tersebut memberi idea bagaimana guru Bahasa Melayu dapat memanfaatkan satu artikel atau esei asal untuk ditukar menjadi pelbagai bahan P&P yang berlainan iaitu kepelbagaian tajuk karangan, rumusan, pemahaman, dan tatabahasa. Sila dapatkan Majalah Pelita Bahasa keluaran bulan April 2009 dengan segera untuk memahami kaedah mempelbagaikan bahan P&P tersebut. Sesungguhnya ini satu ilmu yang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya guru Bahasa Melayu perlu membina keyakinan diri untuk menjadi pencipta bahan dan bukan sekadar meniru semata-mata bahan tulisan orang lain. Kemahiran mencipta dan mempelbagaikan bahan akan menjadikan kita seorang guru yang berjaya.

Sabtu, Mac 28, 2009

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT



TETAP HADIR...Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir dengan penuh ceria apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) menghadiri hari terakhir perhimpunan itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Beliau turut mengesahkan kesediaannya menyertai semula parti yang pernah diterajuinya itu. Kehadirannya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan selain disambut dengan pelukan oleh para pemimpin lama dan baru parti termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kanan), Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri).

Petikan sajak MELAYU JOHOR
Oleh : Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang

Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan dihulur bersambut
Lukapun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah

Jumaat, Mac 27, 2009

LARAS BAHASA ISTANA : SEMBAH DERHAKA

Petikan pandangan Dato Dr Haron Din ketika diwawancara pada 16 Februari 2009

Sumber : Blog Taipingmali

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.

Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.

Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.

Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.

Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.

Semoga sahabat memahami apa yang dikatakan dengan penderhakaan. Apa pula yang dikatakan dengan sembah derhaka... Mungkin istilah "sembah derhaka" ini perlu diperkenalkan di dalam sukatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah dalam bab Bahasa Istana... agar ia tidak menjadi asing kepada pelajar dan rakyat seluruhnya satu masa nanti.

Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???

Pandangan peribadi penulis blog :
Kita perlu mendengar hujah daripada pelbagai pihak supaya pemahaman kita terhadap suatu isu menjadi lebih jelas. Dalam hal ini, Dato Dr Haron Din telah memberi satu penjelasan yang bukan sahaja menggunakan bahasa yang bersopan santun bahkan meminta supaya kita berlaku adil ketika membincangkan suatu isu. Bahasa bertata susila yang digunakan boleh menjadi air yang memadamkan api yang marak. Seperti yang kita ketahui istilah sembah derhaka ini telah digunakan oleh Datuk Paduka Raja Tun Perak ketika mahu menyatakan kekesalan dan mohon diampuni kerana tidak melaksanakan titah perintah Raja untuk membunuh Laksmana Hang Tuah. Segala yang baik harus dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN CARA MENGATASI MASALAH TERSEBUT

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.

Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggung jawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Sumber : BLOG CIKGU AZMAN

Khamis, Mac 26, 2009

ULANG KAJI TATABAHASA

TATABAHASA: KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM
BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM


Sumber : Blog Cikgu Azhar

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah


TATABAHASA: PENGAKRONIMAN
PENGAKRONIMAN

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Gapena - Gabungan Penulis Nasional
Mara - Majlis Manah Rakyat
ubahsuai - ubah sesuai
kugiran - kumpulan gitar rancak

Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara.
1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya:
LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya:
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak

3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya:
Pernas - Perbadanan Nasional
Intan - Institut Tadbiran Awam Negara
Petronas - Petroleum Nasional
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
Posted by Azhar Salleh at 10:41 AM 0 comments
Labels: TATATABAHASA
TATABAHASA: PEMAJMUKAN
PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contohnya:
jalan raya tengah hari lebuh raya warga kota
bandar raya atur cara kereta api sari kata
ambil alih urus setia susun atur reka bentuk
maklum balas kemas kini kertas kerja gambar rajah

Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

Perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja bercantum juga
peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)
sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)
padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)

Pengimbuhan kata majmuk
Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
Contohnya:
diambil alih menerima pakai kenal pastikan
diguna semula bercampur aduk berurus niaga

Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya:
pengambilalihan pengenalpastian mencampuradukkan
pengemaskinian diurusniagakan kedayaserapan
menggarispusatkan menyatupadukan persuratkhabaran
penguatkuasaan penambahbaikan menguatkuasakan

Penggandaan kata majmuk
Kata yang dieja bercantum hendaklah digandakan keseluruhan kata atau unsur.
Contohnya:
tandatangan-tandatangan setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
jawatankuasa-jawatankuasa kakitangan-kakitangan

Kata yang ditulis terpisah digandakan pada unsur atau kata pertama sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya suku-suku kata
garis-garis pusat kapal-kapal terbang
Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar Ketua-Ketua Menteri

TATABAHASA: PENGGANDAAN
PENGGANDAAN

Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak

Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contohnya:
pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggi
cantik-cantik buku-buku kura-kura
tiba-tiba mata-mata fail-fail
pemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih-pelatih
persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar

Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya:
berlari-lari sepandai-pandai berturut-turut
kejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihi
lelaki tetamu sesiku

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.

Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur-mayur gunung-ganang anak-pinak
kuih-muih mundar-mandir saudara-mara
hina-dina bolak-balik titik-bengik

Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

Isnin, Mac 23, 2009

BUKU TEKS

Sumber : Laman Web Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran

Konsep
Buku teks dibina menggunakan pendekatan secara menyeluruh bagi memastikan wujudnya kesepaduan antara kandungan, persembahan, bahan grafik, bahasa dan istilah serta aktiviti dan latihan.

Ciri - ciri Buku Teks

Ciri-ciri buku teks adalah seperti berikut:

Buku teks ditulis berasaskan Bidang Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Buku teks mengandungi pengetahuan dan kemahiran serta pembelajaran melalui pengalaman yang mengandungi penggabungjalinan antara teori dan praktikal.

Buku teks menekankan pelbagai aktiviti dan latihan serta amali.

Buku teks mengandungi bahan grafik yang berfungsi, sesuai dan menarik.

Buku teks merangsang murid membaca dan berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta kemahiran berfikir strategi berfikir (KBSB)

Buku teks memupuk nilai murni dan sikap positif, budaya kerja yang relevan dan menerapkan unsur-unsur patriotisme

Buku teks menitikberatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Organisasi Buku Teks
Buku teks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian Awalan.
Bahagian Isi Kandungan.
Bahagian Akhiran.

Perkara Penting Dalam Penulisan Buku Teks
Kandungan

Buku teks mengandungi kandungan yang berasaskan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Skop dan kedalaman isi pelajaran hendaklah sesuai mengikut kandungan dan peruntukan waktu di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fakta mestilah betul, tepat, terkini, dan tekal.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran Berfikir Strategi berfikir (KBSB) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dapat dijana dan diperkembangkan.

Persembahan
Persembahan bahan ialah cara mengolah bahan penulisan dalam menyampaikan isi pelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Persembahan bahan hendaklah:

Berasaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran, iaitu mudah kepada sukar.

Menggunakan strategi berpusatkan murid (student-centered).

Mudah difahami oleh murid.

Dipelbagaikan serta mempunyai ciri mesra pengguna (user – friendly) dan menarik serta merangsang murid dalam pembelajaran.

Aktiviti
Aktiviti yang disediakan hendaklah :

Dapat mencapai Hasil Pembelajaran yang ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Mengandungi arahan yang jelas, tepat, dan mudah difahami.

Dapat dilaksanakan oleh murid secara individu, berpasangan, atau berkumpulan.

Pelbagai bentuk dan jenis aktiviti untuk mencungkil kebolehan dan melibatkan murid secara aktif.

Mencabar dan menggalakan murid ke arah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Penumpuan terhadap pembelajaran melalui pengalaman dalam aktiviti amali yang dijalankan.

Latihan
Latihan yang disediakan mengandungi arahan yang jelas, tepat dan mudah difahami serta mempunyai pelbagai jenis, iaitu:

Berbentuk soalan peperiksaan awam.

Berbentuk pengukuhan, pengayaan dan penilaian.

Meliputi soalan berpandu dan bebas.

Mengandungi arahan yang jelas, tepat, dan mudah difahami.

Terdapat pemeringkatan daripada mudah kepada sukar dan mencakupi domain kognitif, efektif ,dan psikomotor.

Mencabar dan menggalakkan murid ke arah kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Bahan Grafik
Bahan grafik di dalam buku teks hendaklah:

Dapat menyampaikan pengetahuan dan menjelaskan sesuatu konsep dengan betul dan tepat.

Bersesuaian, berfungsi, menarik, kreatif, dan lengkap.

Menarik dan merangsang minat murid ke arah pembelajaran.

Pelbagai bentuk, menarik, dan kreatif.

Mempunyai saiz yang sesuai dengan ruang dan reka letak serta menepati perspektif, dan perkadaran.

Mempunyai kapsyen atau label.

Menggunakan situasi tempatan dan bahan yang hampir dengan persekitaran murid.

Bahasa dan Istilah
Penulisan buku teks ini mestilah menggunakan Bahasa Melayu baku/British English dan merujuk kepada Daftar Istilah bidang berkaitan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Bahasa yang digunakan mudah, jelas, dan ringkas sesuai dengan peringkat murid.


Tatabahasa, tanda baca, struktur ayat serta ejaan mestilah betul dan tepat.


Istilah yang digunakan hendaklah tepat, terkini, dan tekal.

Perkara yang mesti dielakkan

Buku teks tidak boleh mengandungi perkara berikut:
(i)Unsur Sensitif
Unsur yang menimbulkan prasangka dan diskriminasi, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat terhadap kaum, agama, kebudayaan, jantina, usia, dan pekerjaan.

(ii)Unsur Negatif
Melibatkan sikap, pemikiran dan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

(iii)Unsur Subversif
Semua perkara yang bertentangan dengan dasar negara.

Khamis, Mac 19, 2009

Ijazah Perubatan Universiti Malaya Tidak diIktiraf Kesatuan Eropah

KUALA LUMPUR: Ijazah Perubatan (MBBS) dari Universiti Malaya (UM) tidak diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) bermula sesi kemasukan pelajar pada 1990.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata mengikut ketetapan Majlis Perubatan Awam (GMC), MBBS yang dijalankan di luar komuniti EU tidak layak mendapat pengiktirafan daripada majlis itu.

"Ketetapan ini bukan hanya tertumpu kepada Ijazah Perubatan dari Malaysia tetapi juga dari universiti di Hong Kong, New Zealand, Australia dan Singapura yang menawarkan program sama dan melahirkan pakar perubatan terbaik," katanya pada sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Manogaran (DAP-Teluk Intan) yang ingin tahu sejak bilakah MBBS dari UM tidak lagi diiktiraf kerajaan Britain serta punca ia tidak diiktiraf sedangkan ia pernah mendapat kelayakan itu sebelum ini.

Kepada soalan tambahan Manogaran mengenai langkah kerajaan bagi mendapatkan semula pengiktirafan itu, Idris berkata kerajaan mengadakan pertukaran pelajar perubatan dengan universiti di United Kingdom.

"Umpamanya kita adakan kerja sama pertukaran pelajar dengan Queen University of Belfast (QUB) untuk menggalakkan hubungan dua hala bagi tujuan pemindahan kredit yang boleh menyumbang kepada perkembangan pengiktirafan sarjana perubatan dari sini.

"Langkah ini diiktiraf beberapa universiti dalam kesatuan universiti yang bekerja sama dengan GMC dalam EU dan Majlis Perubatan Malaysia," katanya. - Bernama

Rabu, Mac 18, 2009

CARA MENULIS JAWABAN SOALAN CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Saya ada beberapa soalan yang mahu dikemukakan:

(1) Bagaimanakah cara menulis jawapan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah dengan cara yang betul. Adakah dengan menulis satu perenggan (6 ayat) atau boleh ditulis dengan cara ceraian 6 ayat.

(2) Bagaimanakah cara menulis jawapan soalan 3 (c dan 3 (d) Bahasa Melayu SPM kertas 2
Bermula tahun lepas tidak perlu menyalin semula ayat. Tetapi adakah hanya menulis 2 perkataan yang salah dengan pembetulannya atau nyatakan juga kesalahan jenis apa contohnya ejaan, imbuhan, istilah, kata, atau tatabahasa.

Jawaban :
1. Pelajar boleh menulis jawaban dalam satu perenggan atau ditulis dengan cara ceraian enam ayat.

Panduan menukar caka ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya :

1. Kenal pasti jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan. Jawaban akan berkaitan dengan jenis ayat tersebut. Contoh :

Dia menyatakan/ menjelaskan/ menerangkan/ memberitahu ( Jika ayat penyata )
Dia bertanya/ dia ingin tahu/ dia meminta penjelasan/ dia memerlukan maklumat
( Jika ayat tanya )
Dia melarang/ Dia tidak mengizinkan/ Dia menyuruh/ Dia mengarahkan/ Dia
memerintahkan ( jika ayat perintah )
Dengan sedih/ dengan marah/ dia terkejut/ dia kagum ( jika ayat seruan )

2. Penutur dan jalan cerita mesti betul dan perlu ikut susunan.
Contoh :

Kassim : Saya akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua petang

Jawaban 1 : Karim menyatakan bahawa dia akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua
petang (X)
Watak telah ditukar

Jawaban 2 : Kassim menyatakan bahawa dia akan bertolak ke Johor Bahru pada jam
tiga petang. (X)
Maklumat telah ditukar

Jawaban 3 : Karim mengatakan saya akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua petang
(X) kerana struktur masih ayat cakap ajuk.

3. Elakkan menggunakan kata tanya apa, bila, bagaimana. mengapa dan di mana.


Soalan 2 :

Mulai SPM Julai 2008, pelajar tidak diminta untuk menyalin semula soalan. Arahan ini tertera dengan jelas pada kertas soalan. Maka pelajar boleh memilih sama ada memberi jawaban terus atau menyatakan perbandingan jawaban antara betul dan salah

Cara 1
1. Martabak, insurans dan lut sinar

Cara 2

Kesalahan ejaan Pembetulan ejaan
Murtabak Martabak
Insuran Insurans
Lutsinar Lut sinar

AMARAN : Pastikan pelajar menurut arahan yang tertera pada soalan 3c dan 3d iaitu pelajar tidak dibenarkan memberi lebih daripada satu jawaban untuk setiap kesalahan ejaan, imbuhan, kata dan tatabahasa.

Selamat belajar.

Ahad, Mac 15, 2009

MALAYSIA BOLEH !!!!

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menumpaskan musuh tradisi Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Badminton Terbuka Switzerland sebentar tadi. Datuk Lee Chong Wei memang 21-16 dan 21-16 dalam masa 52 minit. Kejayaan ini menebus kekalahan dalam beberapa perlawanan lalu. Ini menunjukkan Lin Dan bukan terlalu kebal untuk dikalahkan bahkan boleh "dilaukkan" dengan dua set sekaligus. Tahniah. MALAYSIA BOLEH !!!!

ISU-ISU DALAM PENULISAN KARANGAN

Sumber : http://cikgumiebm.blogspot.com/

ISU-ISU UNTUK PENULISAN KARANGAN
BERDASARKAN TOPIK UJIAN LISAN BAHASA MELAYU SPM SEBELUM TAHUN 2002

Isu-isu yang dipaparkan di bawah merupakan topik Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM sebelum tahun 2002. Bukan sahaja, topik-topik ini masih relevan untuk dirangkumkan bersama dengan topik-topik yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 kini malahan, pelajar boleh menghubungkaitkan topik-topik ini dengan dimensi individu, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa dalam penulisan karangan.
Topik-topik ini juga dilihat boleh diguna pakai dalam membina item untuk soalan Merumuskan Karangan dan Pemahaman 2a dalam Kertas 2.

1 PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian

2 INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3 PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

4 TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5 PENSWASTAAN
-Faedah - faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6 INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan 7 AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

8 KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

9 INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

10 PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

11 LEBUH RAYA
-Perkembangan lebuh raya hari ini
-Fungsi lebuh raya
-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12 PENGIKLANAN
-Isu pengiklanan
-Pengaruh iklan
-Kesesuaian iklan

13 SUKAN
-Perkembangan sukan di Malaysia
-Faedah-faedah bersukan
-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan
-Sains Sukan
-Masalah dalam bidang sukan

14 KEPENDUDUKAN
-Isu rakyat termiskin
-Migrasi dan perpindahan penduduk
-Isu kepadatan penduduk
-Kualiti hidup

15 BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA
-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan
-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela
-Masalah-masalah yang dihadapi

16 PENCEMARAN ALAM
-Punca-punca pencemaran alam
-Usaha-usaha mengatasi
-Kesan daripada pencemaran alam

17 GOTONG-ROYONG
-Kebaikan amalan gotong royong
-Amalan gotong royong pada hari ini
-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18 SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN
-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran
-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan
-Suasana sambutan hari perayaan

19 ADAT RESAM DAN ISTIADAT
-Adat resam pelbagai kaum
-Fungsi dan peranan adat resam
-Amalan adat resam pada hari ini

20 PENGANGGURAN
-Punca-punca pengangguran
-Usaha-usaha mengatasi pengangguran
-Kesan daripada pengangguran

21 TENAGA KERJA ASING
-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing
-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing
-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

22 KESEDARAN SIVIK
-Usaha memupuk kesedaran sivik
-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik
-Sikap masyarakat pada hari ini

23 PERPADUAN KAUM
-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum
-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum
-Perpaduan kaum pada hari ini

24 KEPENGGUNAAN
-Kepentingan pendidikan kepenggunaan
-Peranan dan fungsi persatuan pengguna
-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25 HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG
-Jenis-jenis hobi
-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi
-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26 WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua

27 KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28 KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat

29 MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM
-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak

31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32 AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca

33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35 SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36 PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan

37 AKTIVITI KOKURIKULUM
-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum
-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar
-Halangan pelaksanaan

38 KEBUDAYAAN
-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
-Konsep kebudayaan kebangsaan
-Pengaruh luar dalam kebudayaan

39 NILAI-NILAI MURNI
-Usaha memupuk nilai murni
-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni
-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40 KHAZANAH BUMI / HUTAN
-Jenis-jenisnya
-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut
-Sumbangan kepada negara

41 PERLADANGAN
-Isu tenaga kerja di bidang peladangan
-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara
-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42 PERUNDANGAN
-Peranan dan fungsi undang-undang
-Keberkesanan undang-undang
-Jenayah di negara kita

43 PERTANIAN TRADISIONAL
-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional
-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan
-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44 PERTANIAN MODEN
-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden
-Penggunaan teknologi moden dalam pertanian
I-su pasaran dan harga hasil pertanian

45 TANAH
-Masalah tanah terbiar
-Penerokaan tanah secara haram
-Kesan pembangunan yang pesat

46 SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK
-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan
-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara
-Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat

47 HAL-EHWAL SEMASA
-Perkembangan politik tanah air
-Masalah-masalah sosial di negara
-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48 PERMAINAN TRADISIONAL
-Jenis-jenisnya
-Fungsi dan peranannya pada masyarakat
-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49 KEKELUARGAAN
-Hubungan kekeluargaan sekarang
-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat
-Kempen Utamakan Keluarga

50 PROJEK PERUMAHAN
-Tujuan diadakan projek perumahan
-Kebaikan dan keburukan projek perumahan
-Jenis-jenis projek perumahan

51 KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52 PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya
Cara-cara mencegahnya
Punca-punca penyakit berjangkit

53 MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54 SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56 AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan

57 JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur

59 DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60 MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak

61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

62 SEMANGAT KEJIRANAN
-Pentingnya semangat kejiranan
-Usaha meningkatkan semangat kejiranan
-Permasalahan kejiranan hari ini

63 PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN
-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan
-Cara-cara mengekalkan keindahan
-Permasalahan dengan pengindahan kawasan
-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64 KESELAMATAN NEGARA
-Peranan pasukan keselamatan
-Keadaan keselamatan negara pada hari ini
-Kerahan tenaga rakyat
-Program Latihan Khidmat Negara

65 ALAM SEKITAR
-Keadaan alam sekitar hari ini
-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar
-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar
-Kesan kemusnahan alam sekitar

66 PELABELAN
-Kepentingan dan fungsi penggunaan label
-Keberkesanan penggunaan label
-Isu permasalahan penggunaan label

67 BENCANA ALAM
-Jenis-jenis bencana alam
-Punca-punca bencana alam
-Usaha menghadapi bencana alam

68 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
-Jenis-jenis seni mempertahankan diri
-Perkembangan seni mempertahankan diri
-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69 KEMUDAHAN AWAM
-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia
-Sikap dan tanggungjawab masyarakat
-Permasalahan kemudahan awam

70 BUAH-BUAHAN TEMPATAN
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
-Prospek pemasaran
-Halangan

71 SEKOLAH
-Sekolah Idaman
-Kempen 3K
-Hari Kantin
-Anugerah Cemerlang
-Ponteng sekolah
-Program Peningkatan Akademik
-Motivasi
-Sekolah Bestari

72 INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Kesan penggunaan internet
-Dasar Langit Terbuka
-Kafe Siber

73 KEPIMPINAN
-Peranan Pemimpin
-Ciri-ciri Pemimpin
-Kepentingan pemimpin

74 VANDALISME @ RAGUT
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

75 KEMALANGAN JALAN RAYA
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

76 SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN
-Definisi Slogan
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai

Jumaat, Mac 13, 2009

PPSMI: Pndangan Seorang Guru.

Sumber : Blog Chedet.com

Assalamualaikum Ayahnda n Bonda Tun berdua yang tercinta.

Rasanya dah puas orang menjeritkan perbuatan rasuah yang keji ni. tak berkesudahan nampaknya...

anaknda nak merujuk kpd PPSMI ari ni bagi meluahkan perasaan kepada mereka yang berkenaan tetapi anaknda TIDAK MENGHERET ANAK-ANAK BERMEDONSTRASI kerana itu bukan budaya kita...

Izinkan anaknda.
NATIJAH PERHIMPUNAN (HARAM) RAKSASA 100 RIBU UNTUK HAPUSKAN BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK? PORAK-PORANDA MINDA ORANGRAMAI!!!
Mengapa mereka bantah?

SAYA TIDAK PERNAH MEMBANTAH DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA DAN NAK JAWAB BAGI PIHAK ANAK-ANAK DAN PELAJAR-PELAJAR SAYA.
1. PPSMI adalah idea Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
100% BETUL kerana Tun seorang yang KUAT BERFIKIR UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DAN SENTIASA BERPANDANGAN JAUH.
2. Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
Semua kebaikan perlu dilakukan untuk rakyat tanpa menanti rakyat meminta. Kalau tunggu rakyat minta PPSMI, seribu tahun lagipun belum tentu maju. Rakyat yang SUKA meminta itu ini pula sebenarnya HANYA MAHU JALAN MUDAH. Minta dihapuskan??? Senang sungguh, tak mampu nak laksanakan, tak mahu jayakan, bakar saja jambatan penghubung ilmu...bagus sungguh sikap pembangkang-pembangkang ni!

3. PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur Bahasa Inggeris di rumah.
TIDAK BENAR SAMA SEKALI!!! Ibubapa saya dulu tidak pandai pun bertutur Bahasa Inggeris, bahkan arwah bapa saya merangkak-rangkak bila membaca, tonggang-terbalik ejaan bila dia menulis kerana sekolah setakat darjah 2, tetapi bila saya belajar di sekolah DARI GURU-GURU saya mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik & berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Bahasa Melayu saya tidak kurang baiknya. Hingga sekarang tidak pula lupa nak berBahasa Melayu dengan baik...TEPUK DADA TANYA SELERA.
4. PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.
Kamu pandai mereka-reka cerita dongeng! Anak-anak orang kampung jangan direndahkan pemikiran mereka! Saya pun anak orang kampung tetapi sangat menyintai ilmu dan Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. JANGAN DI NAFIKAN! Anak-anak sekecil 6,7 hingga 19 tahun begitu seronok belajar PPSMI di sekolah, tiba-tiba KITA YANG TIDAK BELAJAR PULA SIBUK MEMBANGKANG!! Apa nak jadi???
5. Ibubapa yang tidak bertutur Bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.
TIDAK BENAR SAMA SEKALI JUGAK!!! Nak membantu anak-anak belajar di rumah, tidak perlu pandai dalam semua bahasa. Bahasa Arab macam mana? Anak-anak kita pandai mengaji bahasa Al Quran adakah kerana kita pandai Bahasa Arab? Jangan menipu diri sendiri. Yang inipun kebanyakan anak-anak belajar dari ustaz dan ustazah di sekolah. Hantarlah anak-anak ke pusat-pusat tuisyen yang melambak-lambak (orang Melayu kita suka berkira kalau nak hantar anak ke tuisyen. Beli barang-barang mewah tak kisah) atau bagi anak-anak ke kelas-kelas Skim Baucer Tuisyen di kebanyakan sekolah. Apa yang penting ialah SENTIASA MENDORONG, MENYOKONG & MEMBERI PERHATIAN BILA ANAK-ANAK MENGULANGKAJI DI RUMAH. Anak-anak tahu ibubapa bukan guru dan yang tidak pandai berBahasa Inggeris tidak mungkin dapat mengajar mereka di rumah TETAPI memadai dengan bertanya anak-anak kemajuan pelajaran mereka, apa yang mereka belajar dan periksalah samada kereka buat kerja rumah atau tidak. Itu dah cukup membantu bahkan akan menjadikan anak-anak lebih rajin dan bertanggungjawab. SESETENGAH IBUBAPA termasuk segelintir Dato, Tan Sri, Professor, pensyarah, doktor dll HANYA TAHU SURUH ANAK KE SEKOLAH...
6. Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan luar bandar menjadi mangsa PPSMI.
MISKIN BUKAN ALASAN. Jangan sesekali menyamaratakan anak-anak miskin tidak pandai berbahasa Inggeris kerana ada yang mampu & bijak berBahasa Inggeris walaupun dari kalangan keluarga miskin. Mereka dari keluarga miskin ramai yang berjaya setelah menguasai Bahasa Inggeris, belajar di luar negara dan pulang membantu menaikkan taraf keluarga mereka. Inilah peranan sebenar ibubapa yang miskin. Beri peluang kepada anak-anak. Mereka yang akan meneruskan hidup. Jangan matikan usaha anak-anak orang miskin dengan kedangkalan kita...kalau kita miskin ilmu, jangan biarkan anak-anak kita mewarisi kemiskinan kita....
7. PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampong menjadi saintis, doctor, jurutera dll.
Nak jadi saintis, doktor, jurutera kena pandai Bahasa Inggeris!!! Yang berjaya menjadi saintis, doktor, jurutera dll ramai jugak dari keturunan miskin dan WAJIB PANDAI BERBAHASA INGGERIS. Saya tidak kaya, CUMA GURU BIASA BERSUAMIKAN KERANI KECIL. Tetapi anak saya juga sedang belajar menjadi jurutera di luar negara dan senibina dalam negara & mereka fasih dan tahu Bahasa Inggeris menjadi perantaranya. Anak-anak saya juga akan mengambil SPM dan PMR dan mereka hanya menjawab Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tetapi Bahasa Melayu mereka juga CEMERLANG. Sekali lagi KEMISKINAN BUKAN ALASAN. KESEDARAN MENCARI ILMU YANG PENTING.
YANG SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG MEMBANTAH NI TAKUT SUATU HARI NANTI ANAK-ANAK ORANG KAMPUNG LEBIH BIJAK DARIPADA ANAK-ANAK MEREKA YANG MAKAN DI RIBA, MINUM DARI BAJANA EMAS, SUAP DI SUDU PERAK, TIDUR DIILAM EMPUK, ...SENANG ORANG BANDAR, ORANG KAYA BAIK JANGAN DIRASA OLEH ORANG KAMPUNG..RUGI!! Kalau boleh Bahasa Inggeris pun nak disuruh ajar dalam Bahasa Melayu!!!
8. PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
SAMA SEPERTI DI NOMBOR 2. Kebaikan demi kebaikan di adakan tetapi buruk juga di mata kamu...PENDIDIKAN BUKAN BAHAN MOMOKAN KAMU. PERGI MOMOK-MOMOK JAUH-JAUH...
9. Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.
GURU adalah pendukung dasar kerana mereka PEGAWAI KERAJAAN. Sesiapa yang bekerja dengan kerajaan adalah secara langsung perlu mendukung dasar dan menjalankan tugasnya dengan AMANAH. ITU ADALAH TUGASNYA YANG UTAMA. Kalau ada guru tidak mendukung dasar kerajaan dia tidak patut menjadi guru di bawah kerajaan. Jadilah guru di tempat lain...
10. PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoritI rakyat.
Ini, yang belajar PPSMI ni, anak-anak kita ka atau orang-orang tua, ibubapa, pekerja, professional atau yang berbahagia Dato, Datin, Tan Sri Puan Sri, Professor ka atau siapa??? Pelajar umpama harta negara, biarlah mereka jadi orang berilmu dan mulia...
Yang MENENTANG cuma mahu melihat anak-anaknya belajar cara dan hidup mudah. Diri sendiri sudah tidak berjaya, tidak pandai menguasai bahasa ilmu yang menjadi sumber kejayaan masa depan, juga rela akan melihat anak cucu mereka mewarisi kedangkalan mereka...
11. Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
Guru-guru yang macam mana? Tentulah yang malas menguasai Bahasa Inggeris juga!! Diri sendiri tidak pernah mahu maju, turut mengheret anak didiknya ke jurang kegagalan...
12. Cendikiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh Kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.
Kalau cendikiawan dan cerdik, mengapa bertindak macam orang BODOH & DUNGU? Banyak-banyaklah bermuhasabah diri...
13. Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
Kerana memorandum tidak membantu meningkatkan dayasaing dan kejayaan anak-anak SEBALIKNYA MENYEBABKAN MEREKA LEBIH MALAS DAN AKHIRNYA GAGAL...
14. PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
KENAPA YANG GAGAL DITONJOLKAN? MENGAPA TIDAK DITONJOLKAN YANG BERJAYA SUPAYA MENJADI PERANSANG KEPADA UMUM? Kalau sudah bersikap MELAWAN, semuanya dipandang buruk walaupun kepada perkara yang terbukti membawa kebaikan.
15. Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
Bukan peratus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sahaja di turunkan, hampir kesemua mata pelajaran lain diturunkan peratus kelulusan kerana anak-anak kita SELALU DIRANSANG DENGAN TINDAKAN MEMBABI-BUTA DAN PENDEK AKAL....
16. PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan Bahasa Inggeris.
KRONI? Pekerja-pekerja dalam semua syarikat-syarikat ni kroni ka? Apa kata kalau ada pekerja-pekerja tersebut anak-beranak, saudara-mara kita yang bekerja mencari sesuap nasi demi anak-anak mereka yang juga belajar PPSMI? Kalau diberhentikan, berapa ratus ribu pekerja di bawah syarikat-syarikat ini menjadi penganggur? SILA JAWAB.
Cakap sedap ikut mulut saja...kebajikan pekerja BAWAHAN selalu dilupakan. Nak tutup semua syarikat ni? Silakan, kita tengok bangsa mana yang menyungkur dulu...kalau syarikat Melayu berjaya, kata kroni, kalau syarikat China dan India berjaya kenapa tak kata kroni? konsortium??? Samala tu. Tidakkah mendirikan syarikat, menjalankan syarikat perlukan prosedur dan sistem yang sama. Perlaksanaan mungkin berbeza tetapi kebanyakan pengusaha Melayu perlu dibantu...samalah PPSMI, perlu saling membantu, tolong bagi pendapat macam mana hendak jayakan, bukan melingkup atau tabur pasir dalam kawah orang lain...apa kroninya kalau semua boleh merasa nikmat PPSMI akhirnya? Sentot...
17. Kaum Cina pun menentang Bahasa Inggeris.
Yang berfikiran totok macam tu tak ramai di kalangan orang Cina di Malaysia ni! Yang saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Cina dan India, ramai yang memuji langkah Tun dulu kerana meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak mereka. Bahkan mereka lebih suka kalau kesemua matapelajaran lain di ajar dalam Bahasa Inggeris!! Mereka tidak pernah rugi bahkan semakin maju dalam banyak bahasa. Anak-anak kita yang selalu tertinggal kerana sikap kita yang selalu mahu senang tanpa usaha yang lebih. Bandingkan usaha, cara belajar dan kerjabuat anak-anak kita dengan anak-anak mereka...
18. Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan Bahasa Inggeris.
Adakah saya mendewa-dewakan Bahasa Inggeris kerana menyokong PPSMI?? Jawapan saya mencerminkan jatidiri saya. Saya cintakan Bahasa Melayu dan sentiasa menggunakan Bahasa Melayu dengan baik bila bercakap & menulis. Ada orang melaung-laungkan cinta Bahasa Melayu tetapi bila bercakap telor Indonesianya pekat!!! Anak-anak mereka di hantar ke sekolah-sekolah persendirian, sekolah elit dan ramai antara mereka tidak pandai berbahasa Melayu dengan baik jugak!!! Siapa seorang Melayu yang lupakan Bahasa Melayu? Yang suka berpura-pura berjuang dan melaung-laung slogan koson!. Yang ramai anak-anak orang pejuang Bahasa Melayu bercakap telor Inggeris ada jugak... cuba dengar “rrr” mereka. Meluat dengar...
Apapun, Bahasa Inggeris tetap penting untuk mencari ilmu ICT, Sains & Matematik. Adakah kerana SEGELINTIR DEWA-DEWA INI, KITA SANGGUP KORBANKAN KEPENTINGAN MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA? KITA TAK LAMA NAK HIDUP PUN TETAPI ANAK-ANAK KITA AKAN MENGHARUNGI ZAMAN ICT, SAINS & TEKNOLOGI YANG LEBIH MENCABAR LAGI. MAHU KE MANA ANAK-ANAK KITA NANTI? IKUT ‘MATI’ BERSAMA KITA?
19. PPSMI tidak sah di sisi Perlembagaan Bahasa Melayu.
SEPATUT DITIMBULKAN DULU LAGI TERUTAMANYA OLEH DBP SEMASA PPSMI MULA DIRANGKA DAN DBP YANG MENERBITKAN SEBAHAGIAN BESAR BUKU-BUKU RUJUKAN SEMESTINYA PEKA...ISTILAH?
20. PPSMI menghina Bahasa Melayu.
KITA PERLU TENGOK BAHASA MELAYU KITA SENDIRI. DALAM TEKS BAHASA MELAYU TERLALU BANYAK KATA PINJAMAN BAHASA-BAHASA LAIN YANG DI GUNAKAN. TIDAK ADA ISTILAH SAINS & MATEMATIK SERTA ICT YANG BETUL-BETUL BOLEH DI MELAYUKAN WALAU SETELAH LEBIH 50 TAHUN MERDEKA. PERLUKAN MASA LAGI? MAKIN KETINGGALANLAH KITA...
JIKA HENDAK GUNAKAN BAHASA MELAYU TETAPI HAMPIR 99% SADURAN KATA DAN ISTILAH dipinjam dari BAHASA INGGERIS DAN LATIN BAGI NAMA-NAMA SAINTIFIK, APALAH GUNANYA...LEBIH DARI MENGHINA NAMANYA.....BUKANNYA JADI BAHASA MELAYU YANG BAIK, TIDAK JUGA BAHASA INGGERIS YANG BETUL, SEBALIKNYA BAHASA CACA-MERBA!!! LAGI PENING KEPALA...
21. PPSMI membunuh Bahasa Melayu.
Banyak lagi matapelajaran lain yang di ajar dalam Bahasa Melayu – sejarah, geografi (ilmu alam), pendidikan islam, pendidikan seni, muzik (banyak istilah bahasa inggeris), kemahiran hidup 1,2 &3, pendidikan jasmani & kesihatan (juga banyak istilah bahasa inggeris), kajian tempatan, sivik & kenegaraan, pendidikan moral dan lain-lain mata pelajaran pilihan ( istilah ‘elektif’ digunapakai!) TAKKANLAH KERANA MATAPELAJARAN MATEMATIK & SAINS MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU KITA TERBUNUH???? MUSTAHIL! KECUALI KITA SENDIRI YANG TIDAK BERTUTUR DENGAN BETUL DI RUMAH DENGAN ANAK-ANAK KITA!!!
22. PPSMI gagal mengkayakan negara-negara di benua India dan Afrika yang meminjam Bahasa Inggeris.
Mana ada penggunaan bahasa-bahasa tertentu mengkayakan sesuatu kaum? Pelik kenyataan ni! Kita kaya atau miskin bukan kerana bahasa itu atau ini tetapi kerana rezeki yang kita usahakan. Bahasa hanyalah sebagai alat perhubungan dan jika bahasa dijadikan sandaran, Bahasa Melayu boleh mengkayakan kita juga tetapi kelebihan Bahasa Inggeris menjadikan kerja kita yang berkaitan lebih lancar terutamanya jika kita bekerja di bidang ICT, SAINS & TEKNOLOGI kerana bidang-bidang ini tidak menggunakan Bahasa Melayu di dunia ini...SEDARILAH HAKIKAT SEBELUM MEMBERI SEBAB YANG TIDAK MASUK AKAL NI...


23. Semua negara maju menggunakan bahasa masing-masing.
MALAYSIA NEGARA MAJU?????? TUNGGULAH LEPAS 2020 NI....jangan suka bandingkan Negara maju, budayanya, sikap rakyatnya, fikiran mereka dan segalanya yang maju tentang mereka dengan pemikiran dunia ketiga kita...kerana sikap kitalah kita ingin mundur seratus tahun ke belakang...
24. Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya.
Beribu tahun wujud sesuatu bangsa dan negara barulah mereka dikenali dengan NEGARA MAJU, BANGSA MAJU. Bila negara kita & bangsa kita wujud??? Terlalu muda!!! KITA BELUM GAGAL, KITA TIDAK PATUT JUGA SEMAKIN MUNDUR. BUKAN KERANA BAHASA KITA ATAU BAHASA PENJAJAH TETAPI KITA MASIH PERLU BANYAK BELAJAR UNTUK MENCAPAI KEMAJUAN SETARAF NEGARA MAJU. NAMA PUN NEGARA MEMBANGUN. NAK BERLARI KENA BERTATIH....
25. Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.
Contoh tipikal yang tidak boleh diterima akal kerana ramai rakyat di negara membangun boleh dan telah berjaya meneroka dunia dengan Bahasa Inggeris yang mereka kuasai...kalau kail panjang sejengkal, mesti tak berani pergi jauh punyalah...nak cuba meniaga guna Bahasa Melayu di India? China? Korea? Jepun? United Kingdom? Kanada? Afrika Selatan? Pergilah cuba...
MEREKA YANG MENENTANG NI BERFIKIR UNTUK SIAPA SEBENARNYA???
KALAU GURU-GURU SAINS & MATEMATIK RAMAI YANG TIDAK BOLEH MENYAMPAIKAN PENGAJARAN DENGAN BAIK, SILALAH IKUT KURSUS-KURSUS & BIMBINGAN RAKAN PEMBIMBING YANG GIAT DIJALANKAN DISEKOLAH, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH. BAHASA MELAYU KITA KAYA JIKA DIGUNAKAN DENGAN BETUL TAPI DALAM BANYAK KEADAAN KITA SELALU SALAH MENGAMALKANNYA. TERJEMAHKAN SEMUA???? SEBAGAI GURU, KITA SELALU MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA. GURU-GURU AKAN MARAH KALAU ANAK-ANAK MEREKA GAGAL MENDAPAT KEPUTUSAN YANG BAIK TETAPI APAKAH MEREKA SENTIASA MENGAJAR DAN MENDIDIK ANAK-ANAK ORANG LAIN SEBAIK MUNGKIN??? SEKALI LAGI CERMIN-CERMINKANLAH DIRI...
RAMAI PELAJAR SAYA YANG MAHU PPSMI DITERUSKAN. MEREKA TIDAK BERFIKIR SELAPIS SEPERTI IBUBAPA MEREKA YANG DUDUK DI RUMAH ATAU BERSEMBANG DI KEDAI KOPI ATAU PERGI BERDEMONSTRASI. PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH JIKA DI TANYA RAMAI YANG SUKA PPSMI. YANG TIDAK SUKA SAMA JUMLAHNYA DENGAN YANG BERDEMONSTRASI HARI TU. SELEBIHNYA RAMAI YANG SUKA DAN MAHU MEMAJUKAN DIRI....INSYAALLAH.
Maafkan Anaknda kerana mengambil ruang ini untuk menjawab mereka yang SUKU-SUKA hati membantah...

PPSMI: PANDANGAN TUN DR MAHATHIR

Sumber : Blog chedet.com

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

PERATUS NAIK, GRED PURAT TURUT NAIK

Keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2008 sekolah saya meningkat sebanyak 0.75 peratus. Bagaimanapun gred purata mata pelajaran menunjukkan peningkatan kerana terdapat banyak pelajar yang memperoleh keputusan 1A, 2A, 3B dan 4B. Tahniah saya ucapkan kepada 39 orang pelajar ( 14.6 % ) yang memperoleh keputusan cemerlang 1A dan 2A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

MEMPEROLEH 1A

BIL KELAS NAMA PELAJAR
1 5SN1 TAN MING KEAT
2 5SN1 TWANG JING SHUN
3 5SN1 YONG HEAN MENG SHAWN
4 5SN1 LUA YIN SAN
5 5SN1 KHNG WENG SHAN
6 5SN1 LAW BIH JIN
7 5SN1 LOW YAM NEE
8 5SN1 RACHEL LIM FUNG WEI
9 5SN1 SOAH JIE MIIN
10 5SN1 SUSAN LIAU HUI SAN
11 5SN2 HAIZUREEN BINTI HALIMI
12 5SN2 ISNIA BINTI ISHAQ
13 5SN2 LAVANYA MENON A/P SELVA KUMAR
14 5SN2 AHMAD ISHQI JABIR BIN AGUS RIZAL
15 5SN2 NURUL HAZWANIE BINTI MOHAMMED RAPI
16 5SN2 YASMIN SYAHIRAH BINTI YAHYA
17 5SN3 FAIDAH BINTI ZAINAL HOO
18 5SN3 REZATUL FAEZA BINTI SOHAIMI
19 5SN3 SITI HAJAR BINTI ZAINAL ABIDIN
20 5SN3 TAJRIN BINTI MD ZABRI
21 5SN3 AINAA RADHIAH BINTI NUR AZAM
22 5SN3 NOORAZILAH BINTI AMZAH

MEMPEROLEH 2A

1 5SN1 SIOW YEE SIANG
2 5SN1 CHIA SING YEN
3 5SN1 MUHAMMAD HARIZ BIN MOHD HISHAM
4 5SN1 RACHEL NG LOR PING
5 5SN1 WOON EE LENG
6 5SN2 IZNI KAIYISAH BINTI SYED HAMID
7 5SN2 KAREN GWEE KHAI LIAN
8 5SN2 KOO WARN LING
9 5SN2 MENAGA A/P KRISHNAN
10 5SN2 MUHAMAD SALAHUDDIN BIN ISMAIL
11 5SN2 WAN SUFI BIN MAT SAMAN
12 5SN3 NOR ISMAHAFAEZAH BINTI ISMAIL
13 5SN3 NORFADZHIELA BINTI SULAIMAN
14 5SN3 NUR SYAMILAH BINTI MD ISA
15 5SN3 SITI AMINAH BINTI YUSRI
16 5SP1 ERNI BINTI ISMAEL
17 5SP2 IYLIA YAZREEN MERICAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama rakan sepasukan dalam panitia mata pelajaran yang sentiasa berusaha gigih untuk mendidik pelajar iaitu Puan Suliyani Hambari (Ketua Panitia) dan Puan Rosimah Elias. Kami berazam pada tahun ini (2009) untuk meningkatkan tahap pencapaian kepada melebih 85 peratus kelulusan.

NUKILAN PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum cikgu,

Cikgu masih ingat dengan saya lagi,sebelum Spm cikgu pernah bantu saya. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana bantu saya pada ketika itu.Saya,dengan bantuan cikgu telah berjaya meraih A1 untuk Bahasa Melayu.Saya juga ingin cikgu teruskan usaha cikgu sehingga blog cikgu menjadi padat dengan bahan pnp.Saya juga meraih A1 dalam sejarah hasil bantuan cikgu sejarah melalui laman blog www.cikgusejarah.blogspot.com. Saya juga meraih A dalam Prinsip akaun atas bantuan laman sifu2b.wordpress.com dan http://perakaunan.wordpress.com/. Daripada pemerhatian saya,laman blog yang diusahakan oleh guru-guru memberikan banyak manfaat kepada para pelajar.Saya harap cikgu teruskan usaha murni cikgu demi kejayaan bersama.Sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada cikgu dan rakan rakan cikgu yang mengusahakan blog Bahasa Melayu.

Ulasan penulis blog :
1. Kami warga pendidik hanya menunjuk jalan. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Ruyung telah dipecahkan dan kini kamu akan menikmati sagunya. Ucapan tahniah daripada saya.

2. Blog telah menampakkan kesan yang besar terhadap penambahbaikan peratus kelulusan dalam mata pelajaran BM. Blog diakui sebagai medium penyampaian maklumat paling meluas dan pantas untuk pelajar. Melalui sokongan rakan guru lain, saya mengharapkan pada tahun ini lebih banyak bahan akan dimuatkan ke dalam blog supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

3. Tahniah kerana menonjolkan budaya berterima kasih dan menghargai sumbangan orang lain terhadap kejayaan kita. Guru anda dan keluarga anda telah berjaya mendidik anda untuk menjadi warganegara yang tahu menghargai jasa orang lain. Tahniah sekali lagi.

Selasa, Mac 10, 2009

Memorandum GMP kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong

Dipetik daripada Blog Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 8 Mac 2009.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)? Tidak mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph. D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun! Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu. Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris.

Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi. Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu. Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai “otak” atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%.

Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu ‘sudah berjaya’ atau ‘akan berjaya’, para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C). Kalau cara yang ‘mengelat’ ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (‘foreign language’) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah:
10 Rabi’ul Awal 1430 bersamaan 7 Mac 2009.

Dipetik daripada Blog Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 8 Mac 2009.

PPSMI: TAK PERLU MENCARI JALAN BERLIKU PERTAHAN PPSMI

Oleh : Dr Awang Sariyan
Sumber : Blog Cikgu Azhar

Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.

Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.

Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.

Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.

Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.

Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).

Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.

Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.

Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.

Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.

Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.

Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.

Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.

Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.

Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu�China Beijing Foreign Studies University

Jumaat, Mac 06, 2009

KEPUTUSAN SPM & STAM 12 MAC 2009

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam kenyataan semalam berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,'' tambah beliau.

Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac pukul 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk SPM manakala bagi STAM pula 6,240 calon.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya menjelaskan, seramai 53,638 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari manakala calon persendirian menerusi pos.

Sumber : Akhbar Kosmo 6 Mac 2009.

Ahad, Mac 01, 2009

MELAYU KATA MELAYU

Sajak asal oleh Abang Pyanhabib

Aku bahagia kerana aku masih Melayu

walaupun
Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu kecut!" Melayu kata "Melayu takut!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingung!"
biarkan........., biarkan..................

Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerung!"
biarkan........., biarkan..................
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murung!"
biarkan........., biarkan..................

Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

PPSMI: PIBG SELURUH NEGARA BANTAH PPSMI

Sumber : Blog Cikgu Azhar
http://witra.blogspot.com/

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.
Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac."Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

"Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia). "Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”."Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. "(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.

Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan"."Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.

Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya."Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.

Template by:
Free Blog Templates